CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 7345|Reply: 5

[Tempatan] Prestasi Bursa Malaysia bukti daya tahan Ekonomi Madani - Menteri Kewangan II

[Copy link]
Post time 10-5-2024 04:02 PM | Show all posts |Read mode
Prestasi Bursa Malaysia bukti daya tahan Ekonomi Madani -Menteri Kewangan II
Oleh MUHAMMAD IKHWAN IDERIS
10 Mei 2024, 2:38 pm


Amir Hamzah berucap pada Majlis Pelancaran CIMB Securities di Kuala Lumpur, hari ini.


KUALA LUMPUR – Prestasi Bursa Malaysia, yang telah mencapai rekod permodalan pasaran tertingginya untuk mencecah RM2 trilion minggu ini mencerminkan kekuatan daya tahan pasaran dan ekonomi negara di bawah Kerajaan Madani.

Menteri Kewangan II, Datuk Seri Amir Hamzah Azizan berkata, pembangunan pasaran modal Malaysia, yang mencerminkan komitmen untuk memupuk pertumbuhan, inovasi dan daya tahan dalam sektor kewangan telah meletakkan negara sebagai destinasi utama bagi pelaburan serta aktiviti pasaran modal.

“Awal minggu ini, Bursa Malaysia telah mencecah 1,600 mata, selain mencapai permodalan pasaran tertingginya berjumlah RM2 trilion.

“Prestasi berkenaan, yang hadir sewaktu ketegangan geopolitik yang berterusan menjadi bukti kekuatan pasaran dan ekonomi Malaysia.

“Ia juga menunjukkan bahawa langkah pembaharuan yang diambil kerajaan di bawah rangka kerja Ekonomi Madani sedang mengambil tempat dan membina keyakinan pelabur,” katanya dalam ucapan sempena Majlis Pelancaran CIMB Securities di sini, hari ini.

Amir Hamzah menambah, dengan meningkatkan keterlihatan dan kebolehcapaian Malaysia kepada pasaran modal antarabangsa, CIMB Securities bukan sahaja mampu menarik pelaburan asing, malah menggalakkan integrasi ekonomi dan merangsang pertumbuhan merentas sektor utama.

“Saya mengharapkan kerjasama lebih besar untuk memposisikab pasaran modal Malaysia sebagai pusat yang menjanjikan peluang menarik, inovasi berpotensi tinggi dan pertumbuhan mampan di peringkat global,” ujarnya. – KOSMO! ONLINE

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 10-5-2024 08:31 PM From the mobile phone | Show all posts
Eh japp..bukan ke cytro walaon kat tiktok ckp ekonomi msia dah melingkup bwh pmx??
Reply

Use magic Report

Post time 11-5-2024 12:26 PM | Show all posts
tripleid replied at 10-5-2024 08:31 PM
Eh japp..bukan ke cytro walaon kat tiktok ckp ekonomi msia dah melingkup bwh pmx??

Walaun tu bukan reti melabur, komplen ja pandai harap duit jatuh dari langit.

I can confirm aku untung ~45k this week tapi aku tak jual le. Takde keperluan pun.

Reply

Use magic Report

Post time 11-5-2024 07:22 PM | Show all posts
PAS kalo jadi gomen di masa depan,   bursa genti jatuh ...kan .... Taliban tak sama alam dgn saham
Reply

Use magic Report

Post time 11-5-2024 10:04 PM From the mobile phone | Show all posts
Edited by tripleid at 11-5-2024 10:10 PM
Decaffeinated replied at 11-5-2024 12:26 PM
Walaun tu bukan reti melabur, komplen ja pandai harap duit jatuh dari langit.

I can confirm aku u ...


Untunglahh...

Walaun porem yg meratib bskl jatuh haritu mesti dah lari mnyorok dlm gua..
Reply

Use magic Report

Post time 12-5-2024 02:38 AM From the mobile phone | Show all posts
Edited by izwan_izi at 12-5-2024 03:05 AM

keh keh keh..baru 1600 pts dh terinzal terpancot ke....Walanon bila indeks baru naik 1600 dh terlompat mcm beruk matyeh..

Time PM DSN boleh 2 kali kut indeks Bursa Malaysia mencanak lebih 1800 pts...April 2014 dgn Jan 2018...

Selagi MahaNoN bersama team kabinet formula bersemburit tak dpt pecahkan rekod 1800pts...tak payah la nk bangga sgt setakat 1600 points tuu...

org bodo mcm walanon je yg merasa wow diatas kejayaan 1600 pts..
Reply

Use magic Report

Follow Us
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

30-9-2024 11:40 PM GMT+8 , Processed in 0.067226 second(s), 23 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list