CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: antikorok

[Tempatan] KEMAS KINI: Faisal Halim mula berjalan, mahu balik. Faisal selamat jalani pembedahan ketiga. Faisal alami lecur tahap empat. KES: Faisal Halim cedera disimbah cecair dipercayai asid.

  [Copy link]
Post time 8-5-2024 04:47 PM From the mobile phone | Show all posts
luvcomot87 replied at 8-5-2024 12:03 AM
Ada bacaaa lamaaaaa dulu dalam blog yg dh bersawang.. Landlord.. Keturunan raja jugak tp xmo jd Su ...

Hoho... Ketrunan raja tapi tak mau jadi sultan? Belah2 selatan ke? Kurius aku... Macam2 la.. Citerla la lagi
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 8-5-2024 04:47 PM | Show all posts
Daddy kenapa kalah, saya nak jawab apa? – Faisal Halim

Oleh MOHD. FITRIE MUHAMAD

8 Mei 2024, 12:22 pm



Faisal Halim.


SHAH ALAM – “Kita sebagai pemain tiada siapa pun nak kalah. Apabila anak saya hubungi saya, dia tanya ‘Daddy’ kenapa kalah, saya sebagai ayah apa yang saya nak jawab dekat anak saya,”

Masih segar lagi kenyataan yang keluar daripada mulut Faisal Halim terhadap wartawan Kosmo! menjelang aksi terakhir Kumpulan E Piala Asia di Qatar, Januari lalu.

Ketika itu, Harimau Malaya sudah pun tersingkir tetapi ungkapan ini menggambarkan Faisal adalah individu berjiwa besar dan frasa itu sekali lagi boleh dikaitkan dengan perjuangannya untuk kembali pulih daripada keadaan kritikal selepas disimbah asid.

Seluruh negara juga setia berdiri di belakang Faisal dan mengharapkan kesembuhan pemain Selangor FC itu untuk kembali menyaksikan kelibatnya di pentas Liga malaysia (Liga M) dan antarabangsa bersama Harimau Malaya.

Tidak kira pasukan mana yang diwakili, majoriti pemain kekal utuh memberikan sokongan dan antara pemain aktif yang menyatakan sokongan kepada pemain tengah Sri Pahang, Azam Azih, Giancarlo Gallifuoco (Kuala Lumpur City), Kpah Sherman, Safwan Mazlan dan Shahrel Fikri.

Selain itu, bekas rakan sepasukan Faisal, Ayron del Valle dan Yazan Al Arab juga turut menzahirkan sokongan.

Selain sokongan yang dizahirkan oleh majoriti pemain Selangor FC, Red Giants juga turut megambil inisiatif melancarkan kempen ‘Stand With Faisal Halim. Stop The Violence! di laman media sosial yang disifatkan sebagai satu gerakan untuk menunjukkan sokongan moral kepada Faisal.

Gerakan ini juga adalah bertujuan membanteras keganasan terhadap atlet-atlet di Malaysia. – KOSMO! ONLINE


https://www.kosmo.com.my/2024/05 ... b-apa-faisal-halim/
Reply

Use magic Report

Post time 8-5-2024 04:50 PM From the mobile phone | Show all posts
Binodino replied at 8-5-2024 04:33 PM
Dah la dia tengah outing dengan wife & anak. Kalau kena kat anak tu camne? Kena wife dia pun sampa ...

nsb xkena ank bini dia..siannya
dh labkt vtt ad masa faisal halom kecik..org iv dia..dia ckp dr p.pinang
nape manusia jht ni wujud..
hrp mastermind tu kena laknat ngn Alah terus...kalau kita xblh nk balas..
biar dia rasa sakit yg sama fh rasa..

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 8-5-2024 04:51 PM | Show all posts
Kulit RM30,000 dari Belgium bantu rawat Faisal

May 8, 2024 @ 4:10pm

Syafiq Aznan
syafiq.aznan@bh.com.my



Keadaan Faisal ketika dirawat di sebuah hospital swasta.


