CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 4226|Reply: 1

[Kelantan] Seleweng petrol, 2 pekerja stesen minyak antara ditahan

[Copy link]
Post time 8-5-2024 01:56 PM | Show all posts |Read mode

GAMBAR hiasan

Pasir Mas: Dua pekerja stesen minyak antara tiga individu yang ditahan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) selepas dipercayai terbabit dalam kes penyelewengan petrol dalam kejadian di stesen minyak Jalan Pasir Pekan, di sini, jam 9.45 pagi, semalam.

Pengarah KPDN Kelantan, Azman Ismail berkata, ketika serbuan terdapat seorang suspek lelaki berusia 30-an sedang membuat pengisian petrol di dalam kereta Proton Waja.

Katanya, pemeriksaan lanjut mendapati anggaran 200 liter petrol bernilai RM410 diisi ke dalam tangki minyak yang diubahsuai oleh suspek

"Susulan itu, dua pekerja stesen minyak masing-masing seorang lelaki dan wanita berusia 20 an serta 40-an ditahan selain beberapa dokumentasi berkaitan jualan minyak petrol disita untuk siasatan lanjut sama ada bersubahat atau tidak.

"Modus operandi suspek ialah membuat pengisian petrol di awal pagi menggunakan tangki ubah suai besar dan tong jerikin, seterusnya dipercayai diselewengkan melalui pengkalan haram di sepanjang Sungai Golok," katanya dalam satu kenyataan media, hari ini.

Azman berkata, pihaknya terus membanteras penyelewengan barang kawalan di sempadan negara dari masa ke semasa bagi memastikan kegiatan itu dapat dibanteras sepenuhnya.

"KPDN Kelantan juga memastikan supaya pengguna dapat menikmati subsidi yang diberikan kerajaan dan agar peniaga mematuhi perundangan yang ditetapkan, selain memastikan juga bekalan agar mencukupi kepada pengguna.

"Kami juga bertegas tidak berkompromi dalam menguatkuasakan undang-undang membanteras sindiket penyelewengan subsidi barang kawalan demi kepentingan rakyat," katanya.
https://www.hmetro.com.my/mutakh ... nyak-antara-ditahan
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 9-5-2024 12:12 PM | Show all posts
Actually, I have not played this game. Nevertheless, based on my experience playing cookie clicker I can see why it has become so addictive. Numerous participants enjoy the entire last survivor genre. They enjoy the bragging rights and the adrenaline rush that comes with participating with family and friends.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

20-5-2024 03:29 AM GMT+8 , Processed in 0.056005 second(s), 33 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list