CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: daria

Perkahwinan budak umur 14 tahun cetus perdebatan

  [Copy link]
Post time 6-12-2010 10:51 PM | Show all posts
Nko nak sponsor ka?
crankshaft Post at 6-12-2010 21:27



jawab jela umur berapa ko nak kawin...umur 23 ok tak?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 6-12-2010 10:51 PM | Show all posts
http://www.darulkautsar.net/article.php?page=2&ArticleID=562

Berhubung dengan riwayat tentang ‘umur Aishah semasa berkahwin dengan Rasulullah s.a.w.’, kami tidak mengatakan bahawa riwayat dari Hisham bin Urwah di dalam ‘Bukhari’ dan ‘Muslim’ itu sebagai hadis Maudhu (rekaan) dan juga kami tidak mengatakan bahawa perawi tersebut seorang pendusta. Sebaliknya, kami berpendapat Hisham telah melakukan kesilapan di dalam riwayat ini dengan menyebut ‘sembilan belas’ sebagai ‘sembilan’ dengan tidak disengajakan. Kami mempunyai banyak hujah untuk menyokong pendapat kami. Jikalau tidak mempunyai apa-apa hujah sekalipun, kami akan tetap mengatakan bahawa hadis ini mungkar kerana kami lebih mencintai Rasulullah s. a.w. dari perawi-perawi riwayat ini.


Hujah Pertama – Bertentangan Dengan Fitrah Manusia


Riwayat ini bertentangan dengan pengalaman dan fitrah manusia. Adalah mustahil ia dilakukan oleh Nabi s.a.w. dan ia sebenarnya tidak pernah berlaku. Jika peristiwa sedemikian pernah terjadi, maka musuh-musuh Islam dan juga musuh-musuh Nabi Muhammad s.a.w. pada waktu itu sudah tentu telah mengambil kesempatan untuk mempermainkan dan menghina baginda s.a.w. Dan, apabila tiada apa-apa serangan terhadap peribadi Rasulullah s.a.w. oleh musuh-musuh Islam pada masa itu, ianya membuktikan bahawa peristiwa tersebut tidak pernah berlaku. Sekiranya tidak, ianya adalah peluang keemasan kepada musuh Islam untuk menyerang Islam dan rasulnya.


Tidak syak lagi riwayat ini adalah tidak benar. Sumber utama riwayat ini ialah Hisham dan perawi-perawi yang menukilkan darinya; oleh itu keraguan berkisar hanya sekitar Hisham.


Hujah Kedua – Bertentangan Dengan Akal Yang Waras


Suatu riwayat yang bertentangan dengan akal adalah palsu dan dongeng. Ibnu Jauzi, salah satu nama besar dalam lapangan pengkritikan hadis, ialah orang yang bertanggungjawab memperkenalkan prinsip ini. Riwayat oleh Hisham ini adalah bercanggah dengan akal dan akal yang waras tidak dapat menerimanya. Apa sudah jadi dengan kewarasan dan kebijaksanaan kita ? Amat aneh bila kita dapati tidak ramai cendiakawan yang samada menolak atau meragui riwayat ini.


Hujah Ketiga – Tiada Contoh Ditemui Di Negeri Arab Atau Di Negeri-Negeri Panas


Sehingga hari ini tidak ditemui kes seperti ini di Semenanjung Arab dan negara-negara beriklim panas yang lain. Jika sekiranya ia menjadi amalan masyarakat ini nescaya kita akan dapati wujud beribu-ribu contoh seumpamanya dalam catatan sejarah..


Sebaliknya, sekiranya peristiwa begini berlaku pada hari ini, ianya akan menjadi berita sensasi, contohnya, seorang lelaki gila merogol seorang kanak-kanak perempuan berumur sembilan tahun...dan orang yang melakukan perbuatan sedemikian digelar sebagai orang gila.


