View: 1701|Reply: 5
|
[Tempatan]
Mayat kru kapal lelaki warga Malaysia jatuh laut ditemui di perairan Bangladesh
[Copy link]
|
|
Mayat kru kapal jatuh laut ditemui di perairan Bangladesh
https://www.freemalaysiatoday.co ... erairan-bangladesh/
Bernama
13 May 2024, 10:15 AM
Mangsa dilaporkan terjatuh ke laut ketika memasang ‘pilot ladder’ di perairan Chittagong, Bangladesh Rabu lepas sebelum mayatnya ditemukan semalam. (Gambar Bernama)
Mayat warga Malaysia berusia 31 tahun itu masih berada di Bangladesh untk proses bedah siasat.
KUALA LUMPUR: Mayat kru kapal lelaki warga Malaysia yang dilaporkan terjatuh ke laut ketika memasang ‘pilot ladder’ di perairan Chittagong, Bangladesh Rabu lepas, ditemukan pasukan penyelamat semalam.
Setiausaha Eksekutif Kesatuan Kebangsaan Pelaut-pelaut Semenanjung Malaysia (NUSPM) Ikmal Azam Thanaraj Abdullah ketika dihubungi Bernama, mengesahkan penemuan mangsa berusia 31 tahun itu.
Bagaimanapun, beliau berkata segala butiran lanjut mengenai insiden itu akan dikongsikan selepas pihaknya bertemu dengan keluarga mangsa hari ini.
“Buat masa ini, mayat mangsa masih berada di Bangladesh untuk proses bedah siasat. Saya akan bertemu dengan keluarga mangsa pada pagi ini kemudian baru saya maklumkan butiran kejadian,” katanya.
Sebelum ini, menerusi hantaran dalam aplikasi X oleh pengguna @DanialDDD memaklumkan mangsa yang juga rakan sekerjanya dipercayai telah terjatuh daripada kapal ketika berada di perairan Bangladesh pada Rabu lepas dan memohon orang ramai mendoakan urusan mencari dan menyelamat mangsa dipermudah.
Pengguna berkenaan turut berkongsi video memaparkan keadaan laut di lokasi kejadian.
|
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
tangga tali macam cerita kapal lanun tu kot..
|
|
|
|
|
|
|
|
supernaturalee replied at 13-5-2024 03:52 PM
‘pilot ladder’ tu haper
Untuk kegunaan Port Pilot naik dan turun dari kapal yang berlabuh kat sesuatu port tu |
|
|
|
|
|
|
|
Setiap kapal yg nak berlabuh atau keluar dari port kena pakai port pilot ni sbb dia lebih mahir keadaan persekitaran port...Captain kapal tak boleh...BTW port pilot pun pangkat Captain jugak |
|
|
|
|
|
|
| |
|