CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 6500|Reply: 2

[Dunia] Anak sembunyi mayat bapa kerana mahu dapatkan pencen

[Copy link]
Post time 14-5-2024 08:32 AM | Show all posts |Read mode
Anak sembunyi mayat bapa kerana mahu dapatkan pencen

https://www.kosmo.com.my/2024/05 ... hu-dapatkan-pencen/

Oleh KOSMO!
13 Mei 2024, 9:00 pm


KEJADIAN seorang wanita menyembunyikan mayat bapanya berlaku di Taiwan. - Foto AFP

TAIPEI  – Polis Taiwan menuduh seorang wanita menyembunyikan rangka bapanya yang berusia 100  tahun di rumah suspek selama bertahun-tahun untuk menuntut bayaran pencen mangsa, lapor portal berita South China Morning Post.

Wanita yang tidak didedahkan namanya itu berasal dari bandar Kaohsiung, selatan Taiwan. Dia dilaporkan tinggal bersama bapanya selama lebih 50 tahun selepas ibunya meninggal dunia lebih awal.

Polis mula curiga pada November tahun lalu apabila wanita itu didenda NT$60,000 (RM8,785) kerana tidak membenarkan pihak berkuasa kesihatan memasuki rumahnya untuk menyembur bahan kimia bagi mencegah pembiakan nyamuk aedes.

Purata pencen untuk veteran tentera Taiwan ialah NT$49,379 (RM7,230) sebulan.

Namun, pihak berkuasa yang melakukan siasatan mendapati saudara lelakinya yang didakwa wanita berkenaan membawa bapanya ke tanah besar China  telah meninggal dunia 50 tahun lalu.

Polis kemudian melakukan pemeriksaan di dalam rumah dan menemui sebuah beg plastik hitam berisi tulang rangka bapanya.

Pihak berkuasa kini menjalankan siasatan bagi untuk mengenal pasti punca kematian mangsa atau sama ada wanita itu terlibat membunuh bapanya. – AGENSI

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 14-5-2024 08:52 AM | Show all posts
pencen sepanjang hayat gayanya.
Reply

Use magic Report

Post time 14-5-2024 08:54 AM | Show all posts
dekat malaysia dulu2 pun ada dgr, potong ibu jari simpan dlm peti ais.
dulu pencen kena cashkan cek ke waran ntah kat bank baru dpt duit.
ibu jari tu guna untuk cop kat cek tu la
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

30-9-2024 11:46 PM GMT+8 , Processed in 0.058309 second(s), 20 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list