SHAH ALAM: Kos perubatan dari luar negara yang bakal digunakan sebagai salah satu prosedur bagi merawat lecur tahap empat yang dialami pemain Selangor FC (SFC), Faisal Halim dianggarkan bernilai lebih RM30,000.

Ketua Perubatan Sukan SFC, Dr Muhammad Hazwan Khair menjelaskan ubat yang perlu dibawa masuk dari luar itu dipanggil 'skin allograft' dan digunakan sebagai prosedur untuk membantu dan mempercepat pemulihan buat Faisal.


"Berdasarkan kepada pakar bedah, prosedur lanjutan itu akan berlangsung dalam minggu ini. Dari segi otot, ia memerlukan rehabilitasi dan kita boleh jangka pada masa depan nanti," katanya ketika ditemui di pekarangan hospital swasta di Shah Alam, pagi tadi.

Berdasarkan semakan di Internet, 'skin allograft' dianggap sebagai standard tertinggi untuk merawat luka kebakaran kepada pesakit yang tidak memiliki kulit yang cukup untuk menutup luka terbakar di badan.


'Skin allograft' diperoleh daripada penderma sama ada yang masih sihat ataupun sudah meninggal dunia sebagai pelindung sementara untuk luka kebakaran.

Ia adalah satu prosedur pembedahan untuk memindahkan kulit yang sihat daripada satu bahagian tubuh ke tubuh yang lain untuk menutup kulit yang hilang ataupun rosak.

Sebagai rekod, skuad 'The Red Giants' mahu Faisal mendapatkan rawatan yang benar-benar terbaik susulan kecederaan lecur tahap empat yang dialaminya selepas disimbah asid dalam satu kejadian, Ahad lalu.

Justeru, Pengerusi SFC, Tengku Amir Shah Sultan Sharafuddin Idris Shah bersedia untuk menanggung kos rawatan dan perubatan pemain kebangsaan itu sehingga pulih meskipun pemain itu sudah memiliki insurans perubatan.

Perkembangan itu dikongsikan Ahli Lembaga Pengarah SFC, Datuk Seri Shahril Mokhtar selepas selesai menziarah pemain itu di sebuah hospital swasta di Shah Alam, pagi tadi.

"Kos perubatan Faisal sudah ditanggung menerusi insurans tetapi kita mahukan yang terbaik untuk dia. Apa yang dimaklumkan, rawatan yang terbaik biasanya membabitkan kos yang tinggi.

"Tetapi Tuanku (Tengku Amir Shah) beri jaminan bahawa tak usah khuatir dan jangan risau, pihak istana dan Tengku Amir Shah sendiri akan tanggung kos perubatan sekiranya perlu," kata Shahril.


https://www.bharian.com.my/amp/s ... -bantu-rawat-faisal
Reply

Use magic Report

Post time 8-5-2024 04:52 PM From the mobile phone | Show all posts
antikorok replied at 8-5-2024 04:33 PM
PM doakan Faisal Halim segera sembuh

Bernama

Anwar pi mana? Awat tak pi jenguk sendiri
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 8-5-2024 04:54 PM | Show all posts
Edited by antikorok at 8-5-2024 04:55 PM

Polis cari Muhammad Imran Suresh, dakwa ada maklumat dalang kes serangan Faisal Halim

Oleh AMNAN HIBRAHIM

Rabu, 08 Mei 20242:24 PM MYT



Tangkap layar (gambar kanan) perkongsian pengguna media sosial berkenaan yang mendakwa mempunyai maklumat berhubung dalang dalam kes serangan melibatkan Faisal pada Ahad lalu.


POLIS Diraja Malaysia (PDRM) kini sedang mengenal pasti pemilik akaun media sosial dikenali Muhammad Imran Suresh yang mendakwa mempunyai maklumat berkaitan kejadian simbah asid membabitkan tonggak skuad Harimau Malaya, Faisal Halim.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain berkata, individu berkenaan sebelum itu mengeluarkan kenyataan di sosial media mendakwa memiliki maklumat berhubung insiden tersebut.

