|
Gagal mara ke final Famili Duo musim ketiga (FD3) Ahad depan,Tom akhirnya dapat berehat serta memberi fokus kepada kandungannya yang sudah mencecah usia tujuh bulan.
Tom, 37, berkata, walaupun sering memberitahu dia seorang yang kuat namun jauh di sudut hati dia penat dan tidak berdaya meneruskan pertandingan berkenaan.
Kata Tom, dia menganggap dia dan suami iaitu Fuad Rahman tersingkir sebagai hikmah dan boleh memberi fokus kepada kesihatan dan kandungan.
Foto: IG
"Saya sudah penat dalam keadaan sedang hamil tujuh bulan... Mungkin sebelum ini saya beritahu saya seorang yang kuat tapi sebenarnya saya sudah kehabisan tenaga.
"Emosi saya tidak stabil, rasa tidak selesa sebab mungkin hamil anak perempuan. Tiada rezeki ke final mungkin Allah mahu saya berehat," katanya kepada mStar.
Tom berkata, timbul rasa kesal dalam diri kerana sedar Fuad sudah melakukan yang terbaik namun keadaaannya menjadi punca mereka terkandas dalam pertandingan tersebut.
"Saya memang sentiasa all out dan pada malam (Ahad) ini juga sepatutnya saya perlu melompat untuk membuat persembahan tetapi Fuad tidak beri kerana bimbang dengan keadaan saya.
"Saya rasa seperti kami sudah buat yang terbaik untuk masuk final tetapi kami tidak dapat meneruskan perjuangan.
"Saya tahu Fuad dah all out namun disebabkan keadaan diri saya (hamil), saya tak dapat beri sepenuhnya dan merasakan diri saya sebagai penyebab untuk kami tidak layak ke final," ujarnya.
Pada malam Ahad, Tom dan Fuad bersama Shila Amzah dan Syahir Amzah serta Ryan dan Adam Bakery diumumkan sebagai peserta yang tersingkir di peringkat separuh akhir FD3.
Manakala tiga lagi pasangan yang mara ke peringkat akhir adalah Adira Suhaimi dan Emma Suhaimi, Sharif dan Syaiful serta Haqiem Rusli dan Ariff Bahran bakal berentap merebut gelaran juara. -CARI
Sumber: mStar
|
|