|
Penyanyi, Haqiem Rusli menafikan isterinya, Wan Anis Sofea Wan Zamzuri hamil seperti yang tular, baru-baru ini.
Khabar angin itu bermula selepas Haqiem memuat naik hantaran berserta keterangan ringkas, 'We love you' di Instagram ketika sambutan ulang tahun kedua perkahwinan mereka.
"Saya buat 'caption' itu sebagai tanda bahawa kami semua sayang dia. Tapi, orang tak faham konteks ayat saya. Saya nak dia rasa disayangi oleh semua.
"Jangan percaya cakap orang. Kalau saya cakap (sahkan), itu baru betul. Saya akan umumkan kalau betul sebab ia benda baik," katanya kepada Harian Metro.
Ditanya mengenai tindakannya selepas dikirimkan dengan pelbagai ucapan tahniah, Haqiem hanya mampu mengucapkan terima kasih dan menjelaskan perkara sebenar.
"Kepada yang mengucapkan tahniah, terima kasih saya ucapkan. Tapi, saya jelaskan kepada mereka mengenai kapsyen itu," katanya.
Ditanya mengenai keadaan isterinya selepas kerap kali di dengan persoalan mengenai keadilan, Haqiem berkata, Sofea dalam keadaan baik.
"Sofea okey saja. Kalau orang bertanya secara berhadapan, janganlah tanya banyak kali kerana itu sangat menjengkelkan. Ini semua berkaitan dengan rezeki Allah dan kita tak boleh tentukan.
"Sepanjang dua tahun pertama ini, boleh saya katakan ia satu proses yang agak mencabar. Tapi, saya dah lalui benda ini dah lama. Saya beritahu Sofea, jangan risau sebab saya akan sayang dan lindungi dia.
"Biarlah orang bercakap apa pun asalkan mereka tak ada maki hamun secara berdepan atau melakukan tindakan berkaitan fizikal. Kalau setakat bercakap di media sosial, saya dah lali," kata Haqiem yang kini bertanding dalam program Famili Duo 3 bergandingan bersama sepupunya, Ariff Bahran.
Sumber: Harian Metro |
|