Ulama kita dan para pencinta Nabi s.a.w. tidak menunjukkan keberanian untuk menyangkal riwayat ini dan yang sedihnya sebahagian daripada mereka tidak dapat menjadi contoh kepada ummah bila mereka sendiri mengahwinkan anak dara sunti mereka yang berumur sembilan tahun, atas nama sunnah dan berbangga kerana menghidupkan sunnah !! Kami adalah ‘orang bodoh’ dan berdosa. Ulama sepatutnya menunjukkan contoh yang praktikal supaya kami dapat mengikuti contoh tersebut.


Mungkin anda tidak akan percaya bahawa ulama kita pada suatu ketika dahulu telah menolak penemuan saintifik yang bertentangan dengan pendapat mereka, malah sebaliknya tidak mengiktiraf hasil kajian saintifik tersebut. Contoh klasik ialah, ramai daripada mereka yang berpendapat matahari mengelilingi bumi, tetapi apabila kajian saintifik mengatakan sebaliknya mereka berkeras dengan pendapat mereka. Dalam bahasa yang mudah mereka berkata, ‘ Saya tidak akan menerimanya dalam apa pun keadaan’.


Beginilah sikap mereka dalam hal ini, iaitu, tentang umur Aishah r.a. semasa berkahwin dengan Rasulullah s.a.w.


Dengan hanya berkata “kami tidak menerima fakta sejarah”, tidak memberi apa-apa makna kepada ummah.


Berkenaan ‘sejarah’, di satu pihak mereka mendakwa bahawa mereka tidak menerima ‘sejarah’, tetapi pada masa yang sama mereka melaung-laungkan cerita “Yazid yang jahat’ dari mimbar-mimbar khutbah (walaupun ianya cerita sejarah yang direka). Bahkan cerita berkenaan Karbala telah diulas oleh ulama kita lebih hebat daripada ahli sejarah.


Kami akan menyentuh tentang aspek sejarah di bahagian kedua kertas ini. Buat masa ini kami akan membentangkan hujah berdasarkan hadis, usul hadis, biografi perawi (ilmu rijal) dan illal hadis kerana ulama kita mengiktiraf ilmu-ilmu ini. Adalah tujuan kami untuk menarik perhatian mereka dalam aspek ini.


Hujah Keempat- Riwayat Ini Bukan Hadis Rasulullah S.A.W.


Kami telah mengkaji dengan terperinci hadis yang diriwayatkan oleh Hisham. Untuk kajian ini, kami telah mengumpulkan bukti-bukti daripada kitab-kitab ‘Saheh Bukhari’, ‘Saheh Muslim’, ‘Sunan Abu Daud’, ‘Jami’ Tirmizi’, ‘Sunan Ibnu Majah’, ‘Sunan Darimi’ dan ‘Musnad Humaidi’. Selepas menelaah kitab-kitab tersebut, sesuatu kemusykilan telah timbul. Sebahagian perawi mengatakan riwayat tersebut sebagai kata-kata Aishah r.a., sedangkan setengah yang lain mengatakannya sebagai kata-kata Urwah r.a. Yang pastinya, ia bukan kata-kata Nabi Muhammad s.a.w. sendiri. Ia sama ada kata-kata ‘Aishah r.a. ataupun kata-kata Urwah r.a. yang merupakan seorang ‘tabiin’ iaitu anak kepada seorang sahabat (Zubair bin Awwam r.a) dan juga anak kepada kakak Aishah r.a sendiri (Asma binti Abu Bakar r.a). Jika riwayat ini adalah kata-kata Urwah, ia tidak mempunyai apa-apa nilai dalam syariah. Dan, kita juga tahu bahawa apabila berlaku perbezaan pendapat sama ada suatu riwayat itu ‘Muttasil’ (bersambung) ataupun ‘Mauquf’ (terputus), ulama hadis pada amnya akan mengatakan ianya sebagai ‘Mauquf’ (terputus). Berdasarkan prinsip ini, bolehlah disimpulkan bahwa riwayat ini adalah cerita sejarah oleh Urwah (dan bukannya hadis); dan tidak berdosa untuk menolak kata-kata Urwah.


