View: 9093|Reply: 34
|
[Tempatan]
Disangka cyst, rupanya kanser payudara 'triple-negative'
[Copy link]
|
|
Disangka cyst, rupanya kanser payudara 'triple-negative'
Oleh
NURATIKAH ATHILYA HASSAN
22 April 2024 12:25pm
Shahirah sedang sarat mengandung lapan bulan selamat menjalani pembedahan mastektomi, Khamis lalu.
SHAH ALAM - Luluh hati seorang wanita apabila mengetahui penyakit yang pada awalnya didiagnosis sebagai cyst adalah kanser payudara triple-negative (TNBC).
Menurut adik kepada pesakit, Sharah, 23, lebih menyedihkan berita mengejutkan itu diketahui ketika kakaknya, Shahirah, 32, sedang sarat mengandung lapan bulan.
"Kakak saya kena kanser payudara masa mengandung lapan bulan. Gelap dunia kami sekeluarga bila tahu keputusan. Cerita kurang menyenangkan mula didengari dari kiri dan kanan.
"Sampai satu keluarga tidak bercampur dengan orang selama berbulan demi menjaga telinga daripada mendengar perkara yang menjatuhkan semangat sehingga abah panggil pakar motivasi kanser untuk beri sokongan kepada kami sekeluarga," luahnya menerusi aplikasi X pada Selasa.
Tambah Sharah, ketika kakaknya menerima rawatan di hospital pertama, doktor mengesahkan bahawa ketulan di payudara adalah cyst dan tidak disarankan untuk lakukan pembedahan kerana keadaan itu tidak membahayakan serta boleh dibiarkan atau buang selepas bersalin sahaja.
Tangkap layar hantaran Sharah di aplikasi X menjelaskan kakaknya, Shahirah dimasukkan ke wad pada Rabu dan selamat menjalani pembedahan Khamis lalu.
Ujarnya, pengesahan mengenai kanser itu dibuat oleh hospital kedua yang dirujuk untuk mendapatkan rawatan setelah ketulan semakin membesar.
"Doktor sahkan ketulan itu adalah cyst daripada hormon ibu mengandung dan perlu tunggu hingga bersalin terlebih dahulu untuk buang. Tapi dari semasa ke semasa, ketulan semakin besar secara agresif sehingga memberi kesan kepada degupan jantung."
"Keadaan itu tidak normal bagi ibu yang sedang mengandung. Kakak terus di masukkan ke wad dan prosedur 'menyedut' cyst dilakukan tanpa bius kerana kakak hamil. Dicucuk jarum dan sedut, tapi hanya darah yang keluar.
"Tapi selepas sebulan, keadaan kakak bertambah teruk apabila ketulan semakin besar dan kami membawa dia ke hospital lain untuk dapatkan rawatan serta menjalani pembedahan membuang ketulan tersebut," jelasnya.
Menurut Sharah, doktor mengesahkan jenis kanser (TNBC) itu selepas beberapa minggu proses pembedahan membuang cyst dijalankan dan pesakit perlu mengambil ubat untuk hentikan susu selepas melahirkan anak.
Jelasnya, inisiatif itu dibuat bagi membolehkan kakaknya menerima rawatan kemoterapi sebanyak lapan kali sebelum pembedahan mastektomi dijalankan pada Khamis lalu.
"Pembedahan tersebut dilakukan bagi membuang bahagian atas payudara kanan kerana kanser berkenaan berada di permukaan atas, bukan di dalam. Saiz pun semakin mengecil daripada sebelumnya.
"Doktor mengesahkan kebarangkalian untuk berulang (kanser) sudah berkurang dan peratusan untuk bebas pula tinggi. Memandangkan cyst berada dalam kantung dan tiada pecahan kecil dalam payudara kakak," ujar Sharah.
|
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
x
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
"Keadaan itu tidak normal bagi ibu yang sedang mengandung. Kakak terus di masukkan ke wad dan prosedur 'menyedut' cyst dilakukan tanpa bius kerana kakak hamil. Dicucuk jarum dan sedut, tapi hanya darah yang keluar.”
Omaaaiiii, sakitnya la. Sedang kan injection pon kenkadang sakit , inikan prosedur sedut
Semoga kakaknya bertabah, kuat semangat dan diberikan kesihatan segera
|
|
|
|
|
|
|
|
Why makin rmi rakyat msia ada cancer? Faktor pemakanan. Makanan kita da bnyk da diubah genetiknya terutama buah Dan sayuran. |
|
|
|
|
|
|
|
Kesian.
Syafakillah.
Get Well Soon.
Semoga Allah beri kekuatan dekat adik ni. |
|
|
|
|
|
|
|
Kakak saya kena kanser payudara masa mengandung lapan bulan. Gelap dunia kami sekeluarga bila tahu keputusan. Cerita kurang menyenangkan mula didengari dari kiri dan kanan.
Aku curious nk tau cite kurang menyenangkan tu org cakap pasal ape?
Vaksin kah?
Lain la kalau kene STD, tu mmg org mengata sepanjang hayat |
|
|
|
|
|
|
|
otai_g replied at 22-4-2024 04:05 PM
Why makin rmi rakyat msia ada cancer? Faktor pemakanan. Makanan kita da bnyk da diubah genetiknya te ...
