CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 3220|Reply: 1

Azhar Sulaiman simpati nasib wanita diduakan

[Copy link]
Post time 29-11-2023 06:17 PM | Show all posts |Read mode
Azhar Sulaiman simpati nasib wanita diduakan


AKTOR Azhar sulaiman menasihati para suami yang berkahwin lagi agar tidak dipertontonkan perkara itu kepada umum kerana ada hati yang akan terluka.


PETALING JAYA – “Boleh berpoligami tetapi jangan jadikan tontonan umum.”

Itu nasihat pelakon Azhar Sulaiman buat para suami susulan isu poligami yang hangat diperkatakan dalam media sosial mutakhir ini.

Katanya, kontroversi sebegitu tidak wajar dijadikan contoh kepada komuniti kerana berpotensi menjejaskan akhlak seseorang.

“Sebagai lelaki tulen, saya tidak tolak sekiranya ada jodoh berkahwin dua atau tiga tetapi dalam keadaan serba moden ini, perkara sebegini tidak patut dipertontonkan dan harus dirahsiakan.

“Pada akhirnya, tunjuk isteri sedang menangis. Drama tersebut tidak bagus untuk masyarakat.

“Lagi banyak orang tunjuk macam-macam benda, lagi banyak akan mempengaruhi perkara tidak baik,” katanya dalam Instagram.

Dalam masa sama, Azhar atau lebih dikenali sebagai Behar itu bersimpati dengan nasib wanita yang diduakan suami.

“Saya pernah letakkan diri saya dalam situasi isteri pertama. Boleh terimakah kalau Cempaka ada ‘boyfriend’ (teman lelaki).

“Mereka (isteri) hanya patuh kepada suami untuk masuk ke dalam syurga tetapi kasihan.

“Apa yang penting jangan jadikan perkara tersebut sebagai kejayaan apabila dapat berkahwin dua,” ujarnya lagi.

Sejak minggu isu poligami hangat diperkatakan netizen apabila pempengaruh Alif Teega mendedahkan sudah berkahwin dua bagi mengelakkan fitnah terhadap dirinya.

Isteri pertamanya, Aisyah Hijanah yang juga merupakan personaliti terkenal media sosial reda dengan ketentuan Ilahi dan berharap orang ramai tidak memburukkan suami serta madunya. – KOSMO! ONLINE

Sumber:https://www.kosmo.com.my/2023/11 ... ib-wanita-diduakan/

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 29-11-2023 07:26 PM From the mobile phone | Show all posts
Simpati je lah mampu ye mami.. Nak kawin lebih tak berani hihihi
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

5-12-2024 04:33 AM GMT+8 , Processed in 0.043821 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list