View: 7403|Reply: 93
|
[Tempatan]
Baru dapat 4K sebulan dah beli kereta import, sewa rumah 1K! Kakak gaji lebih tinggi risau tengok adik nafsu T20 berbelanja
[Copy link]
|
|
Baru dapat 4K sebulan dah beli kereta import, sewa rumah 1K! Kakak gaji lebih tinggi risau tengok adik nafsu T20 berbelanja
Sabtu, 18 Mei 2024 6:00 AM
Segelintir generasi muda gemar membeli kereta mewah untuk kepuasan diri. -Gambar hiasan
BAGI seseorang yang baru menjejakkan kaki ke alam pekerjaan, memperoleh pendapatan bulanan sehingga RM4,000 dalam situasi ekonomi masa kini merupakan pencapaian yang agak membanggakan.
Dalam usia yang masih muda, sudah pastinya nafsu untuk memiliki sesuatu barangan begitu membuak-buak dan tanpa perancangan kewangan yang bijak mereka mungkin terjerumus ke kancah beban hutang.
Seorang kakak meluahkan kebimbangan terhadap adik bongsunya yang dilihat cenderung memenuhi kehendak berbanding keperluan.
"Saya ada adik bongsu perempuan. Dia baru dapat kerja dengan contract kerja dua tahun. Gaji RM4,000... sekarang dia ada hutang motor dalam RM300 sebulan.
"Lepas tu dia beli Yaris bulanan RM950 lebih. Sewa rumah RM1,000. PTPTN RM200, iPhone 15 Pro dengan Maxis RM270 sebulan. Tapi hujung bulan asyik minta duit dengan saya," luahnya.
Menurut individu yang tidak mendedahkan identiti diri itu, dia sudah menasihati adiknya itu agar berpada-pada berbelanja khususnya membabitkan komitmen bulanan yang tinggi, namun ia ibarat mencurah air ke daun keladi.
"Penat dah nasihat dekat dia gaji baru RM4,000 jangan ambil Yaris dia ambil juga. Dia kira 'installment' sahaja bulan-bulan, insurans dan road tax tak kira," luahnya lagi.
Bukan berkira dengan adik beradik sendiri, namun menurut individu berkenaan, dia tidak dapat membantu adik bongsunya kerana dirinya sendiri mempunyai tanggungan.
"Saya gaji lagi tinggi daripada dia tapi disebabkan saya sudah berkeluarga dan ada tanggungan jadi saya tak dapat nak bantu dia. Saya bimbang dia akan jadi suka buat hutang merapu-rapu.
"Apa pendapat tuan puan untuk mengelakkan dibebani hutang pada masa akan datang? Apa 'suggestion' kereta untuk seseorang yang gaji RM4,000 dan baru menjejakkan kaki ke alam pekerjaan?" luahnya dalam satu grup Facebook sambil meminta pandangan warga maya.
Menjengah ruangan komen, kebanyakan warga maya tampil memberikan pandangan supaya wanita berkenaan menasihatkan adiknya kerana dibimbangi akan terjerat dengan masalah hutang ketika masih muda.
Dah tahu nafsu tu 'level' T20, tebal pula muka tu dok pinjam duit aje kat orang, benda 'simple' pun tak boleh fikir ke? NETIZEN
"Awal benar dah terus pakai Yaris. Pakai kereta biasa-biasa je dulu. Myvi 'second hand', Saga 'second hand'... kalau bujang, duduk bilik or duduk rumah sewa ramai-ramai kongsi. Tak payah mengada sangat sewa rumah seorang bayar sampai RM1,000.
"Dah tahu nafsu tu 'level' T20, tebal pula muka tu dok pinjam duit aje kat orang, benda 'simple' pun tak boleh fikir ke, semua nak kena orang suap... aku dulu nak kahwin pulun buat kerja part time Sabtu Ahad 'full day'.
"Adik awak ni 'high maintenance'. Berkemungkinan besar makan di kafe hispter, make up mahal, 'shopping' mahal. Rumah tu 'downgrade' ajelah sebab bujang kan. Apa-apa pun kalau degil sangat biarkan aje dia supaya dia belajar daripada kesilapan," demikian antara komen netizen.
