CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 12971|Reply: 0

[Sarawak] Anak Sarawak lanjut pengajian dipelawa rebut biasiswa SUEF

[Copy link]
Post time 30-4-2024 11:48 PM | Show all posts |Read mode


Dr Sim (lima kiri) mewakili Premier memukul gong sebagai simbolik pelancaran Dana Pendidikan Perpaduan Sarawak (SUEF) sambil disaksikan Richard (lima kanan) serta tetamu jemputan lain. - Gambar Roystein Emmor

KUCHING: Anak-anak Sarawak yang mahu melanjutkan pengajian ke peringkat ijazah sarjana muda dan ijazah sarjana dipelawa merebut peluang mendapatkan biasiswa Dana Pendidikan Perpaduan Sarawak (SUEF).

Biasiswa tanpa bon ini akan ditawarkan kepada mereka yang memerlukan dan telah memenuhi syarat kemasukan ke universiti awam atau swasta di Malaysia.
Dilancarkan pada hari ini oleh Timbalan Premier Datuk Amar Dr Sim Kui Hian yang mewakili Premier Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg, pendaftaran untuk mendapatkan biasiswa berkenaan dijangka pada September iaitu sebelum sesi pengambilan kemasukan pelajar di universiti atau kolej.

Pengerusi SUEF Datuk Richard Lee dalam ucapannya berkata, idea untuk membantu anak-anak Sarawak dalam pendidikan itu sebenarnya bermula tujuh tahun lalu.

“Ia bermula apabila saya memulakan Dana Pendidikan Kanak-Kanak Luar Bandar Sarawak menerusi kutipan amal di mana kami berjaya meraih RM1.04 juta.

“Kami melakukannya sekali lagi pada tahun 2019 dengan mengumpul dana RM1.08 juta dan ini dengan sokongan rakan kongsi kami iaitu Yayasan Kasih di mana lebih 4,000 kanak-kanak luar bandar di Sarawak mendapat manfaat daripada program ini,” ujarnya.

Tambah Richard, penubuhan SUEF oleh sektor swasta adalah satu langlah kecil dalam menyokong kerajaan negeri membangunkan modal insan dan pemimpin masa depan.

Katanya, biasiswa berkenaan diberikan kepada pelajar yang layak dan mahu melanjutkan pengajian ke peringkat lebih tinggi.

Sementara itu, Ketua Sekretariat SUEF Grover Peter Gani berkata, pihaknya akan menyediakan laman sesawang yang boleh akses kepada orang ramai menilai dan melihat perkembangan terkini ditawarkan mereka setiap masa.

Katanya, ia termasuk kriteria pemohon SUEF yang akan dipaparkan dalam laman sesawang mereka.

“Dengan syarat anda melengkapkan semester. Jadi, tiada bayaran balik untuk biasiswa itu. Borang akan disediakan di laman web untuk semua orang yang mengisi kriteria borang.

“Sebenarnya kita mahu membuka permohonan pada sebelum semester bermula pada tahun ini namun disebabkan atas beberapa faktor, saya rasa ia dibuka untuk pengambilan kemasukan seterusnya... ya (pada September), kepada anak Sarawak,” tegasnya.

Beliau berkata, biasiswa SUEF itu tidak hanya untuk universiti awam sahaja tetapi juga universiti atau kolej swasta selain Sijil Peperiksaan Bersepadu (UEC) dari sekolah Cina.

Sementara itu dalam kenyataan yang diedarkan kepada media, antara kriteria lain adalah mereka yang berusia antara 16 tahun hingga 25 tahun yang memegang kad pengenalan ‘K’, memperoleh minimum CGPA 3.5 dalam Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) dan pendapatan ibu bapa yang digabungkan tidak lebih daripada RM4,000.

Untuk maklumat lanjut mengenai kriteria dan permohonan boleh hubungi Grover di groverpg67@gmail.com.

Hadir sama Menteri Industri Makanan, Komoditi dan Pembangunan Wilayah Dato Sri Dr Stephen Rundi Utom, Menteri Pengangkutan Dato Sri Lee Kim Shin serta dua Penasihat SUEF Tan Sri Datuk Amar Abdul Aziz Husain dan Dato Richard Wee.


Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

20-5-2024 05:49 AM GMT+8 , Processed in 0.047859 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list