CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 7893|Reply: 0

[Negeri Sembilan] Pangsapuri Seremban Putra dan Casa Prima dapat lif baharu, kos RM3.3 juta

[Copy link]
Post time 5-7-2024 06:59 AM | Show all posts |Read mode


SEREMBAN: Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) telah meluluskan peruntukan Tabung Penyelenggaraan Perumahan Malaysia (TPPM) di dalam kawasan Majlis Bandaraya Seremban (MBS) dengan jumlah keseluruhan RM4.6 juta.


EXCO Pembangunan Kerajaan Tempatan, Perumahan dan Pengangkutan Negeri Sembilan, J.Arul Kumar berkata, peruntukan ini melibatkan Projek Penggantian Lif Madani 2.0 dengan kos RM3.3 juta.


“Ia membabitkan penggantian lima lif baharu di Pangsapuri Seremban Putra, Sikamat dan empat lif baharu di Pangsapuri Casa Prima, Lobak.


“Sebanyak RM1.3 juta pula diperuntukkan untuk projek pembangunan.


“Projek pembangunan ini meolibatkan kerja-kerja menaik taraf seperti berikut:

Apartment Cempaka 1 – Menaiktaraf sistem retikulasi

Apartment Ixora, S2 – Menaiktaraf sistem retikulasi

Flat Taman Makmur – Menaiktaraf bumbung

Flat Taman Bukit Nibong – Mengecat bangunan

Pangsapuri Kos Rendah Matahari Heights – Menaiktaraf harta Bersama

Pangsapuri Taman Nilai 3 – Menaiktaraf paip sanitari

Rumah Pangsa Rakyat Pajam – Menaiktaraf sistem retikulasi

Pangsapuri Nilai Perdana – Menaiktaraf cerun

Pangsapuri Cempakapuri Fasa 1 & 2 – Membaikpulih bumbung


Arul Kumar berkata demikian, kepada Negeri Kita, setelah meninjau lif-lif yang rosak dan yang akan digantikan dengan lif yang baharu di Pangsapuri Seremban Putra, Sikamat.

sumber


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-12-2024 12:56 PM GMT+8 , Processed in 2.160703 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list