View: 5657|Reply: 0
|
Clattenburg letak jawatan, Nuno didakwa salah laku
[Copy link]
|
|
Pertembungan antara Everton (jersi biru) dengan Nottingham Forest di Goodison Park bulan lalu berakhir penuh kontroversi apabila pelawat dinafikan tiga sepakan penalti. – Foto premierleague.com
LONDON: Penganalisis pengadil Nottingham Forest, Mark Clattenburg meletak jawatan semalam manakala pengurus Nuno Espirito Santo dan pemain pertahanan Neco Williams didakwa dengan salah laku susulan reaksi mereka selepas tumpas 2-0 di Everton bulan lalu.
Bekas pengadil Liga Perdana Inggeris, Clattenburg dan Forest menerima kecaman hebat berikutan komen mereka selepas dinafikan tiga sepakan penalti di Goodison Park.
Forest mengeluarkan kenyataan di media sosial, menuduh pembantu pengadil video (VAR) Stuart Attwell sebagai seorang peminat Luton Town.
Clattenburg, yang menyifatkan keputusan pengadil sebagai satu "jenaka", diberi amaran secara rasmi terhadap tingkah lakunya pada masa depan.
"Saya melaksanakan khidmat saya di bawah perjanjian perundingan dengan niat baik, dengan kemampuan terbaik saya dan dengan harapan dapat menggunakan pengalaman luas saya sebagai pegawai perlawanan untuk membantu NFFC memahami bagaimana keputusan berhubung insiden penting dalam perlawanan dibuat dengan bantuan VAR," kata Clattenburg dalam satu kenyataan di laman sesawang kelab.
Liga Perdana berkata, ia terlalu kecewa membaca kenyataan Forest dan melancarkan satu siasatan.
"Kini jelas kewujudan dan prestasi khidmat runding ini menyebabkan perbalahan yang tidak diingini antara NFFC dan pihak lain, sehingga ia menjadi lebih sebagai penghalang daripada bantuan kepada NFFC," kata Clattenburg.
"Ia juga menjurus kepada kecaman yang tidak wajar terhadap saya, secara peribadi, oleh pihak lain dan pengulas bola sepak."
Nuno dan Williams diberi masa hingga 9 Mei ini untuk menjawab pertuduhan itu.
Selepas dipotong empat mata kerana melanggar peraturan kewangan, Forest kini menghuni tangga ke-17 dalam carta liga dengan 26 mata. – REUTERS
https://www.bharian.com.my/sukan ... -didakwa-salah-laku |
|
|
|
|
|
|
| |
|