View: 2550|Reply: 7
|
'Dah tak gelek 45 darjah'
[Copy link]
|
|
'Dah tak gelek 45 darjah'
(DARI KIRI) Sheeda, Mas Idayu, Amelina, Haiza dan Leina Hangat.
Kuala Lumpur: Bergelar penyanyi dangdut sememangnya sinonim dengan pakaian seksi dan goyangan erotik. Namun, ada beberapa artis dangdut Malaysia yang memutuskan untuk bertudung dan masih aktif menghiburkan peminat.
Antara penyanyi dangdut yang masih aktif menyanyi dengan penampilan bertudung ialah Mas Idayu, Sheeda, Ramlah Ram, Elda Susanti dan Leina Hangat.
MAS IDAYU
Siapa sangka penampilan mereka yang dulunya 'berani mati' dengan imej seksi kini perlahan-lahan mereka tinggalkan gaya hidup yang tidak senang dipandang mata sesetengah pihak.
Malah, keputusan mereka untuk menutup aurat diterima baik masyarakat sekali gus mengagumi mereka yang kekal istiqamah walaupun terpaksa berkorban banyak perkara.
Namun, ada yang berpendapat penyanyi dangdut yang sudah bertudung itu tidak wajar lagu untuk meneruskan kerjaya sebagai penyanyi dangdut.
Mas Idayu berkata, dia tidak bersetuju dengan pandangan itu. Namun, tidak menafikan penyanyi dangdut yang sudah bertudung perlu pandai menjaga imej dan pembawakan diri di atas pentas.
"Lagu dangdut dan imej bertudung tiada kena mengena. Namun, apa yang perlu diberi perhatian adalah cara penampilan di atas pentas dan bagaimana seseorang penyanyi itu mencorakkan persembahannya.
"Bagi saya, penyanyi dangdut yang sudah bertudung memang tiada masalah untuk meneruskan kerjaya mereka, termasuklah penyanyi yang terkenal dengan apa genre sekali pun.
"Jika nak diimbau kembali zaman 'jahiliah' saya dulu memang semua orang tahu saya terkenal dengan 'gelek 45 darjah'. Waktu itu saya tidak pernah terfikir sesuatu yang luar kotak, cuma pergerakan saya itu mengikut rentak lagu yang dibawakan.
"Tapi sekarang ini saya tidak lagi teruskan dengan gelek 45 darjah itu, tapi masih ada pergerakan yang sesuai dengan lagu yang dipersembahkan," katanya yang pernah menerima jolokan Ratu Gelek 45 darjah.
Penyanyi yang terkenal menerusi lagu Cintaku 100% itu mula mengenakan tudung sepenuhnya sekitar September 2021.
Ditanya mengenai muzik dangdut yang sering dikaitkan dengan aksi mengghairahkan dan lucah, Mas Idayu tidak bersetuju dengan pandangan sedemikian kerana kebanyakan lagu di Malaysia berkisarkan cinta dan tidak berunsur lucah.
"Saya tak setuju apabila orang dengar lagu dangdut saja, mereka mula terbayang sesuatu yang 'double meaning'. Kalau ada yang berfikiran sebegitu maksudnya orang Malaysia ini fikirannya sudah terlalu kotor.
"Tapi, saya percaya orang Malaysia bukan begitu, namun mungkin mereka melihat penampilan dan pembawakan seseorang penyanyi itu sehingga melabelkan sedemikian.
"Kalau nak cakap soal lagu di negara ini rata-ratanya berkisarkan cinta. Tapi kalau lagu dangdut yang dicipta di Indonesia kadang-kadang bila dengar liriknya ada yang 'double meaning'. Bukan kata orang lain, saya sendiri pun akui perkara ini.
"Cuma di Malaysia ini memang tak boleh ada lagu yang membawa dua maksud, apatah lagi di RTM. Lagu-lagu saya dulu semua ditapis terlebih dahulu, sebelum mereka mainkan di stesen radio RTM," katanya.
SHEEDA
Penyanyi dangdut veteran, Sheeda menganggap isu penyanyi dangdut yang sudah bertudung tetapi masih meneruskan kerjaya nyanyian bukan satu masalah atau memberi impak buruk kepada wanita muslimah.
