CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: antikorok

[Tempatan] KEMAS KINI: Faisal Halim mula berjalan, mahu balik. Faisal selamat jalani pembedahan ketiga. Faisal alami lecur tahap empat. KES: Faisal Halim cedera disimbah cecair dipercayai asid.

  [Copy link]
Post time 5-5-2024 11:10 PM From the mobile phone | Show all posts
Kacau bini org ke
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 6-5-2024 12:01 AM From the mobile phone | Show all posts
Terpikir sesuatu tapi risau lak nak cakap
Reply

Use magic Report

Post time 6-5-2024 12:09 AM From the mobile phone | Show all posts
shida81 replied at 5-5-2024 11:10 PM
Kacau bini org ke

Ios x ghaser si mikey ni playboya..bkn mcm AA tuh..kes fishy mcm ni lebih pada khianat jek.. kalo mikey nk hire BG iolss sudi je jd pengiring heols…gittew..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 6-5-2024 12:39 AM | Show all posts

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 6-5-2024 12:44 AM | Show all posts
[VIDEO] Kes simbah asid, Faisal Halim bersama keluarga ketika serangan

Oleh RAHMI JUMRIATI JONO
PODIUM
Ahad, 05 Mei 20247:01 PM MYT


Insiden itu dipercayai berlaku di sebuah pusat beli belah terkemuka tanah air.

PIHAK polis difahamkan sedang meneliti rakaman litar tertutup (CCTV) kawasan berhampiran di Damansara, Petaling Jaya, Selangor pada Ahad susulan kejadian simbah asid yang menimpa penyerang sayap kebangsaan, Faisal Halim.


Kejadian malang menimpa pemain Selangor FC itu apabila tular gambar keadaan badannya yang luka teruk ekoran disimbah asid selepas bermain go kart di pusat beli-belah terkemuka berkenaan.


Memetik laporan dari Astro Arena, pemain berusia 26 tahun itu difahamkan sedang membawa keluarganya keluar ke pusat membeli-belah dan dua individu bermotosikal menghampirnya sebelum menyimbah asid kepadanya.


Dalam perkembangan sama, Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan mengesahkan bahawa pihaknya sudah menerima maklumat daripada orang awam mengenai kejadian yang berlaku di kawasan Kota Damansara tersebut.

"Lebih kurang 5:51 petang, polis Petaling Jaya telah menerima maklumat daripada orang awam melalui panggilan Malaysia Emergency Respons Services 999 memaklumkan pemain bola sepak telah disimbah cecair disyaki asid semasa berada di sebuah pasar raya terkemuka di kawasan Kota Damansara, Petaling Jaya.

"Mangsa kini dirawat di sebuah hospital swasta di Petaling Jaya dan keadaan mangsa adalah stabil. Orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat berkenaan kes ini boleh menghubungi bilik gerakan Ibu Pejabat Polis Daerah Petaling Jaya di talian 03-79662222," memetik kenyataan pada Ahad.



Dalam pada itu, Menteri Belia dan Sukan, Hannah Yeoh turut tampil mengecam perbuatan pelaku berkenaan dan sama sekali tidak bertoleransi terhadap isu keganasan terhadap atlet seperti yang berlaku kepada Faisal.

"Saya mengecam sekeras-kerasnya keganasan terhadap atlet. No violence in sports! Saya meminta Polis Diraja Malaysia (PDRM) untuk segera mengambil tindakan terhadap pelaku," katanya menerusi laman X pada Ahad.

Awal minggu ini, arena bola sepak tanah air dikejutkan dengan kejadian samun melibatkan pemain bola sepak kebangsaan, Akhyar Rashid yang dipercayai berlaku di sebuah kondominium di Kuala Terengganu ketika pemain terbabit baru saja pulang dari makan malam.

Dalam kejadian kira-kira pukul 9 malam itu pada 2 Mei lalu, pemain Terengganu FC itu baru saja turun dari kereta dipukul dengan senjata dipercayai cota di bahagian kepala dan badan oleh suspek yang tak dikenali. — Majoriti


https://majoriti.com.my/sukan/20 ... rga-ketika-serangan
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 6-5-2024 12:46 AM | Show all posts
Tunku Mahkota Ismail kecam insiden timpa Akhyar, Faisal

Mei 5, 2024 @ 10:46pm

Oleh Amirul Fazli Zulkafli
bhsukan@bh.com.my



Tunku Mahkota Ismail berharap PDRM segera menyiasat kes babitkan Akhyar dan Faisal. - Foto JST


KUALA LUMPUR: Pemangku Sultan Johor, Tunku Mahkota Ismail mengecam insiden yang menimpa pemain Harimau Malaya, Faisal Halim dan Akhyar Rashid sehingga mendatangkan kecederaan kepada mereka.

