View: 6512|Reply: 0
|
PSG tekad singkir Dortmund, mara ke final
[Copy link]
|
|
Kapten Paris Saint-Germain, Kylian Mbappe (tengah) membuat percubaan ketika aksi separuh akhir Liga Juara-Juara Eropah menentang Borussia Dortmund di Signal Iduna Park, Dortmund. - Foto AGENSI
PARIS: Paris Saint-Germain bertekad mengatasi defisit
1-0 dan menyingkirkan Borussia Dortmund pada aksi timbal balik separuh akhir Liga Juara-Juara Eropah di Paris esok.
Final di Wembley adalah hadiah terakhir terbaik buat bintangnya, Kylian Mbappe sebelum meninggalkan PSG pada akhir musim ini.
Kali pertama dan terakhir PSG mara ke final Liga Juara-Juara ialah pada tahun 2020 - tewas 1-0 di tangan Bayern Munich di Lisbon.
Jika berjaya mara ke final pada 1 Jun ini, dan bermain di hadapan 90,000 penonton menentang sama ada Real Madrid atau Bayern sekali lagi, ia akan menjadi lebih meriah berbanding final empat tahun lalu tanpa kehadiran penonton akibat pandemik COVID-19.
Ia akan memberikan peluang buat Mbappe untuk menamatkan karier tujuh tahunnya bersama PSG dengan cara terbaik - dalam misi memburu gelaran pertama Liga Juara-Juara Eropah dan kali kedua buat kelab Perancis selepas Marseille pada tahun 1993.
Mbappe pada Februari lalu memberitahu hasratnya untuk meninggalkan Parc des Princes sebaik kontraknya tamat akhir musim ini, sekali gus menamatkan era gemilangnya di Paris selepas berpindah dari Monaco pada tahun 2017.
Kapten Perancis berusia 25 tahun itu adalah penjaring terbanyak PSG sepanjang zaman dengan 255 gol dalam 305 penampilan setakat ini, termasuk 43 gol musim ini.
Dia mengumpul 48 gol dalam saingan Liga Juara-Juara Eropah - termasuk jaringan bersama Monaco dalam kempen 2016-17.
PSG kendalian Luis Enrique gagal menampilkan persembahan terbaik mereka ketika tewas 1-0 di Jerman minggu lalu, dan tekanan kini di bahu mereka untuk mengatasi defisit itu di laman sendiri.
"Kami yakin mampu mengatasinya dan layak ke final. Tekanan memang tinggi, tetapi ia normal kerana ini adalah perebutan ke final Liga Juara-Juara," kata Mbappe.
PSG bukan pilihan utama untuk mara ke final musim ini selepas kehilangan Lionel Messi dan Neymar di akhir kempen lalu.
Mereka sekadar mara ke peringkat 16 terakhir sebanyak lima kali sepanjang tujuh musim lalu. - AFP
https://www.bharian.com.my/sukan ... tmund-mara-ke-final |
|
|
|
|
|
|
| |
|