Riwayat ini akan tetap dianggap cerita sejarah sehingga ulama membuktikan sebaliknya (iaitu riwayat ini ‘muttasil’(bersambung)).


baca hujah2 seterusnya di http://www.darulkautsar.net/article.php?page=2&ArticleID=562

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 6-12-2010 10:52 PM | Show all posts
Renungkan, rencana di bawah ini...

Hujah Pertama – Bertentangan Dengan Fitrah Manusia

Hujah Kedua – Bertentangan Dengan Akal Yang Waras

Hujah Ketiga – Tiada Contoh Ditemui Di Negeri Arab Atau Di Negeri Panas

Hujah Keempat- Riwayat Ini Bukan Hadis Rasulullah S.A.W.

Hujah Kelima – Riwayat Ini Diriwayatkan Oleh Hisham Selepas Fikirannya Bercelaru

Hujah Keenam – Hanya Perawi Iraq Yang Menukilkan Riwayat Ini

Hujah Ketujuh – Aishah R.A Masih Ingat Ayat Al-Quran Yang Diturunkan Di Tahun Empat Kerasulan

Hujah Kelapan – Aishah R.A Masih Ingat Dengan Jelas Peristiwa Hijrah Abu Bakar R.A. Ke Habshah

Hujah Kesembilan – Aishah R.A. Mengelap Luka Dan Hingus Usamah Bin Zaid R.A. Yang Dikatakan Sebaya Dengannya

Hujah Kesepuluh – Ummul Mu’minin R.A. Turut Serta Di Dalam Peperangan Badar

Hujah Ke-11 – Aishah R.A. Menyertai Perang Uhud Sedangkan Kanak-Kanak Lelaki Berumur Empat Belas Tahun Tidak Dibenarkan Menyertai Perang

Hujah Ke-12 – Aishah R.A. Lebih Muda 10 Tahun Dari Kakaknya Asma, Dan Semasa Peristiwa Hijrah Asma R.A. Berumur 27 Atau 28 Tahun

Hujah Ke-13 – Ahli Sejarah At-Tabari Mengatakan Aishah R.A. Lahir Di Zaman Jahilliyah (Sebelum Kerasulan)

Hujah Ke-14 – Aishah R.A. Adalah Antara Orang-Orang Yang Terawal Memeluk Islam

Hujah Ke-15 – Abu Bakar R.A. Bercadang Mengahwinkan Aishah R.A. Sebelum Berhijrah Ke Habshah

Hujah Ke-16 – Aishah R.A. Disebut Sebagai Gadis Dan Bukan Kanak-Kanak Semasa Dicadangkan Untuk Bernikah Dengan Rasulullah
Hujah Ke-17 – Rasullulah Tidak Tinggal Bersama Aishah R.A. Kerana Masalah Mendapatkan Mahar, Bukan Kerana Umur Aishah Yang Terlalu Muda

Hujah Ke-18 – Hadis Yang Mensyaratkan Mendapat Persetujuan Seorang Gadis Sebelum Dikahwinkan Memerlukan Gadis Tersebut Telah Cukup Umur

Hujah Ke-19 – Kebolehan Luarbiasa Aishah R.A Mengingati Syair Yang Biasa Disebut Di Zaman Jahiliyah Membuktikan Beliau R.A. Lahir Di Zaman Jahiliyah

Hujah Ke-20 – Kemahiran Dalam Sastera, Ilmu Salasilah Dan Sejarah Sebelum Islam

Hujah Ke-21 – Keinginan Mendapatkan Anak Dan Naluri Keibuan Tidak Mungkin Timbul Dari Kanak-Kanak Bawah Umur

Hujah Ke-22- Aishah R.A. Sebagai Ibu Angkat Kepada Bashar R.A. Yang Berumur Tujuh Tahun Selepas Perang Uhud

Hujah Ke-23- Wujudkah Perkahwinan Gadis Bawah Umur Di Tanah Arab Dan Dalam Masyarakat Bertamadun?

