CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 4715|Reply: 4

[Tempatan] DAP Sarawak enggan sokong usul hargai bekas ketua menteri dan Yang di-Pertua Negeri Taib Mahmud.

[Copy link]
Post time 8-5-2024 02:22 PM | Show all posts |Read mode
DAP Sarawak enggan sokong usul hargai Taib

https://www.freemalaysiatoday.co ... g-usul-hargai-taib/

FMT Reporters
08 May 2024, 01:46 PM


Ketua DAP Sarawak Chong Chieng Jen berkata beliau dan Adun Pending Violet Yong tidak akan mengambil bahagian dalam perbahasan usul penghargaan kepada Taib Mahmud.

Chong Chieng Jen berkata Taib Mahmud mungkin menyumbangkan kepada pembangunan Sarawak tetapi pentadbirannya sebelum ini diselubungi rasa sangsi.

PETALING JAYA: Dua Adun DAP Sarawak tidak akan menyokong usul bagi menghargai bekas ketua menteri dan Yang di-Pertua Negeri Taib Mahmud.

Ketua DAP Sarawak, Chong Chieng Jen, mengulangi ucapan takziah kepada keluarga Taib tetapi katanya, beliau dan Adun Pending Violet Yong tidak akan mengambil bahagian dalam perbahasan usul berkenaan.

“Bukan diri saya untuk bercakap buruk mengenai orang yang sudah meninggal dunia. Taib mungkin menyumbang kepada pembangunan negeri tetapi pentadbiran ketika beliau menjadi ketua menteri masih diselubungi rasa sangsi.

“Atas sebab itu, saya tidak akan mengambil bahagian dalam perbahasan. Pendirian saya dan rakan saya Adun Pending bahawa kami tidak menyokong usul ini,” kata Adun Padungan dalam kenyataan.

Usul bagi menghargai Taib dibentangkan Premier Sarawak Abang Johari Openg awal hari ini dan disokong timbalannya Douglas Uggah Embas.

Taib meninggal dunia di sebuah hospital di Kuala Lumpur pada 21 Feb lalu. Beliau adalah ketua eksekutif kerajaan negeri paling lama berkhidmat, memimpin Sarawak selama 33 tahun dari 1981 hingga 2014.

Beliau merupakan Ahli Parlimen kedua paling lama berkhidmat, mewakili Kota Samarahan selama 38 tahun dari 1970 hingga 2008.

Taib berkhidmat sebagai Yang di-Pertua Negeri Sarawak dari 2014 hingga penghujung Januari lalu.

Beliau pernah berdepan tuduhan rasuah dan salah guna kuasa, tetapi pihak berkuasa berkata ia tidak dapat bertindak kerana kekurangan bukti.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 8-5-2024 02:24 PM | Show all posts
Antara sebab Malaysia memerlukan DAP.

Reply

Use magic Report

Post time 8-5-2024 03:07 PM From the mobile phone | Show all posts
Decaffeinated replied at 8-5-2024 02:24 PM
Antara sebab Malaysia memerlukan DAP.

Malaysia? Melampau sungguh. Kalau Sarawak tu betul la.
Reply

Use magic Report

Post time 8-5-2024 03:13 PM | Show all posts
Beliau merupakan Ahli Parlimen kedua paling lama berkhidmat, mewakili Kota Samarahan selama 38 tahun dari 1970 hingga 2008.


sape yg terpaling lama ni
tun ke


Reply

Use magic Report

Post time 8-5-2024 03:39 PM From the mobile phone | Show all posts
Apa sgt la jasa taib mahmud tu selain tebang balak mgkayakan ank beranak harta 7 keturunan x abis mkn..
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

20-5-2024 03:28 AM GMT+8 , Processed in 0.049385 second(s), 31 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list