View: 1458|Reply: 0
|
[Jenayah]
Premis MARA dijadikan stor, tak dibuka diberi notis dua bulan pengosongan - Asyraf
[Copy link]
|
|
Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki. - Foto NSTP
KUALA LUMPUR: Premis-premis Majlis Amanah Rakyat (MARA) yang dijadikan stor dan tidak dibuka seperti dalam perjanjian akan diberi notis dua bulan untuk dikosongkan, kata Pengerusinya, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki.
Katanya, pendekatan itu adalah antara langkah drastik menerusi Program Transformasi Premis Komersial MARA yang diumumkan baru-baru ini, bagi memastikan premis terbabit terus berfungsi membantu usahawan Bumiputera menjana pendapatan.
"Semua pengurus MARA daerah di seluruh negara sudah diarahkan oleh pihak pengurusan untuk bertindak menjalankan operasi itu.
"Saya sendiri akan pantau dan mendapatkan maklumat mengenai perkembangannya daripada pihak pengurusan melalui mesyuarat majlis setiap bulan.
"Program Transformasi ini bukan sekadar untuk mengubah wajah premis MARA supaya nampak lebih segar dan progesif dengan peredaran zaman, tetapi mampu menjana ekonomi dengan membuka peluang kepada usahawan Bumiputera yang serius memajukan perniagaan masing-masing.
"Saya sendiri akan memantau setiap premis MARA mengikut kemampuannya memandangkan jumlah keseluruhannya terlalu besar," katanya menerusi hantaran di Facebook.
BH sebelum ini melaporkan, sebanyak 7,289 premis komersial milik MARA akan berwajah baharu menerusi program Transformasi Premis MARA.
Sementara itu, Asyraf berkata, beliau turut mengarahkan pengurusan MARA Corporation untuk ambil tindakan segera ke atas pengurusan sumber manusia dan bahagian kewangan Universiti Kuala Lumpur (UniKL) yang dilaporkan tidak beri layanan baik kepada pensyarah separuh masa.
"Jika masih berlarutan, saya akan minta pengurusan MARA Corp untuk ambil tindakan tegas termasuk membuat penstrukturan semula pegawai tertinggi UniKL.
"Tahun lalu bila saya tegur, maklum balas yang saya dapat baik sekejap. Sekarang jadi balik," katanya.
|
|
|
|
|
|
|
| |
|