Menerusi kenyataan rasmi di Facebook rasmi Johor Southern Tigers, Tunku Mahkota Ismail yang juga pemilik kelab Johor Darul Ta'zim (JDT) berharap Polis Diraja Malaysia (PDRM) menyiasat segera kedua-dua kejadian itu.



"Saya mengecam kejadian yang melibatkan pemain bola sepak, Faisal Halim dan Akhyar Rashid susulan keselamatan serta kesejahteraan mereka diganggu oleh individu-individu tidak bertanggungjawab.

"Saya berharap agar Polis Diraja Malaysia segera menyiasat kes-kes tersebut dan mengambil tindakan yang sewajarnya," kata Tunku Mahkota Ismail.


Terdahulu, tidak sampai seminggu selepas insiden Akhyar disamun, satu lagi kejadian mengejutkan terjadi hari ini menimpa Faisal.

Menerusi maklumat dan gambar yang tular di laman media sosial, pemain yang dinobat sebagai Penjaring Gol Tercantik Piala Asia itu disimbah asid oleh individu yang tidak dikenali di sebuah pusat membeli belah di ibu negara.

Perkembangan mengenai insiden itu turut disahkan SFC menerusi satu kenyataan.

"Dukacita dimaklumkan bahawa pemain SFC, Faisal Halim menjadi mangsa serangan asid petang tadi.


"SFC memandang serius perkara ini dan akan bekerjasama dengan pihak PDRM serta pihak berkuasa untuk melaksanakan siasatan terperinci untuk mengenal pasti sesiapa yang terlibat.

"SFC menyeru penyokong dan peminat bola sepak di seluruh negara untuk mendoakan dan memberi sokongan moral kepada Faisal Halim dan keluarganya serta menghormati privasi beliau dan keluarganya pada masa ini," kata SFC.

Khamis lalu, Akhyar, 25, yang baru sahaja keluar dari kereta dipukul dengan senjata dipercayai cota di kepala dan badan oleh suspek yang tidak dikenali.

Suspek turut merampas dompet dan telefon bimbit milik mangsa sebelum melarikan diri.

Mangsa yang cedera kemudian dikejar ke unit kecemasan Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) untuk mendapatkan rawatan.


https://www.bharian.com.my/sukan ... timpa-akhyar-faisal
Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 6-5-2024 12:49 AM | Show all posts
Keadaan Faisal menyedihkan - Hamidin

Oleh Amirul Fazli Zulkafli
bhsukan@bh.com.my

Mei 5, 2024 @ 8:56pm



Hamidin ditemubual selepas melawat Faisal di hospital. - Foto Amirul Fazli Zulkafli


KUALA LUMPUR: Presiden Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) Datuk Hamidin Mohd Amin sedih atas apa yang berlaku kepada pemain Harimau Malaya, Faisal Halim yang menjadi mangsa simbah asid petang tadi.

Beliau juga memaklumkan keadaan pemain Selangor FC (SFC) itu ketika ini kurang baik dan berharap pemain yang dinobatkan sebagai Penjaring Gol Tercantik Piala Asia itu segera pulih selepas mendapatkan rawatan.

"Kondisi dia cukup saya katakan menyedihkan tapi saya berharap Faisal, isteri dan keluarga akan tabah akan dugaan ini. Bahagian kaki dia nampak ok tiada apa-apa. Bahagian tangan kiri, badan belah kiri rusuk dan bahu yang cedera.

"Saya katakan kepada dia agar melupakan seketika bola sepak dalam tempoh beberapa bulan yang mendatang untuk dia sembuh sepenuhnya daripada asid yang terkena badannya," katanya ketika hadir melawat Faisal di hospital.


Pada masa sama, Hamidin juga menyeru kepada semua pemain bola sepak Malaysia sentiasa menjaga diri agar perkara buruk itu tidak berulang.

Terdahulu, tidak sampai seminggu selepas insiden pemain kebangsaan, Akhyar Rashid disamun, satu lagi insiden mengejutkan terjadi membabitkan Faisal.

Menerusi maklumat dan gambar yang tular di laman media sosial, pemain itu disimbah asid oleh individu yang tidak dikenali di sebuah pusat membeli belah di ibu negara.

Perkembangan mengenai insiden itu turut disahkan SFC menerusi satu kenyataan, sebentar tadi.

"Dukacita dimaklumkan bahawa pemain SFC, Faisal Halim menjadi mangsa serangan asid petang tadi.