Hujah Ke-24 – Kesepakatan (Ijmak) Umat Dalam Amalan
Perbahasan Tentang Usia Sebenar Khadijah R.A. Semasa Berkahwin Dengan Rasulullah S.A.W


rujuk sendiri di http://www.darulkautsar.net
Reply

Use magic Report

Post time 6-12-2010 10:55 PM | Show all posts
Note: Thread has been banned by manager
Reply

Use magic Report

Post time 6-12-2010 11:01 PM | Show all posts
Post Last Edit by cmf_Presa1200 at 6-12-2010 23:07
Renungkan, rencana di bawah ini...

Hujah Pertama – Bertentangan Dengan Fitrah Manusia

Hujah K ...
tobby Post at 6-12-2010 22:52


wow byk gak tobby dah buat homework ni.. bagus2. teruskan menyebar ape yg benar supaya kita sama2 boleh menyangkal tuduhan org2 kapir terhadap nabi dan jugak menyedarkan sstgh umat islam sndiri yg suke sgt guna alasan atas sunnah utk bernikah ngan bdak2 pompuan blom cukup umur.

yelah kan, camne sstgh umat islam nak kata Islam itu adil utk kedua2 laki dan pompuan sedangkan mrk sndiri menyokong idea bernikah dgn bdak pompuan yg tak sempat lg utk menikmati keseronokan zaman remaja dgn kwn2 sebaya mrk?
Reply

Use magic Report

Post time 6-12-2010 11:16 PM | Show all posts
wow byk gak tobby dah buat homework ni.. bagus2. teruskan menyebar ape yg benar supaya kita sama2 boleh menyangkal tuduhan org2 kapir terhadap nabi dan jugak menyedarkan sstgh umat islam sndiri yg suke sgt guna alasan atas sunnah utk bernikah ngan bdak2 pompuan blom cukup umur.
cmf_Presa1200 Post at 6-12-2010 23:01


byk lagi benda2 yg kita suka menganiaya wanita atas nama agama. contohnya dulu2 kaum wanita diajar klu minta cerai jawabnya jumpa neraka la, bergegar Arasy la, derhaka suami bla bla.... hatta si suami tu penagih dadah pun disuruh wanita itu setia sampai mati baru boleh jumpa syurga & tak boleh mintak cerai.  Nasib baik la masih ada ulama2 yg waras yg berani turun padang memberikan penjelasan.  

dengar2kanlah audio ini:
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 6-12-2010 11:32 PM | Show all posts
Post Last Edit by cmf_Presa1200 at 6-12-2010 23:34
byk lagi benda2 yg kita suka menganiaya wanita atas nama agama. contohnya dulu2 kaum wanita diaj ...
tobby Post at 6-12-2010 23:16


yeap btol ckp ulama tu, sbnarnye poligami dan monogami ni dua2 takde isu sgt kalo masing2 paham t/jawab sndiri. kunci kpd masalah rumahtangga adalah pasangan yg tidak bert/jawab, itulah puncanya.

wlaupun ramai kaum wanita dizalimi atas muka bumi ni nasib baiklah mrk diberi keistimewaan lbh senang masuk syurga berbanding dgn laki.
Reply

Use magic Report

Post time 7-12-2010 12:05 AM | Show all posts
alasan menghalalkan perkahwinan kerana ingin mengelak maksiat adalah alasan dangkal turun temurun..zaman berzaman...mohon kamu guna akal dikit ye...fikir kamu pasangan yg berkahwin itu terhindar dari maksiat kah?fikir saya...pasangan kahwin pun ramai sahaja sahaja melakukan maksiat (berdasarkan artikel2 semasa) sama seperti umat yang belum berkahwin.....perkara asas yg ummah patut faham adalah tanggungjawab...bukan kononnya nak elak dari maksiat...dangkal sgt alasan turun temurun nenek moyang melayu ini
C.K Post at 6-12-2010 15:15



   perkahwinan mmg adalah satu medium utk mengelak maksiat,satu perhubungan yg haram sebelumnya,bertukar menjadi halal..perkara haram(berdosa) bertukar menjadi tuntutan(pahala)...
setuju tanggungjawab tu pun perlu datang sekali dlm perkahwinan..

