CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 5169|Reply: 0

[Tempatan] Wan Junaidi dan isteri kunjungi DSA, NATSEC

[Copy link]
Post time 11-5-2024 03:47 PM | Show all posts |Read mode
Panglima Medan Timur Tentera Darat, Lt Jen Datuk Mohd Sofi Md Lepi mengiringi Tun Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar (tengah) mengunjungi pameran DSA dan NATSEC di Kuala Lumpur, semalam. NSTP/Ihsan MK PMTTD





KUCHING: Yang di-Pertua Negeri, Tun Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar meluangkan masa melawat Pameran Perkhidmatan Pertahanan Asia (DSA) dan Pameran Keselamatan Kebangsaan Asia (NATSEC) 2024 di Pusat Pameran dan Perdagangan Antarabangsa Malaysia (MITEC), Kuala Lumpur, semalam.

Turut serta dalam lawatan ke pameran pemain industri keselamatan tempatan serta syarikat terkemuka luar negara itu, isteri beliau Toh Puan Fauziah Mohd Sanusi.

Pasangan berkenaan diiringi oleh Panglima Medan Timur Tentera Darat, Leftenan Jeneral Datuk Mohd Sofi Md Lepi dan isteri, Datin Erni Irawati Rosli.

Sepanjang lawatan itu, Wan Junaidi dibawa melihat produk pertahanan dan keselamatan terkini yang dihasilkan syarikat tempatan dan luar negara.

Pameran dwitahunan yang memasuki edisi ke-18 itu disertai 1,324 syarikat pertahanan dan keselamatan membabitkan 60 negara di dunia.

Ia termasuk Amerika Syarikat, China, Australia, Brazil, Jerman, India, Perancis, Itali, Korea Selatan, Turkiye, Emiriah Arab Bersatu (UAE) dan United Kingdom (UK).

Antara syarikat gergasi dunia yang menyertai pameran selama empat hari itu adalah Airbus Group, BAE System, Beretta Defence Techonologies (BDT), EDGE, Leonardo, MBDA dan Sarsilmaz Silah Sanayi (Turkish Industry Association).

Penyertaan syarikat tempatan pula termasuk DEFTECH, Advanced Defence System, OpenApps, MILDEF, Sapura, Malvus Sense, Weststar Group, Nadi Corp, SME Ordnance, System Consultancy Services dan Mindmatics.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

30-9-2024 11:48 PM GMT+8 , Processed in 0.063539 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list