CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 671|Reply: 0

[Kelantan] Gua Musang cecah 40 darjah celcius

[Copy link]
Post time 7-5-2024 10:19 AM | Show all posts |Read mode
Gua Musang cecah 40 darjah celcius


Paya Linda Yahya
am@hmetro.com.my



Nik Raisnan melawat gerai pada Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri dan Hari Bersama Pelanggan di perkarangan pejabat MDGM di Bandar Baru. FOTO Paya Linda Yahya





Gua Musang: Masjid bandar dan negeri di daerah ini diseru mengadakan solat sunat istisqa bermula Khamis ini susulan cuaca panas melampau yang melanda daerah ini.

Ketua Jajahan Gua Musang, Nik Raisnan Daud, berkata daerah, ini antara yang mengalami cuaca panas melampau berikutan suhu adakala mencecah antara 38 hingga 40 darjah celsius.

Beliau berkata, pihaknya sudah mengeluarkan arahan kepada semua masjid bagi melaksanakan solat sunat istisqa bermula Khamis ini.

"Ini adalah usahakan kami bagi memohon pertolongan daripada Allah SWT untuk menurunkan hujan sekaligus menyejukkan sedikit suhu di daerah ini. Bermula Khamis ini, semua masjid diminta mengadakan solat sunat istisqa dan turut membacakan surah Yassin.

"Keadaan cuaca panas yang melampau ini menimbulkan kerisauan kerana boleh menyebabkan berlaku strok haba. Keadaan panas ini turut memberi kesan kepada petani dan penternak ikan air tawar," katanya ketika ditemui di sini, semalam.

Menurut beliau, pihaknya juga dalam usaha mengadakan pembenihan awan.

"Jika rancangan ini berjaya, ia akan menjadi pembenihan awan yang pertama di daerah ini.

"Ini (pembenihan awan) masih dalam perbincangan di peringkat negeri, usaha ini memerlukan kerjasama daripada pihak Kerajaan Persekutuan melalui Kementerian Sumber Asli, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim (NRECC).

"Selain itu saya ingin menasihatkan kepada penduduk di daerah ini supaya mengehadkan aktiviti beriadah dan bersukan. Ibu bapa juga perlu memantau anak-anak supaya tidak bermain di luar rumah ketika cuaca panas.

"Kepada penduduk yang menggunakan sumber air daripada air tandak, telaga dan sungai, saya minta supaya pastikan sumber air yang digunakan adalah bersih dan selamat," katanya.

Terdahulu media melaporkan fenomena El Nino atau cuaca panas yang sedang melanda negara ketika ini, dijangka berterusan sehingga Julai.

Menteri Sumber Asli dan Kelestarian Alam, Nik Nazmi Nik Ahmad, berkata, ada juga ramalan mengatakan tahun ini adalah paling panas selepas 1998.



Disiarkan pada: Mei 7, 2024 @ 9:39am






Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

20-5-2024 04:57 AM GMT+8 , Processed in 0.045769 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list