CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 4416|Reply: 0

[Terengganu] Berat ujian berganda mu Maziani

[Copy link]
Post time 7-5-2024 01:23 PM | Show all posts |Read mode

Maziani Sudin, 29, melihat rumah sewanya di Kampung Paya Besar, yang hangus terbakar. FOTO NAZDY HARUN

Kuala Berang: "Mac lalu saya diuji dengan kehilangan anak ke empat namun semalam saya sekali lagi diduga dengan ujian amat berat apabila rumah hangus terbakar," kata Maziani Sudin, 29, dari Kampung Paya Besar di sini.

Menurutnya, rumah yang disewanya sejak dua tahun lalu hangus sepenuhnya mengakibatkan dia sekeluarga tinggal sehelai sepinggang.

"Ketika kejadian suami, Mohd Helmi Mohd Nawi, 33, berada di Kuala Terengganu manakala saya berada di tempat kerja.

"Akibat kejadian itu, kami mengalami kerugian kira-kira RM20,000 dan kini terpaksa menumpang buat sementara di rumah ibu yang terletak di kampung sama.


"Sedih dengan kematian anak ke empat masih terbuku di hati namun sekali lagi saya sekeluarga diduga dengan ujian seberat ini. Namun saya reda kerana setiap yang berlaku pasti ada hikmahnya," katanya.

Dia berkata, bayinya Muhammad firdaus Mohd Helmi meninggal dalam kandungan iaitu sehari sebelum dilahirkan akibat komplikasi jantung.

Menurutnya, sebelum ini barangan rumahnya kerap rosak ditenggelami banjir namun kali ini musnah keseluruhan akibat kebakaran.

Dia yang bekerja sebagai tukang cuci terpaksa mencari rumah sewa lain dan membeli kelengkapan terutama pakaian buat anak-anak yang masih bersekolah berikutan semuanya hangus dalam kebakaran.

Katanya, sejurus mendapat panggilan kecemasan daripada penduduk kampung kira-kira jam 9.15 pagi, dia bergegas pulang sebelum mendapati rumahnya musnah terbakar.

"Akibat terlalu terkejut dengan kejadian itu, saya hampir rebah sebelum dibawa ke hospital dan dirawat sebagai pesakit luar," katanya.
https://www.hmetro.com.my/mutakh ... berganda-mu-maziani

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

20-5-2024 05:07 AM GMT+8 , Processed in 0.044120 second(s), 27 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list