tak setuju perkahwinan awal ni amalan turun temurun nenek moyang melayu...kes2 mcm ni cuma kes2 terpencil,tiada kaitan pun dgn satu2 bangsa..bangsa lain pun ada kes2 kahwin awal...lebih setuju kalau katakan 'kurang sesuai' (tapi tak haram) kalo kahwin awal dlm lifestyle/budaya masyarakat sekarang ni...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 7-12-2010 01:04 AM | Show all posts
kawen bukan dgn mat rempit....ngan cikgu....lg pon bukan tua pon somi dia.....

drpd berzina, ada anak luar nikah, yg ni lg better
Reply

Use magic Report

Post time 7-12-2010 01:08 AM | Show all posts
budak ni pandai masak x? sempat x dia mengulangkaji pelajaran?
Reply

Use magic Report

Post time 7-12-2010 01:09 AM | Show all posts
Reply 83# iza_yuss

dah bako keta?
Reply

Use magic Report

Post time 7-12-2010 01:18 AM | Show all posts
Reply  iza_yuss

dah bako keta?
razhar Post at 7-12-2010 01:09


gilo mu!!!!
Reply

Use magic Report

Post time 7-12-2010 01:21 AM | Show all posts
apakah yang dimaksudkan mengecapi keseronokkan zaman remaja..? wujud ke bende tu.. kenkadang aku tengok sesetengah anak dara duk bawah ketiak mak pak 24 jam.. so tak de beza kalo lepas ni duduk bawah ketiak laki 24 jam. cuma tang gatel tu je terubat lah.
Reply

Use magic Report

Post time 7-12-2010 01:37 AM | Show all posts
Tahniah cikgu...Selamat melayari...
Reply

Use magic Report

Post time 7-12-2010 02:02 AM | Show all posts
selmt budak tu dri dose bezina
Reply

Use magic Report

Post time 7-12-2010 05:35 AM | Show all posts
ko nak gunakan kes suami bebankan isteri supaya gadis yg blom ckup umur digalakkan berkawen? mak ...
cmf_Presa1200 Post at 6-12-2010 22:43


Dey jesse labu... in the very place yang nko sendiri sebut nikah kerana ALLAH dan pada masa yang sama tak membebankan pasangan, (seorang pompuan 14 tahun yang dinikahi oleh jejaka 23 tahun  as per thread discussion), pebendanya?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 7-12-2010 05:36 AM | Show all posts
budak ni pandai masak x? sempat x dia mengulangkaji pelajaran?
razhar Post at 7-12-2010 01:08


Dapat private tuition lagi dari bakal suami..........seorang guru
Reply

Use magic Report

Post time 7-12-2010 05:39 AM | Show all posts
jawab jela umur berapa ko nak kawin...umur 23 ok tak?
noor2 Post at 6-12-2010 22:51


Kalau setakat mentaliti macam nko jangan cakap 23 tahun.....budak jantan 15 tahun pun aku rasa lagi matang dari nko......cukup sekadar jawapan aku seperti ini?
Reply

Use magic Report

Post time 7-12-2010 05:42 AM | Show all posts
JAWAPAN AL-AHKAM.NET


Ada dua perkara yang dikaitkan dengan kes pernikahan budak bawah umur  ...
tobby Post at 6-12-2010 22:18



Kenapa kita manusia nie...yang berat kita ringankan...dan yang ringan kita beratkan?
Reply

Use magic Report

Post time 7-12-2010 05:54 AM | Show all posts
apakah yang dimaksudkan mengecapi keseronokkan zaman remaja..? wujud ke bende tu.. kenkadang aku ten ...
tebabo Post at 7-12-2010 01:21


Orang kita bila kawenkan anak at a tender age say 14 tahun...akan dituduh melepaskan tanggungjawab sebagai parents...tapi kalau sumbang mahram anak sendiri...ok je........
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

13-5-2024 05:42 AM GMT+8 , Processed in 0.657723 second(s), 46 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list