View: 17864|Reply: 6
|
Penjaja ‘rambo’ tular jual sayur, telur tepi jalan digempur DBKL
[Copy link]
|
|
KUALA LUMPUR – Penjaja rambo warga asing antara digempur selepas tular di media sosial menjual sayur-sayuran dan telur di kaki lima sekitar Jalan Hang Jebat, di sini, petang semalam.
Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) memaklumkan, pihaknya telah melaksanakan Tindakan Khas Terhadap Penjaja Tanpa Lesen susulan maklumat orang awam yang tular di media sosial, kelmarin.
“Rentetan maklumat aktiviti perniagaan yang dijalankan oleh warga asing, sepasukan pegawai dan anggota penguat kuasa DBKL telah menjalankan siasatan di lokasi berkenaan.
“Setibanya di lokasi mendapati terdapat tiga aktiviti perniagaan yang dilakukan melibatkan seorang penjaja telur ayam (warga asing) dan dua penjaja sayuran, buah-buahan, ikan, barangan am oleh warga tempatan secara tanpa lesen dari pihak berkuasa,” katanya menerusi hantaran di Facebook.
Jelas kenyataan itu, tuga tindakan sita dan pindah barangan perniagaan serta merta dikeluarkan termasuk dua notis kompauan dibawah kesalahan UUK 3, Undang-Undang Kecil Pelesenan Penjaja Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (WPKL) 2016.
“Kesemua barangan yang di sita dipindahkan ke Setor Sitaan DBKL Jalan Lombong, Taman Miharja Cheras,” katanya.
Tambah kenyataan itu, DBKL akan meneruskan pemantauan dan tindakan dari masa ke semasa. Sebarang maklumat dan aduan boleh disalurkan di laman sesawang Adu@KL di pautan adukl.dbkl.gov.my.
Sumber -KOSMO! ONLINE. |
|
|
|
|
|
|
|
Gi jln TAR pun penuh org berjaja naik basikal jual teh macha lah..paninpuri lah mcm kat negara India tu.kdg pelik msia dh mcm negara tu |
|
|
|
|
|
|
|
Semua kerja kena tunggu aduan rakyat, aduan awam
Sebab bila aduan bertulis kena follow up bawa masuk meeting kan
Kalau sekadar meronda ronda kau pau peniaga rambo tu je...gitu |
|
|
|
|
|
|
|
Selayang jangan di sayang-sayangkan. Meh kita ke selayang! |
|
|
|
|
|
|
|
B40tastePosh replied at 12-5-2024 06:06 AM
Semua kerja kena tunggu aduan rakyat, aduan awam
Sebab bila aduan bertulis kena follow up bawa mas ...
prk kkb bukti rakyat pircaya kpd kerajaan..yg dibawah kjaan tu ada pbt dan penguatkuasaan undang2. |
|
|
|
|
|
|
|
B40tastePosh: Semua kerja kena tunggu aduan ...
Itula pasal..dorg tu xreti buat keje ke..pokok tumbang pun xbuat apa..byk2 dok keje pau mkn rasuah jeke..lain2 sume x reti..
habis nk menunggu rakyat punya aduan je..dh diadukan pun still ko xbuat apa..
Cth dpn rumah aku ni..ada penjaja jual food malam2 smpi pagi..rilek je dia parking Lori dia xde plak kena saman ke apa..mmg dbkl ni hampeh |
|
|
|
|
|
|
| |
|