Antara pandangan netizen terhadap perkongsian wanita berkenaan.
Malah ramai yang berpendapat, adik perempuan individu tersebut sebaik-baiknya menukar kereta yang hanya memerlukan komitmen bulanan lebih rendah supaya dapat berjimat dan menggunakan wang lebihan untuk perkara yang lebih penting.
"Jual kereta ambil Axia je. Dah jimat RM500 daripada bayar Yaris. Baki bagi mak ayah lagi bagus.
"RM4,000 tu beli Axia je dah tersangatlah okay. Duit lebih tu boleh pergi berjimba," komen yang lain pula.
|
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
x
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Gaji 4k aku pakai maibi.
Aman tenteram xganggu sapa² tgh/ujung bulan & neither did I idop ikat perot.
Sonok ada duit ol the time nk merambu bila² masa instead of kira bulu pas byr segala mala hutang xketahuan |
|
|
|
|
|
|
|
Samala dgn anak2 sedara aku...hmmm...awal 20an baru umur 23, 24...dah beli Yaris, proton x50...bukan sikit2 harga... |
|
|
|
|
|
|
|
dulu start kerja gaji rm3k+, pakai motor lc, sewa rumah ramai2, makan pun kt kedai, bgi kt kmpg rm1k, lain buat happy, jika cuti balik kampung bwa mak aku shopping xfikir pun masalah xada duit, kenangan sungguh |
|
|
|
|
|
|
|
noor2 replied at 18-5-2024 01:21 PM
Samala dgn anak2 sedara aku...hmmm...awal 20an baru umur 23, 24...dah beli Yaris, proton x50...bukan ...
Entah la budak2 zaman skang... aiols dulu mula2 keja pakai iswara aeroback 2nd hand aje
Rule of thumb of buying car : installment mesti below <10% gaji |
|
|
|
|
|
|
|
green~tea replied at 18-5-2024 01:54 PM
Entah la budak2 zaman skang... aiols dulu mula2 keja pakai iswara aeroback 2nd hand aje
Tu la..kerja pun tak stabil lagi dah beli kereta yang boleh tahan mahal ...mentang2 x de hutang mmg la bank mudah lulus kan... |
|
|
|
|
|
|
|
Biar jelah dia nk beli apa pn..
Nnt lps 2 tahun kontrak x smbung pndai2 lh dia adjust hidup utk survive. Dlm hidup ni mmg kena belajar n hadap sndri pahit n perit kehidupan gtuuuu |
|
|
|
|
|
|
|
Perbelanjaan melebihi atau hampir sama dengan pendapatan disebabkan nak turut nafsu.. kelakuan buruk yg boleh menjahanamkan masa depan
Jika sekali sekala fahamlah juga... ini tiap-tiap bulan mengelupur survive sebab nak beli benda-benda mahal.. lepas tu meminjam dgn orang lain.. mcm mana dia tau orang nak bagi pinjam duit setiap bulan.. juallah semua benda yg nak tunjuk mewah tukar kepada benda sekadar keperluan
|
|
|
|
|
|
|
|
Lawa ke dak? Kalau lawa, jadi la sugababi |
|
|
|
|
|
|
|
Thunderclouds replied at 18-5-2024 12:02 PM
Gaji 4k aku pakai maibi.
Aman tenteram xganggu sapa² tgh/ujung bulan & neither did I idop ikat pero ...
Maibi dlm luas gila. Selesa nk outing me time bawa mak pi pedi medi kihkihkih. Angkut sayur pasar pun nice. Ulang alik keja pun nice. Lantak la org bilang maibi king pun as long kita selesa dgn kreta kita. Kan. Duit aku sukati aku.
Nk tny maibi jimat minyak x?