Sheeda atau nama sebenarnya Sayyida Beevi M Shahul Hameed, 60, berkata, kerjaya nyanyian yang diceburi adalah mata pencariannya kerana tidak pernah mengharapkan duit anak-anak.
"Saya diundang menyanyi atas kapasiti sebagai penyanyi veteran. Penganjur masih meminta untuk saya menghiburkan peminat dengan koleksi lagu dangdut nyanyian saya, tapi tidaklah saya akan bergelek keterlaluan atau terkinja-kinja di atas pentas.
"Saya sekadar menyanyi di atas pentas dan menghiburkan peminat-peminat yang masih memberikan sokongan sehingga hari ini.
"Kerjaya ini adalah tempat saya mencari rezeki. Saya bukan seorang ibu yang suka menyusahkan anak-anak, tapi apabila mereka beri duit saya anggap itu adalah bonus. Cuma urusan utiliti dan keperluan lain saya lebih suka menggunakan duit sendiri.
"Sebenarnya di usia sekarang anak-anak memang sudah minta saya meninggalkan kerjaya ini dan berehat, tapi apabila ada undangan saya anggap kehadiran saya itu sebagai penyanyi lama yang masih diperlukan," katanya.
Menurut Sheeda, ketika dia mula bertudung sekitar tahun 2018, dia mengaku runsing sekiranya kerjaya seninya akan terus lenyap, namun bersyukur rezeki dalam bidang itu tidak putus sehingga hari ini.
"Ketika mula bertudung dulua, nak-anak yang minta sebab mereka sudah bertudung lebih awal, tapi mereka tidak pernah desak untuk saya berhijrah dengan segera.
"Saya pernah cakap dengan anak-anak, saya takut apabila sudah bertudung tawaran nyanyian sudah tiada, namun Alhamdulillah selepas saya bertudung rezeki dalam bidang ini semakin banyak dan niat saya hanyalah untuk meneruskan kehidupan," katanya.
AMELINA
Ratu dangdut, Amelina menolak tanggapan sesetengah pihak yang mengatakan penyanyi dangdut yang sudah bertudung tidak sesuai untuk terus memperjuangkan genre lagu yang terkenal dengan pergerakan yang lincah dan seksi.
Amelina berkata, tugas seorang penyanyi adalah menyampaikan lagu yang dipersembahkan dengan sebaik mungkin, namun apabila sudah bertudung setiap penyanyi itu perlu menjaga sensitiviti supaya tidak dipandang serong.
"Kalau ada yang mengatakan lagu dangdut tak sesuai untuk penyanyi yang bertudung, saya tidak setuju kerana mereka masih boleh tetap teruskan kerjaya nyanyian seperti biasa tetapi perlu menjaga pergerakan, pakaian bagi menjaga sensitiviti.
"Bagi saya, tugas penyanyi itu adalah sekadar menyampaikan lagu itu dengan baik. Apabila ada penyanyi dangdut yang sudah bertudung terpulang kepada mereka untuk membawa imej yang baharu itu di atas pentas," katanya.
Ditanya bilakah dia mahu mengikut jejak langkah untuk mengenakan tudung, pelantun lagu Semakin Rindu Semakin Asyik itu memohon doa orang ramai agar dirinya diberikan hidayah dan petunjuk untuk bertudung satu hari nanti.
"Saya tumpang gembira apabila mereka sudah bersedia untuk bertudung. Namun untuk diri sendiri, saya nak pastikan hati betul-betul ikhlas dan menjaga hubungan saya dengan Allah terlebih dulu.
"Memang hati itu sentiasa nak (bertudung), tapi saya selalu fikir bagaimana nak istiqamah selepas itu sebab ia bukan perkara yang mudah. Saya percaya apabila sampai waktunya saya akan ke arah itu, Insya-Allah,"katanya.
Dalam pada itu, Amelina turut tampil menjelaskan muzik dangdut yang sering dikaitkan dengan aksi yang menggoda dan lucah dengan mengatakan dia berjaya membuktikan tanpa bergelek yang keterlaluan lagu dangdut yang dinyanyikan masih diterima sehingga hari ini.