"SFC memandang serius perkara ini dan akan bekerjasama dengan pihak PDRM serta pihak berkuasa untuk melaksanakan siasatan terperinci untuk mengenal pasti sesiapa yang terlibat," menurut kenyataan SFC itu.


https://www.bharian.com.my/sukan ... menyedihkan-hamidin
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 6-5-2024 12:52 AM | Show all posts
Ucap 'good luck' sebelum simbah asid



FAISAL melecur tahap dua selepas disimbah asid. FOTO Ihsan pembaca


Kuala Lumpur: Dua individu bermotosikal sempat mengucapkan 'good luck' sebelum menyimbah asid kepada pemain sayap negara, Faisal Halim, demikian difahamkan oleh sumber Astro Arena.

Faisal ketika itu sedang membawa keluarganya ke sebuah pusat membeli-belah di Damansara sebelum dua individu berkenaan menghampirinya.

Semakan terhadap nombor kenderaan yang digunakan adalah nombor kenderaan palsu dan motosikal itu dipercayai motosikal curi.

Kes itu kini dalam siasatan pihak polis dan Faisal sedang mendapatkan rawatan segera di sebuah hospital di Damansara.

Disiarkan pada: Mei 6, 2024 @ 12:18am


https://www.hmetro.com.my/arena/ ... sebelum-simbah-asid
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 6-5-2024 12:56 AM | Show all posts
Sultan Selangor titah segera siasat insiden berunsur keganasan babitkan Faisal Halim

BERNAMA



SULTAN Sharafuddin dan Tengku Amir Shah. FOTO Facebook Rasmi Selangor Royal Office


Shah Alam: Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah bertitah agar polis segera menyiasat insiden berunsur keganasan membabitkan pemain pasukan Selangor FC Muhammad Faisal Abdul Halim atau lebih dikenali Faisal Halim yang disimbah asid di sebuah pusat beli-belah hari ini.

Sultan Sharafuddin selaku Penaung Selangor FC dan Raja Muda Selangor Tengku Amir Shah sebagai Presiden Selangor FC mengecam sekeras-kerasnya serangan tidak bermoral itu dan mahu Polis Diraja Malaysia (PDRM) menyiasat kejadian hingga akar umbi serta mencari punca sehingga pelakunya dapat ditangkap segera.

Menerusi kenyataan di Facebook Selangor Royal Office, baginda juga bertitah mana-mana pihak yang mempunyai maklumat untuk tampil memberikan kerjasama kepada pihak polis.


"Baginda memandang serius kejadian ini dan mahu siasatan turut merangkumi kemungkinan sekiranya ada melibatkan kegiatan kumpulan yang berniat jahat atau keingkaran awam seperti samseng bola sepak atau hooliganisme.

"Baginda amat kecewa dan menganggap kejadian seumpama ini sebagai melampau kerana melibatkan nyawa ahli-ahli sukan," menurut kenyataan itu.

Baginda turut menzahirkan kekhuatiran jika insiden seperti ini tidak dibanteras segera, ia akan terus melarat sehingga boleh mengundang perkara lebih buruk pada masa akan datang.

Baginda turut mendoakan agar Faisal Halim kembali sihak seperti sediakala dan dapat meneruskan khidmat sebagai pemain untuk pasukan Selangor FC.

Arena bola sepak tempatan hari ini dikejutkan dengan insiden pemain kebangsaan cedera dipercayai disimbah asid dalam kejadian di sebuah pusat beli-belah di Kota Damansara petang tadi.

Exco Belia, Sukan dan Keusahawanan Selangor Mohd Najwan Halimi kemudiannya mengesahkan insiden tersebut menyebabkan Faisal Halim mengalami kelecuran tahap dua dengan kecederaan di beberapa bahagian tubuh iaitu di sekitar leher, bahu, lengan dan dada.

Disiarkan pada: Mei 5, 2024 @ 11:51pm


https://www.hmetro.com.my/mutakh ... -keganasan-babitkan
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 6-5-2024 12:59 AM | Show all posts
Ramai cadang pemain bola ‘pasang’ bodyguard

Oleh KOSMO!

5 Mei 2024, 9:39 pm


Muhammad Akhyar (kiri) dan Faisal (kanan).


PETALING JAYA – Peminat sukan bola sepak Malaysia mencadangkan supaya para pemainnya menggunakan khidmat pengawal peribadi susulan kejadian menimpa bintang Selangor FC dan skuad kebangsaan, Faisal Halim serta pemain Terengganu FC (TFC), Muhammad Akhyar Abdul Rashid.