Tuhari dok servey ativa tp xjdi sbb penumpang blkg seat dia sempit yakmattt |
|
|
|
|
|
|
|
Sbrnya lantak kan dia nk beli apa pun. Duit dia, perut dia. Yg kena ikat perut pun dia. Aku xbca text, baca tjuk saja pun dh paham. Sukati dia hal dia. Bkn xda otak dia pun nk pkir. Esok dia tunggang tebalik migrain pening gastrik gerd bagai nk bayo bulan2 korang xyh p tlg dia apa2, full stop. Bljr la utk xnyibuk hal org. Acah2 nk advice , tp better simpan advice tu utk anak2 sndiri. Kita nmpk dia fresh grad mgkin mskin tp nth anak emas bapak, bapak ada uwang kwsp nk kuor ujung thun. Why la pening pkir wang saku org, bazir masa.
Sndiri buat hal sndiri tanggung akibat.
Tp mmg hakikat dpn mata aku bebudak dgree zmn skrg byk bodoh bimbo mcm tamat upsr saja. |
|
|
|
|
|
|
|
Aku kalau boleh nak sewa rumah semurah yang boleh. Setakat untuk tido mandi rehat je. Sebab bujang kan. Mana ada duduk rumah sewa sangat.ini rm1k..haish |
|
|
|
|
|
|
|
Edited by rosmahisham at 18-5-2024 03:58 PM
Budak2 skrg ni mmg lain mcm..nk lagak kaya je masing2..kalau g kedai mkn sendok nasi berlambak2..kicap berlinang2..nk bayar culas..td baru tgk derang mkn beramai2..hmm aku tgk cam ni punya pangai tokei kedai blh bgkus!!dah byr sblm makanan sampai..dh mkn separuh tambah lg sambal ayam gepukk..tambahhh kicapp tambahhh cili..mmg mkn rm13 tu nk kenyang sampai esok pagiii? Keta nk mahal..makan kedeks..x nyusahkn org x pe..ni merugikn org lak hu hu. |
|
|
|
|
|
|
|
Cari bilik sewa duk lah berdua ngan kawan ker 1k bayar sewa gitu membazir kot hoiiiii.bnyk leh jimat ngan duit sewa nih. Repair blik slip gaji ko dik. Jual iphone pkaia android jer. Prepaid jer murah skit. Nih tak menahan installment iphone ko rembat. Org yg pkaai iphone sbb nak jana pendapatan terutama dealer PG. Org cam kau layak pkai android murahan jer dik. |
|
|
|
|
|
|
|
Manusiabesa replied at 18-5-2024 03:09 PM
Maibi dlm luas gila. Selesa nk outing me time bawa mak pi pedi medi kihkihkih. Angkut sayur pasar ...
ativa sempit ek...aku pun tgh survey2 kete mampu milik nak tukar bezza anak aku.
.dulu guna dari umah sewa kat s alam ke kampus je..setakat nak tmbh instalment seratus dua blh la sis payung... |
|
|
|
|
|
|
|
naina replied at 18-5-2024 03:17 PM
Aku kalau boleh nak sewa rumah semurah yang boleh. Setakat untuk tido mandi rehat je. Sebab bujang k ...
co living ni ada jugak yg sewa mahal nak mampus..tapi mudahlah..bawak baju je..bilik ada yg bersihkan |
|
|
|
|
|
|
|
Manusiabesa replied at 18-5-2024 03:09 PM
Maibi dlm luas gila. Selesa nk outing me time bawa mak pi pedi medi kihkihkih. Angkut sayur pasar ...
Aku xde opinion sama ada jimat minyak ke x.
Kalo isi minyak utk 21L aku set odo akan dpt 250km+- seblom aku refuel.
Tayar golek hari². |
|
|
|
|
|
|
|
green~tea replied at 18-5-2024 01:54 PM
Entah la budak2 zaman skang... aiols dulu mula2 keja pakai iswara aeroback 2nd hand aje
Oh kaka teh pun start dri bawah ke.
I tot u dtg dri femily kaya raya sejak dulu kala.
Now u dh sng kan kakateh.
Tp effort u sndiri juga la ya kayuh pelan2 dari bawah.
Kudos and goodluck sbb maju jaya dlm bdg kerjaya/financial.
Apa tips utk konsisten kayuh tu yg akhirnya mmg berada di puncak. Share please. |
|
|
|
|
|
|
| |
|