I ada tgk dokumentari mmg dari bijih benih lg dijahanamkan tu yg sedih tu
Skrg kalau nk beli bijih benih yg elok kena pegi ceruk2 petani persendirian ni di amerika sana la
Kat M'sia ni pun dah senasib rsnya |
|
|
|
|
|
|
|
"Doktor mengesahkan kebarangkalian untuk berulang (kanser) sudah berkurang dan peratusan untuk bebas pula tinggi...."
Kira happy ending lah kan? Syukur.
|
|
|
|
|
|
|
|
Maksud tanpa bius tu under local lah kot. Orang kita tau bius tu GA ja.
|
|
|
|
|
|
|
|
Semoga diberikan kesembuhan yg total dan tak mendtgkan penyakit@ yg lain.
Insya Allah
Allahumma aamiin |
|
|
|
|
|
|
|
tktnya..
kdg kdg rasa ngilu ngilu kt tetek..awat ek...
cyst tu kn bkn dlm perut ke...
i xperiod 3 bln..tkt giler kot ada penyakit kn sbb xpnh skip period..so dpt la posa last month penuh ..ni baru period lega..sampai solat hajat weh sbb xperiod..tkt nyer psl..
; |
|
|
|
|
|
|
|
edayildiz replied at 23-4-2024 12:26 PM
tktnya..
kdg kdg rasa ngilu ngilu kt tetek..awat ek...
cyst tu kn bkn dlm perut ke...
Pegi la check kalau period mmg regular tetiba skip 3 bulan. Atau pon tanda2 monopous. Esp pada org yg period awal |
|
|
|
|
|
|
|
Decaffeinated replied at 22-4-2024 10:49 PM
Maksud tanpa bius tu under local lah kot. Orang kita tau bius tu GA ja.
Hurmmm mmg x tahu la pasal bius2 ni but still sakit la juga kot. |
|
|
|
|
|
|
|
SalenaGomez replied at 23-4-2024 03:08 PM
Pegi la check kalau period mmg regular tetiba skip 3 bulan. Atau pon tanda2 monopous. Esp pada org ...
tu la i terfikir jgk mampuih kalau menopous..mslhnya i xkawen lg..ada ke perempuan umo bwh 30 menopous.
tp jujurin i terfikir jgk.
mcm mcm la fikir takkan mengandung lak..xpnh tdo ngn sesapa....punya tkt sorg sorg ..tp ni dah period
i siap mkn pineapple lg nk bg period..tp selang dua hari baru period..i siap doa dan solat hajat lg mitk period.
dan dan kt tiktok keluar psl menopous tu..adoiii |
|
|
|
|
|
|
|
edayildiz replied at 23-4-2024 03:23 PM
tu la i terfikir jgk mampuih kalau menopous..mslhnya i xkawen lg..ada ke perempuan umo bwh 30 meno ...
Awal naw kalau below 30 monopous. Maybe perubahan hormon atau stress ka.
Kalau x nak pening kepala dan nak kepastian, pegi la check. Or tgk cycle next period mcm mana pulak. Tapi kalau SG sejenis yg x suka serabut otak, mmg akan cari masa jumpa doktor utk check. Nak senang, buat medical check up keseluruhan sesambil tu inform doc yg pernah delay 3 bln period. |
|
|
|
|
|
|
|
nak mengandung tak semestinya tidur dek, masa berjaga pun boleh projek.
ada perempuan yang naif ingat mengandung tu sebab menikah, takde kena mengena aih.
|
|
|
|
|
|
|
|
manjalara_01 replied at 22-4-2024 10:31 PM
I ada tgk dokumentari mmg dari bijih benih lg dijahanamkan tu yg sedih tu
Skrg kalau nk beli biji ...
Biji benih yg komersial mmg akn dimodify genetiknya
Jagung org nk yg mutiara la, susu la
Tembikai nk yg xda biji, yg manis mcm madu
Jambu, anggur, papaya nk yg xde biji
Mcm2 lah demand nya.. klu jual buah byk biji org xnk beli lak |
|
|
|
|
|
|
|
pearl.silver replied at 23-4-2024 08:17 PM
Biji benih yg komersial mmg akn dimodify genetiknya
Jagung org nk yg mutiara la, susu la
Tembikai ...
Cerewetnya lahai..kalau xde side effect xpe tp mcm2 la keburukan antaranya :
Khasiat, mineral pun makin kurang tu yg x syok tu
|
|
|
|
|
|
|
|
Decaffeinated replied at 23-4-2024 08:12 PM
nak mengandung tak semestinya tidur dek, masa berjaga pun boleh projek.
ada perempuan yang naif i ...
eh betul la kalau tido celah mana nk buat projek .. |
|
|
|
|
|
|
|
edayildiz replied at 23-4-2024 03:23 PM
tu la i terfikir jgk mampuih kalau menopous..mslhnya i xkawen lg..ada ke perempuan umo bwh 30 meno ...
Kalau period tak regular, makan EPO dik. Pastu terus ok. Kadang2 sebab stress atau tak cukup kalori, contohnya bulan puasa |
|
|
|
|
|
|
| |
|