View: 18066|Reply: 17
|
61 orang terbunuh akibat strok haba di Thailand
[Copy link]
|
|
BANGKOK – Seramai 61 orang meninggal dunia akibat strok haba di Thailand sepanjang tahun ini, manakala angka tersebut lebih besar berbanding keseluruhan 2023, kata Kementerian Kesihatan semalam.
Gelombang cuaca panas luar biasa melanda Thailand sejak beberapa minggu lalu yang mendorong pihak berkuasa mengeluarkan amaran mengenai cuaca panas ekstrem hampir setiap hari.
Kementerian Kesihatan Thailand menyatakan, strok haba telah membunuh 61 orang sejak awal 2024, berbanding 37 individu sepanjang 2023.
“Jumlah kematian tertinggi direkodkan di timur laut Thailand yang juga kawasan pertanian utama,” kata kementerian sama.
Saintis-saintis sudah lama memberi amaran tentang perubahan iklim global yang berpunca daripada aktiviti manusia. Mereka berkata, fenomena iklim dunia akan menghasilkan gelombang haba yang lebih kerap, lebih lama dan lebih terik.
Walaupun fenomena cuaca El Nino memacu cuaca panas luar biasa pada tahun ini, Benua Asia mengalami pemanasan lebih cepat berbanding purata global, demikian menurut Pertubuhan Meteorologi Sedunia.
Timbalan Ketua Jabatan Kawalan Penyakit Thailand, Apichart Vachhiraphan memberi amaran kepada orang ramai yang mempunyai masalah kesihatan supaya mengehadkan masa di luar rumah.
Menurut kerajaan pula, Thailand mengalami kelewatan musim tengkujuh pada tahun ini yang menyaksikan cuaca panas terik bertahan lebih lama daripada biasa.
Bagaimanapun, ribut mula melanda beberapa kawasan di negara itu pada minggu ini, manakala pihak berkuasa mengeluarkan amaran tentang kemungkinan banjir kilat.
Pada April lalu, wilayah Lampang merekodkan bacaan suhu 44.2 darjah Celsius iaitu kedua paling panas di Thailand. – AFP |
|
|
|
|
|
|
|
kat sini pun mmg teramat panas sgt wlaaupun malam
ada hujan turun walaupun sekejap dah syukur sgt2
tapi hujan2 pun tetap rasa bahang.. |
|
|
|
|
|
|
|
I.K.A888990 replied at 12-5-2024 03:05 PM
kat sini pun mmg teramat panas sgt wlaaupun malam
ada hujan turun walaupun sekejap dah syukur sgt2
t ...
Bahang dia tu sampai kulit terasa panas.
Kalau kat rumah dlm 10 pagi tu iols dh tutup pintu & langsir. Kalau idak, berbahang lg teruk rumah.
Kalau hujan baru blh buka pintu, langsir. Tu pun kalau hujan je tanpa angin tetap rasa bahang.
|
|
|
|
|
|
|
|
krustykrab replied at 12-5-2024 03:36 PM
Bahang dia tu sampai kulit terasa panas.
Kalau kat rumah dlm 10 pagi tu iols dh tutup pintu & lang ...
betul sgt2 pagi2 pun dah terasa bahang
tengahari mmg terpacak la kejung berpeluh
pasang aircond pun macam tak pasang..bahang tu Ya Allah nak2 ada org tua dlm rumah aduh kesian
kita jaga2 la kesihatan semua.. |
|
|
|
|
|
|
|
Tempat aiol pun panassssss
Apa lagi tempat korang. |
|
|
|
|
|
|
|
Pasal ni ke yg polis kelantan tak bagi pergi thailand
|
|
|
|
|
|
|
|
miss_white replied at 12-5-2024 06:11 PM
Pasal ni ke yg polis kelantan tak bagi pergi thailand
Eh bukan ke sebab ade bombing kat area narathiwat ke mana mgu lps, ada rakyat malaysia terbabit tapi xcedera la |
|
|
|
|
|
|
|
Ohhh yelah agak nye pasal kes tembak tu
Ingat kn pasal stok haba
|
|
|
|
|
|
|
|
Semoga astrajenaka buat vaksin untuk mengurangkan risiko strok haba. |
|
|
|
|
|
|
|
Mmg panas, sidai baju malam pun cepat kering.
Iols time tghari until petang akan siram cold water dkt balcony and verandah utk reducekan temperature and increase humidity. Bukak aircond time tdo je since mcm tak lalu nak byr bill since letrik naik nih |
|
|
|
|
|
|
|
Korang dok mana yang panas tu? Kat kolompo hari hari hujan lebat setiap petang tanpa gagal ye. Suhu pagi agak panas..malam sejuk sebab hujan petang bawa ke malam. |
|
|
|
|
|
|
|
Dahulu orang SEA merasa hairan bilamana ada orang Eropah meninggal disebabkan oleh cuaca yang terlalu panas. |
|
|
|
|
|
|
|
Hentikan semua pembakaran Coal
Banned terus |
|
|
|
|
|
|
|
kalau tempat aku kat luar sejuk tp dlm rumah rasa berkuap
|
|
|
|
|
|
|
|
copy_paste replied at 13-5-2024 11:30 AM
kalau tempat aku kat luar sejuk tp dlm rumah rasa berkuap
Luar mmg sejuk kalau iols tk pakai tudung. Kalau pakai tudung mmg lencun sb angin lgsg tak kena leher. |
|
|
|
|
|
|
| |
|