|
Seorang pengguna Facebook, Ryhan Musa yang telah mengunjungi Ina Naim di rumahnya selepas kematian Suhaimi Saad mendedahan kisah di sebalik ketiadaan mesin basuh dalam keluarga tersebut.
Kata Ina rumahnya tiada mesin basuh bukan kerana tidak mampu atau disengajakan sebaliknya mereka memberikan kepada jiran yang lebih memerlukan.
Foto: mStar
"Rumah Ina sebenarnya bukan tiada mesin basuh, ada... tapi Ina nampak anak jiran Ina angkat bakul baju bawa keluar rumah dengan muka penat.
"Ina tegur jiran tanya kenapa dan jiran menjawab mesin basuhnya rosak.
"Ina masuk dan bersembang dengan suami lalu bercerita mesin basuh jiran tu rosak. Lalu arwah suruh Ina berikan mesin basuh kepunyaan mereka kepada jiran tersebut."
Sebelum ini, Suhaimi membuat pengakuan bahawa rumahnya tidak mempunyai mesin basuh untuk kegunaan harian.
Tindakan tersebut telah mengundang kecaman warganet kerana didakwa mengabaikan tanggungjawab sebagai seorang suami.
Suhaimi menghembuskan nafas terakhir pada 15 November lalu akibat jangkitan kuman dalam paru-paru.
Untuk rekod, Suhaimi mendirikan rumah tangga dengan Ina Naim pada 12 Ogos 2007 dan hasil perkahwinan itu mereka dikurniakan empat cahaya mata iaitu Ehmad Hadie Elfardie, 15, Salman Elkhoyri, 13, Phyrosh Elfadwah, 11, dan Nur Layla Elghufrony, 9 tahun. -CARI
Sumber: mStar |
|