CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2962|Reply: 0

Awie Tak Putus Asa ‘Rebel’ Kena Banding Dengan Filem Bajet Besar – ‘Jangan Bunuh Semangat Saya Untuk Terus Berkarya’

[Copy link]
Post time 8-5-2024 09:03 PM | Show all posts |Read mode




Baru sahaja memulakan tayangan di pawagam, namun terdapat segelintir penonton telah mengkritik dan membandingkan filem Rebel dengan filem-filem yang lain.


Pengarah filem tersebut, Datuk Awie menyatakan bahawa naskah sulungnya itu memperuntukkan kos yang sederhana jika hendak dibezakan dengan perbelanjaan filem-filem aksi yang lain.


Justeru, adalah tidak adil untuk membandingkan Rebel dengan filem yang mempunyai bajet yang besar.








"Saya tak faham kenapa orang nak bandingkan Rebel dengan filem lain? Dari segi genre, jalan cerita dan bajet pun filem Rebel sangat berbeza dengan filem lain. Rebel bukanlah filem bergenre aksi berat yang menelan belanja besar."


"Bajet filem Rebel sederhana berbanding filem lain yang memperuntukkan bajet berganda lebih besar."


"Saya mengarah filem ini mengikut peruntukan bajet, bukannya syok sendiri dan itulah hasilnya. Takkan saya nak buat dengan terlebih bajet pula? Kalau dapat bajet lebih besar, mungkin macam-macam benda saya boleh buat."


Vokalis kumpulan Wings itu bagaimanapun amat berharap agar penonton terus memberi sokongan dengan menonton filem tersebut kerana percaya terdapat mesej dan pengajaran yang perlu disampaikan.


"Antara mesej disampaikan di mana orang selalu menuding jari pada mereka yang nakal dan jahat, tapi apa punca mereka jadi begitu? Takkan mereka dilahirkan ke dunia terus nak jadi nakal dan jahat? Mesti ada sebab atau keadaan yang memaksa jadi begitu."


Meskipun terpaksa menelan pahitnya realiti industri perfileman, Awie atau nama sebenarnya Ahmad Azhar Othman, 56, tidak akan berputus asa untuk berkarya jika diberi peluang lagi berada dibangku pengarah.


"Saya akan terus mengarah walaupun kutipan filem Rebel dilaporkan sederhana kerana itu adalah asam garam dalam pembikinan filem."


"Maklumlah, saya sendiri sudah berlakon berpuluh filem dan ada filem lakonan berjaya dan sebaliknya. Itu adalah perkara biasa dalam pembikinan filem."


"Jadi, jangan bunuh semangat saya untuk terus berkarya, memandangkan ini adalah filem pertama sentuhan saya selaku pengarah. Saya sudah hasilkan yang terbaik mengikut kemampuan dengan kekangan bajet sedia ada."


"Saya sudah rancang sesuatu untuk mengarah filem dengan syarikat sendiri pada masa akan datang."


Sekadar info, Filem Rebel: Berontak Untuk Berotak diterbitkan oleh Wau Productions Sdn Bhd dan Rumah Produksi Merah Sdn Bhd dengan kos pembikinan mencecah hampir RM1 juta.


Selain Ben Amir dan MK K-Clique, filem arahan sulung Awie itu turut dibintangi Shiqin Kamal, Noralbaniah, Azlan Komeng dan Awie sendiri.


Filem ini sudah mula menemui penonton di pawagam di seluruh negara bermula 2 Mei lalu.





Sumber : OhBulan
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

20-5-2024 05:45 AM GMT+8 , Processed in 0.048753 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list