CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 9590|Reply: 5

[Tempatan] Bolehkah sengaja tak pergi solat Jumaat kerana bermusafir?

[Copy link]
Post time 24-5-2024 02:00 PM From the mobile phone | Show all posts |Read mode
Pendakwah Muhammad Zulhusni Mohd Zaki menerangkan tentang hukum bermusafir pada hari Jumaat selepas Subuh dan sebelum Zuhur. - Gambar hiasan

“AKU tak pergi solat Jumaat hari ini. Akukan musafir, ada kelonggaran itu.”

Monolog sebegitu biasa berlaku dalam kalangan masyakarat kita. Ramai yang berfikiran sedemikian ketika melakukan perjalanan dengan jarak dua marhalah atau sekurang-kurangnya 81 kilometer (mengikut Jawatankuasa Fatwa Negeri Johor).

Namun begitu, video tular di TikTok tentang isu solat Jumaat ketika musafir dengan ungkapan ‘ALLAH dan Rasul sudah bagi kelonggaran kepada mereka yang bermusafir, kenapa tak nak ikut?’ menimbulkan kekeliruan kepada orang ramai kerana situasi setiap orang berbeza.


Meskipun orang yang berpergian diberikan rukhsah (keringanan) itu, namun pendakwah Muhammad Zulhusni Mohd Zaki atau lebih dikenali sebagai Muzuza mengingatkan agar masyarakat memastikan terlebih dahulu sama ada kita memenuhi syarat orang yang dibenarkan melakukan keringanan tersebut atau tidak.

Beliau kemudian menerangkan tentang hukum bermusafir pada hari Jumaat selepas Subuh dan sebelum Zuhur.

Dalam kitab al-Majmu’, katanya, perbuatan itu tidak dibenarkan jika dia ialah orang yang wajib menunaikan solat Jumaat, dia tahu dirinya akan tertinggal solat Jumaat jika bermusafir dan tiada keuzuran.

Sementara itu, dalam isu meninggalkan solat Jumaat kerana bermusafir, ujar beliau, terdapat dua pandangan dalam hal itu seperti berikut:

1. Pandangan pertama: Gugur kewajiban solat Jumaat jika dia bermusafir sebelum Subuh dan berniat sebagai orang musafir (tidak berniat untuk tinggal di destinasi selama empat hari dan ke atas). Ini adalah pandangan muktamad dalam Mazhab Syafie.
Bagaimanapun, jika dia bermusafir selepas Subuh, maka wajib untuknya menunaikan solat Jumaat.

2. Pandangan kedua: Gugur juga kewajiban walaupun bermusafir bermula sebelum atau selepas Subuh.
Berdasarkan dua pandangan itu, Muzuza menjelaskan, pendapat pertama adalah yang lebih diutamakan kerana ia pandangan muktamad dalam Mazhab Syafie.

“Pandangan kedua pula boleh diamalkan kerana fatwa daripada mufti, tetapi mestilah dengan syarat sesuai iaitu sekiranya mempunyai kesukaran, bukannya sewenang-wenangnya dengannya,” katanya sebagaimana dipetik menerusi akaun X miliknya baru-baru ini.

Sementara itu, Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan cenderung kepada pandangan kedua kerana mutakhir ini, banyak perjalanan bergantung kepada jadual bas, kapal terbang mahupun kereta api yang berlepas selepas fajar.

“Jika kenderaan bertolak pada jam 11 pagi misalnya, sukar bagi seseorang untuk keluar daripada kampungnya sebelum fajar dan perlu menunggu lama.

“Namun begitu, pastikan musafir itu atas tujuan yang mubah (harus), bukan makruh ataupun haram,” katanya sebagaimana dipetik menerusi artikel Al-Kafi #404: Musafir Pada Hari Jumaat yang disiarkan di laman web rasmi pejabat mufti berkenaan.

Senada dengan Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan ialah Jabatan Mufti Negeri Terengganu yang mana pihaknya melihat pandangan kedua yang kena dengan realiti pada hari ini. - Sinar Harian

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 24-5-2024 02:37 PM | Show all posts
islam tu mudah kan.... kenapa nak susahkan
Reply

Use magic Report

Post time 24-5-2024 02:42 PM | Show all posts
Walau apapun caranya jua
Engkau mendaki gunung yang tinggi
Engkau merentas lautan api


Reply

Use magic Report

Post time 24-5-2024 03:04 PM | Show all posts
ada je pendakwah2 yg nak buat islam ni nampak menyusahkan.dah pejabat mufti suruh kita ikut yg mudah kita ikut aje lah
Reply

Use magic Report

Post time 24-5-2024 03:15 PM | Show all posts
klu mereka yg solat, xdenya saja2 nak tinggalkan Jumaat. Klu berhenti singgah utk solat jumaat paling kurang dah 'rugi' masa perjalanan dalam 1 jam lebih. sedangkan perjalanan dah tentu jauh lagi.
Reply

Use magic Report

Post time 24-5-2024 03:40 PM | Show all posts
Seperti biasa mesti ada manusia yang seboleh2 nak buat agama ini susah namun tetap diakhiri dengan ucapan Islam itu mudah
Reply

Use magic Report

Follow Us
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
Mari Tepek Gif Picture V.7
tariMari Tepek Gif Picture V.7
Views : 74296 Replies : 2984
Teka teki botol
syidapink88Teka teki botol
Views : 73366 Replies : 315
Semasa meeting boss tiba-tiba cakap "saya kecewa dengan prestasi kerja kamu". Apa yang korang nak jawab?
admin6Semasa meeting boss tiba-tiba cakap "say
Views : 4144 Replies : 4
Novel yang berbekas di hati anda
fahdramliNovel yang berbekas di hati anda
Views : 57323 Replies : 183
Tiru meniru time skolah
XimTiru meniru time skolah
Views : 14385 Replies : 84
Jangan ketawa!
akuchentaJangan ketawa!
Views : 9917 Replies : 52
Siapa Pernah Jadi PM, Angkat Tangan
KurexSiapa Pernah Jadi PM, Angkat Tangan
Views : 16536 Replies : 51
Expectation vs Reality
Lavender85Expectation vs Reality
Views : 7865 Replies : 57
Hanis Haizi Misqueen, Babutam, Nwantiti V79
syitaeyqaHanis Haizi Misqueen, Babutam, Nwantiti
Views : 196805 Replies : 4558
Ketua COVID-19 Di AS Dr. Anthony Fauci  Mengaku Peraturan Penjarakan Sosial 6 kaki ‘Hanya Rekaan, Tanpa Bukti Saintifik’.Anda terpedaya?
YgBenarKetua COVID-19 Di AS Dr. Anthony Fauci
Views : 23791 Replies : 156

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

17-6-2024 02:11 AM GMT+8 , Processed in 0.052803 second(s), 34 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list