"Saya sudah buktikan kepada orang luar apabila tanpa bergelek pun saya masih diterima baik hingga hari ini. Tidak dinafikan di awal karier saya dalam bidang ini saya pernah dikecam sebab katanya saya tak sesuai membawakan lagu dangdut sebab saya tak pandai bergelek.
"Malah saya juga sudah membuktikan muzik dangdut tidak semestinya perlu tampil seksi. Alhamdulillah sehingga sekarang apa yang saya gayakan dulu, masih saya kekalkan sehingga hari ini," katanya.
HAIZA
Isu penyanyi dangdut yang sudah bertudung, namun masih meneruskan kerjaya nyanyian bukan satu isu besar kerana industri dangdut yang cukup terkenal dan diterima baik di Indonesia juga menampilkan ramai penyanyi dangdut bertudung.
Menurut Haiza, dalam hal ini orang luar tidak boleh melihat pergerakan yang dilakukan penyanyi dangdut semata-mata, sebaliknya penyanyi yang memperjuangkan muzik pop seumpamanya turut melakukan hal sama.
"Jika di Indonesia ramai penyanyi bertudung yang masih meneruskan kerjaya mereka seperti Iyeth Bustami, Cici Paramida, Elvy Sukaesih dan beberapa penyanyi lain.
"Kenapa penyanyi dangdut yang berhijrah tak boleh menyanyi sedangkan penyanyi pop pun bergoyang juga. Bagi saya, dalam hal ini terpulang kepada diri setiap penyanyi itu untuk membawa diri mereka mengikut kesesuaian dan imej yang digayakan," katanya.
Haiza yang terkenal menerusi lagu Dag Dig Dug tampil mempertahan persepsi orang luar yang mengatakan muzik bergenre dangdut sering dikaitkan dengan aksi menggoda dan lucah.
"Jika ada yang berfikiran sebegitu maksudnya pemikiran mereka sangat dahsyat sehingga mampu menaikkan nafsu dan ghairah. Tapi hakikatnya tugas sebagai penyanyi dangdut ini hanya sekadar menghiburkan peminat mengikut lagu yang disampaikan dan mengikut gendang muzik itu.
"Persembahan yang dibawakan juga tidaklah keterlaluan sampai mendatangkan ghairah kepada yang menonton, kalau ada mereka yang kena kawal perasaan mereka," katanya.
Sumber:https://www.hmetro.com.my/utama/ ... tak-gelek-45-darjah
|
|
|
|
|
|
|
|
"Lagu dangdut dan imej bertudung tiada kena mengena."
Apa yg xde kena mengena? Kalau kau dah decide nak bertudung nak lebih islamik tak kan lah nak tertonggek2 bergelek mengiurkan.
Yg sebenarnya dah tua, dah sakit urat saraf dah tak mampu nak gelek 45° so eloklah stop. |
|
|
|
|
|
|
|
ntah la i olls suka lagu2 dangdut ni sbb catchy, tp i olls xsuka tgk org gelek2... |
|
|
|
|
|
|
|
Setakat penyanyi dangdut senior kat Malaysia ni tak adalah yg melebih sangat. Baby Shima tu sebab terikut sgt kiblat kat Indon sana. Ada juga mv lagu lagu dangdut+ronggeng Siam yg feature penyanyi murahan Kelantan-Siam sana. Nampak sampah dan sundal sangat. Lirik lagu pun mcm sial sorong masuk sorong masuk jilat hisap apa entah celakanya lirik gitu. Kalau mainstream mcm Mas Idayu dgn Amelina terhiburlah jugak menengoknya.
|
|
|
|
|
|
|
|
Dah tua bangka kalau gelek leh termuntah org menengok. Kl muda remaja sedap gakla nak perhati |
|
|
|
|
|
|
|
sudah2 la with your cheap stunt and music. |
|
|
|
|
|
|
|
tapi mmg dlm ramai2 retis dangdut dulu, mummy punya gelek yg org suka..tu mmg trademark dia dulu.. k.long alin, sheeda dgn yg lain2 gelek biasa je.. |
|
|
|
|
|
|
|
gelek 45 darjah dia subtle je
x trying hard
meliuk lentok persis duyung
eloklah sheols kata dh x buat
|
|
|
|
|
|
|
| |
|