Zelenski sekarang sedang jual peluang pelaburan kepada pelabur persendirian bagi pembangunan semula negara Ukraine. Syarikat pelaburan di USA nampaknya semakin berminat.
Blackrock dalam perancangan membuat satu produk dana bagi pelaburan pembinaan semula Ukraine. Dalam situasi perang semasa, Blackrock dijangka akan melakukan lawatan tapak di Ukraine pada awal 2023 untuk melihat potensi pelaburan secara terus. Setakat ini Blackrock telah melabur berbilion USD dalam syarikat2 melibatkan ketenteraan seperti Lockheed Martin, Boeing, General Dynamics, Northrop Grumman dan Raytheon yang seterusnya mendapat untung besar setelah Kerajan USA berterusan bersetuju membeli senjata dan menghantarnya ke Ukraine. Dijangka Blackrock menyasarkan untuk menjadi pemilik besar dalam sektor hartanah di Ukraine (dimana majoriti rakyatnya bakal menjadi penyewa) selepas perang.
Horizon Capital sedang mengumpul dana pelaburan melalui produk Horizon Capital Growth Fund IV, L.P. bagi sektor eksport dan teknologi di Ukraine dan Moldova. Setakat ni dah kumpul sebanyak USD125 juta.
IMF kata pelaburan luar Ukraine secara total berjumlah USD54 bilion. Dah bayar USD7.3 billion pada 2022. Bon negara Ukraine (yang telah dilakukan penstrukturan semula) didagangkan pada nilai sekitar 25 sen bagi USD1, dengan risiko lesap (default) akibat perang, tapi jika Ukraine berterusan elok je servis bayar hutang macam sekarang ni, para pelabur yang beli bon ini mampu buat untung 300%. Keadaan ini menggembirakan IMF, bank-bank negara barat dan pelabur untuk beri lebih banyak hutang (beli bon negara Ukraine) kepada Ukraine.
Bank Dunia, EU dan Ukraine menganggarkan perang di Ukraine akan melibatkan kos sebanyak USD349 billion. Ertinya perang di Ukraine dari segi ekonomi merupakan peluang pelaburan bernilai tinggi.
Depan kita cakap pasal perang, kematian, tunjuk baby mati, belakang kita depa calling2 bincang pasal peluang buat untung besar-besaran. Putin memang jahat tapi lupakan tu, sekarang masanya melihat Ukraine sebagai peluang perniagaan untung besar.
sumber: https://www.marketwatch.com/stor ... ruction-11672251814
Dijangka Blackrock menyasarkan untuk menjadi pemilik besar dalam sektor hartanah di Ukraine (dimana majoriti rakyatnya bakal menjadi penyewa) selepas perang.
bagus rakyat dorang tak kesah bab ni (atau suara dorang kena sekat?)
taktik ni memang buat perang berterusan ler. russia cuit sikit je territory proxy usa yang baru tu, kecoh la mula play victim play hero, as always.