Tinjauan Kosmo! di media sosial mendapati, orang ramai mencadangkan perkhidmatan tersebut digunakan sama seperti yang digunakan oleh pemain bola sepak di luar negara.


“Lepas Akhyar sekarang Faisal Halim. Apa toksik sangat komuniti bola sepak Malaysia. Padanlah pemain bola sepak luar negara pasang bodyguard,” kata seorang pengguna aplikasi X.


Ads by Kiosked
“Semoga polis dapat tangkap si pelaku secepat mungkin. Semuanya ‘target’ pemain Malaysia. Semoga ‘player’ yang lain berhati-hati dan seharusnya ada ‘bodyguard’. Selepas Akhyar Rasyid dan kini Faisal Halim pula jadi mangsa. Allahuakbar,” kata seorang pengguna Facebook.

“Dia orang sasar bintang-bintang belaka ni. Harap lepas ni pasang bodyguard siap-siap,” komen seorang lagi pengguna Facebook.

Kosmo! melaporkan, pemain sayap pasukan Selangor FC, Faisal Halim dilaporkan menjadi mangsa simbah asid dipercayai berlaku di sebuah pusat beli-belah sekitar Petaling Jaya, di sini hari ini.

Beberapa hari lalu, Muhammad Akhyar cedera dipukul dengan sebatang besi boleh laras oleh dua lelaki dalam kejadian bermotifkan samun di bawah sebuah apartmen didiaminya di Kuala Terengganu, Terengganu. – KOSMO! ONLINE


https://www.kosmo.com.my/2024/05 ... a-pasang-bodyguard/
Reply

Use magic Report

Post time 6-5-2024 01:00 AM | Show all posts
Menakutkan betul lahhhh

Reply

Use magic Report

Post time 6-5-2024 01:00 AM From the mobile phone | Show all posts
syamzana replied at 5-5-2024 08:41 PM
yg hitam2 tu kulit terbakar ke apa tu?
mujur la tak herot mencair kulit semua tu.
dah knp rakyat sk ...

Yg itam tu rasanya baju heol cair kne acid tuh..
Tahap Dua (partial thickness)

Melibatkan lapisan bawah kulit (epidermis & dermis)
Bahagian terbakar menjadi warna putih atau merah ceri
Bahagian luka menjadi lembap
Pembentukan lepuh (blister)
Mangsa / pesakit merasakan sakit yang kuat.
3 minggu ++ gak nk sembuh & parut kulit x sekata warna.
Reply

Use magic Report

Post time 6-5-2024 04:41 AM From the mobile phone | Show all posts
Jahatnya orang yang main simbah asid ni... semoga polis berjaya cari dan tangkap
Reply

Use magic Report

Post time 6-5-2024 05:31 AM From the mobile phone | Show all posts
Awat mesia dah jadi mcm ni.. senang sgt ka nak beli asid utk simbah2 kat org?
Reply

Use magic Report

Post time 6-5-2024 06:54 AM From the mobile phone | Show all posts
Inna lillahi wa inna ilayhi raji'un
Reply

Use magic Report

Post time 6-5-2024 07:35 AM From the mobile phone | Show all posts
Kenyataan kenyataan menggesa pihak PDRM utk get to the bottom of things pada kadar segera seolah menggambarkan incompetency pihak pdrm menjalankan penyiasatan mengikut timeline theyols pulak...tak payah ler seolah dictate timeline pihak pdrm kheunz?nanti org tuduh org org 'besar' mencampuri urusan pdrm...tahu marah pulak
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 6-5-2024 07:39 AM From the mobile phone | Show all posts
Serangan ini lebih utk beri peringatan pada mangsa dari utk mencederakan yg boleh meragut nyawa...based on quality acid yg digunakan...a rather mild one....
Reply

Use magic Report

Post time 6-5-2024 07:53 AM From the mobile phone | Show all posts
hyie replied at 5-5-2024 09:49 PM
sebab pemain junior mengadu kena buli dengan pemain senior ke chuols? gitu meols memandai

macam sekolah asrama zaman dulu2
Reply

Use magic Report

Post time 6-5-2024 08:13 AM From the mobile phone | Show all posts
Lastweek akhyar kena samun
Tapi suspek pukul kaki juga kan??
Kali ni FH lak kena simbah asid
Fishy betol

Btw, boleh siasat la page2 yg mmg personal attack kat player ni
Wpun dah report byk kali, relax jer page tu idup
Reply

Use magic Report

Post time 6-5-2024 08:14 AM | Show all posts
video2 perlu dibuat sebaran umum, untuk rakyat awam turut mencari pelaku
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

20-5-2024 04:59 AM GMT+8 , Processed in 0.116018 second(s), 44 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list