CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 3188|Reply: 4

400,000 dokumen dedah kekejaman Amerika di Iraq

[Copy link]
Post time 24-10-2010 10:27 AM | Show all posts |Read mode
« sebelum  selepas »          

  • AKHBAR Britain menjadikan pendedahan WikiLeaks sebagai tajuk utama.



WikiLeaks siar bukti jenayah perang tentera penjajah

LONDON:  Butir-butir penderaan dan pembunuhan orang awam didedahkan secara terperinci dalam ratusan ribu dokumen tentera Amerika Syarikat  disiarkan WikiLeaks, pertubuhan antarabangsa yang menyiarkan maklumat sulit tanpa mendedahkan sumbernya, semalam.
Hampir 400,000 halaman mendedahkan rahsia  tentera selama lima tahun iaitu pembocoran maklumat ketenteraan terbesar dalam sejarah, menceritakan pertumpahan darah dan derita rakyat Iraq selepas askar Amerika menceroboh negara itu untuk menggulingkan Saddam Hussein pada 2003.
Akhbar The Guardian berkata dokumen disiarkan menunjukkan ‘pihak berkuasa Amerika gagal menyiasat beratus-ratus laporan penderaan, penyiksaan, rogol malah pembunuhan oleh  polis dan askar Iraq yang kerap terlepas daripada hukuman.

Akhbar itu menyatakan, lebih 15,000 orang awam mati tanpa diketahui sebabnya. Pegawai Amerika dan Britain, kerap bertegas  tiada laporan rasmi kematian orang awam  tetapi rekod  menunjukkan 66,081 daripada 109,000 kematian berlaku bukan berpunca daripada pertempuran.

The Guardian menyatakan, ‘banyak laporan penderaan tahanan disokong bukti perubatan, ‘menceritakan bagaimana tahanan dirantai, ditutup mata, diikat pergelangan tangan atau kaki dan digantung malah dirotan, ditumbuk, ditendang atau dikenakan kejutan elektrik.

Enam laporan berakhir dengan kematian tahanan. Akhbar itu menambah, WikiLeaks dipercayai mendapatkan arkib elektronik daripada sumber sama ketika ia mendedahkan 90,000 dokumen perang Afghanistan.
Banyak dokumen sulit dari tempoh 2004 hingga 2004 mendedahkan dakwaan penderaan yang dilakukan pasukan keselamatan Iraq manakala yang lain menunjukkan bahawa tentera Amerika tidak berbuat apa-apa untuk menghalang penyiksaan itu.

Dokumen berkenaan yang kedua disiarkan WikiLeaks juga menuduh Amerika melakukan jenayah perang, selepas ia membocorkan 92,000 fail sulit tentera memperincikan operasi di Afghanistan. sebelum ini.

“Lebih 300 laporan bertulis menunjukkan tentera pakatan terbabit menyiksa dan mendera tahanan  manakala lebih 1,000 kes dilaporkan mendapati pasukan keselamatan Iraq melakukan jenayah sama. Banyak kes yang secara jelas adalah jenayah perang dilakukan tentera Amerika seperti sengaja menembak mati orang yang cuba menyerah diri,” kata WikiLeaks dalam satu kenyataan akhbar.

Selepas WikiLeaks mendedahkan fail berkenaan kepada akhbar The Guardian, The New York Times, Le Monde dan Der Spiegel beberapa minggu lalu, ia menghantar mesej kepada laman sembang blok mikro, Twitter, untuk memilih wartawan dan mengundang mereka secara rahsia  bagi melihat dokumen itu sebelum ia disiarkan.

Wartawan AFP melaporkan, satu daripada dokumen merekodkan dakwaan seorang tahanan Iraq yang didakwa ‘ditutup mata dan dipukul dengan wayar oleh polis Iraq dua malam berturut-turut berhampiran Ramadi pada 2008.

Seorang lagi tahanan mendakwa, selepas ditahan di rumahnya tahun lalu dan dipindahkan ke ibu pejabat tentera, ‘tangannya diikat ke belakang dan dia disuruh duduk membongkok, sebelum tapak kakinya dipukul dengan objek keras,
Stesen televisyen al-Jazeera berkata penemuan utama termasuk usaha tentera Amerika ‘menutup’ hukuman penyeksaan dan beratus-ratus kematian orang awam di pusat pemeriksaan yang dikawalnya  selepas ia menceroboh Iraq pada 2003. – AFP
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 24-10-2010 03:31 PM | Show all posts
Setakat mana tindakan akan diambil? tunggu dan lihat je...
Reply

Use magic Report

Post time 25-10-2010 10:37 AM | Show all posts
tentera amerika mmg jahat pon... :re:
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 25-10-2010 11:32 AM | Show all posts
Reply 3# liyamariska


ada yang baik..tak semua jahat ..
Reply

Use magic Report

Post time 26-10-2010 08:41 AM | Show all posts
Reply  liyamariska


ada yang baik..tak semua jahat ..
perang_sivil Post at 25-10-2010 11:32



    yeke?
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

20-12-2024 06:14 PM GMT+8 , Processed in 0.045657 second(s), 16 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list