CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2901|Reply: 0

[Terengganu] Mohd Khairi dilantik Ketua Polis Terengganu

[Copy link]
Post time 5-5-2024 12:34 PM | Show all posts |Read mode
Mohd Khairi dilantik Ketua Polis Terengganu


Oleh Zatul Iffah Zolkiply - Mei 5, 2024 @ 12:07pm zatuliffah@bh.com.my




Pengarah Jabatan Logistik dan Teknologi Bukit Aman, Datuk Seri Sahabudin Abd Manan (tengah) menyaksikan Majlis Serah Terima Tugas Ketua Polis Terengganu antara Mohd Khairi (kanan) dan Mazli. - NSTP/Zatul Iffah Zolkiply





KUALA TERENGGANU: Pengarah Seksyen Pelaksanaan Operasi, Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA), Datuk Mohd Khairi Khairudin dilantik Ketua Polis Terengganu berkuat kuasa hari ini.

Pelantikan Mohd Khairi sebagai Ketua Polis Terengganu ke-32 itu bagi menggantikan Datuk Mazli Mazlan yang bertukar ke agensi di bawah Jabatan Perdana Menteri (JPM) itu dengan menyandang jawatan lama Mohd Khairi.

Majlis serah terima tugas itu disaksikan Pengarah Jabatan Logistik dan Teknologi Bukit Aman, Datuk Seri Sahabudin Abd Manan di Dewan Redang Ibu Pejabat Polis Kontinjen Terengganu di sini hari ini.

Terdahulu, Sahabudin dalam ucapannya menzahirkan ucapan terima kasih kepada Mazli sepanjang berkhidmat di Terengganu dan berharap Mohd Khairi dapat meneruskan kecemerlangan pimpinan yang terdahulu.

Sementara itu, Mazli dalam ucapannya berkata terdapat banyak pencapaian dikecapi sepanjang mengetuai Kontinjen Terengganu bermula 3 Mei tahun lalu.

Katanya, ia termasuk penurunan kadar indeks jenayah, pencapaian tempat pertama Ops Selamat Aidilfitri 2024 serta kelancaran Pilihan Raya Umum (PRU), Pilihan Raya Negeri (PRN) dan Pilihan Raya Kecil (PRK).

Dalam pada itu, Mohd Khairi yang sudah 32 tahun berkhidmat dengan Polis Diraja Malaysia (PDRM) mahu menggunakan pengalaman bersama Unit Tindakan Khas (UTK) dan NADMA untuk memacu kejayaan Kontinjen Terengganu.

"Kami akan terus berinteraksi dengan masyarakat bagi menjaga ketenteraman awam," katanya.

Turut diadakan upacara menandatangani dan penyerahan dokumen terima tugas Pengerusi Persatuan Keluarga Polis (PERKEP) Terengganu di antara Datin Izzati Datuk Shafii dan Datin Nur Haniza Jaafar.







Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

20-5-2024 03:29 AM GMT+8 , Processed in 0.308411 second(s), 27 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list