"Jadi, kita mahu kesan dia untuk melihat maklumat apa yang dia ada boleh membantu siasatan. Mana-mana individu yang mempunyai apa-apa maklumat berkaitan boleh tampil bukan mengeluarkan kenyataan sehingga boleh menjejaskan siasatan,” katanya seperti yang dilaporkan Buletin TV3 pada Rabu.


Deputy Inspector-General of Police Datuk Razarudin Husain during the interview in Bukit Aman, Kuala Lumpur. — MUHAMAD SHAHRIL ROSLI/The Star
Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain.

Dalam pada itu, Razarudin berkata, siasatan masih sedang dijalankan daripada pelbagai sudut terhadap suspek yang direman pada Selasa.

Katanya, siasatan terbabit meliputi usaha bagi mengenal pasti motif sebenar kejadian itu.

Ditanya sama ada kemungkinan suspek diupah, Razarudin berkata, perkara itu belum dipastikan kerana siasatan masih berjalan.

Sehubungan itu, beliau mengingatkan orang ramai supaya tidak membuat sebarang spekulasi yang tidak betul yang boleh menjejaskan siasatan

Ekoran daripada insiden malang menimpa Faisal pada Ahad lalu, seorang pemilik akaun media sosial di Instagram mendakwa dipanggil polis bagi membantu siasatan kes membabitkan Faisal.

Menerusi beberapa siri hantaran yang dimuat naik di Insta Story, dia juga mendakwa mempunyai maklumat dan diminta menutup mulut daripada mendedahkan dalang sebenar dalam kejadian yang menimpa pemain berkenaan. — Majoriti


https://majoriti.com.my/berita/2 ... rangan-faisal-halim
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 8-5-2024 04:57 PM From the mobile phone | Show all posts
Edited by lightheaded67 at 8-5-2024 05:02 PM

tu lah kan. over nye lah hai smpi bg lingkup naya org cenggini.. kesian weh anak bini dia. imejin a esok meja pusing balik, kena anak bini org yg buat ni. yg jenis naya org ni, tak percaya kat Allah so expect Allah tak nmpk n powerless meh. mudahan insyaAllah dia dpt apetu, psukan kesihatan yg top lah, cepat sembuh aminnnnn
Reply

Use magic Report

Post time 8-5-2024 05:07 PM From the mobile phone | Show all posts
Edited by lightheaded67 at 8-5-2024 05:16 PM
antikorok replied at 8-5-2024 04:54 PM
Polis cari Muhammad Imran Suresh, dakwa ada maklumat dalang kes serangan Faisal Halim

Oleh AMNAN HI ...


pulak. bg makan pil cik ket tek aun udahler. smpi simbah asid over nau (eh itu pil ubat nye) (aku pulak yg ajar pelik2. mintak maap). kenapa lah org muda jugak yg nk rosak org muda
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 8-5-2024 06:08 PM From the mobile phone | Show all posts
Alhamdulillah, ada insurance & dapat bantuan lagi. Harapnya wife dia pon ok la ye.. mesti trauma & sakit kepala memikirkan husband kena dibedah banyak kali.
Reply

Use magic Report

Post time 8-5-2024 06:17 PM From the mobile phone | Show all posts
antikorok replied at 8-5-2024 04:54 PM
Polis cari Muhammad Imran Suresh, dakwa ada maklumat dalang kes serangan Faisal Halim

Oleh AMNAN HI ...

Eleh... whistle-blower plak kena cari sampai lubang cacing
Reply

Use magic Report

Post time 8-5-2024 06:36 PM From the mobile phone | Show all posts
Kulit sgt penting oooo...Tanpa kulit kejap je boleh mati
Reply

Use magic Report

Post time 8-5-2024 07:38 PM | Show all posts
iols sebenarnya tak sangka yang budak FH ni dah kawin dan ada anak. Selama ni ingatkan dia macam bbnu yang single gitu terus kesian kat anak bini dia jugak.
Reply

Use magic Report

Post time 8-5-2024 07:51 PM From the mobile phone | Show all posts
Mak aku peminat setia bola sepak Malaysia..dia tahu je kes2 khianat ni...semua pemain bola yg hebat2 kat Malaysia ni dia tahu je...aku call dia  nk tanya khabar sibuk dia ckp pasal kes2 ni...
Reply

Use magic Report

Post time 8-5-2024 08:34 PM | Show all posts

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 8-5-2024 10:22 PM | Show all posts
Pengawal peribadi kawal keselamatan keluarga Faisal

Oleh
MUHAMMAD ZAKWAN NAZARALY

08 Mei 2024 04:22pm



Keadaan Faisal ketika ini dilaporkan bertambah baik selepas melalui pembedahan kedua pada Selasa.


[DIKEMAS KINI] PENGAWAL peribadi telah disediakan untuk mengawal keselamatan isteri dan anak pemain sayap Selangor FC, Faisal Halim susulan insiden simbahan asid yang berlaku Ahad lalu.

Timbalan Presiden Persatuan Bola Sepak Selangor (FAS), Datuk Seri Shahril Mokhtar berkata, pihaknya juga bekerjasama dengan pihak polis untuk melakukan rondaan di kediaman Faisal.

"Kita bekerjasama rapat dengan pihak berkuasa dan polis telah membuat rondaan. Bukan sahaja Faisal dan keluarga tetapi juga pemain lain.

"Pada masa yang sama, kita juga tempatkan pengawal peribadi untuk membantu isteri dan keluarga Faisal," katanya selepas melawat Faisal di sebuah hospital swasta pada Rabu.

Pada Ahad lalu, Faisal telah disimbah asid oleh individu tidak dikenali dalam satu kejadian di sebuah pusat membeli-belah di Petaling Jaya.

Akibat kejadian itu, Faisal atau lebih mesra disapa Mickey telah mengalami kelecuran tahap empat dan sedang dirawat di sebuah hospital di Shah Alam.

Keadaan pemain sayap kebangsaan itu ketika ini dilaporkan bertambah baik selepas melalui pembedahan kedua yang dijalankan pada Selasa.

Dia sudah boleh menjamah makanan dan bersemangat untuk cuba melakukan senaman ringan.


https://www.sinarharian.com.my/a ... tan-keluarga-faisal
Reply

Use magic Report

Post time 8-5-2024 10:25 PM From the mobile phone | Show all posts
Apa update yg menyimbah yg kena tangkap tu..siapa yg menyuruh?..mesti ada story knp
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 9-5-2024 06:08 AM From the mobile phone | Show all posts
emera replied at 8-5-2024 04:30 PM
Kalau beli utk buat sabun, kena tulis nama. Tu pun limited je kasi beli. Tp asid mcm tu ada je kat ...

Baru iols tau.. so deme bleh trace la sapa beli..
Reply

Use magic Report

Post time 9-5-2024 10:03 AM | Show all posts
emera replied at 8-5-2024 04:22 PM
Lye kot tu? Boleh buat sabun cold process. Kalau buat sabun, mmg kena pakai goggle & glove & buat  ...

ntah...diorg ckp asid...masa terpercik tu mmg panas giler...berasap2...
Reply

Use magic Report

Post time 9-5-2024 10:09 AM From the mobile phone | Show all posts
antikorok replied at 8-5-2024 04:47 PM
Daddy kenapa kalah, saya nak jawab apa? – Faisal Halim

Oleh MOHD. FITRIE MUHAMAD

Didik anak itu bahawa in any pertandingan ada yg kalah ada yg menang...itu lumrah....bila menang syukur...bila kalah ..dont be a bad loser.....

Apa yg susah sangat nak jawab?
Reply

Use magic Report

Post time 9-5-2024 10:12 AM From the mobile phone | Show all posts
noor2 replied at 8-5-2024 10:25 PM
Apa update yg menyimbah yg kena tangkap tu..siapa yg menyuruh?..mesti ada story knp

kes siapa beri arahan utk letupkan altantuya dgn C4.....di bawa kemuka pengadilan tak? Ataupun yg dihukum...yg menggunakan C4 iteww saja?
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

31-5-2024 07:30 PM GMT+8 , Processed in 0.082691 second(s), 44 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list