View: 29691|Reply: 130
|
Bersalin Di Usia 41 Tahun, Natasha Hudson Kongsi Perjalanan Bersalin Anak Keempat – ‘Kurang Sakit & Tiada Koyak’
[Copy link]
|
|
Pelakon Natasha Hudson berkongsi perjalanan hamil dan bersalin anak perempuan keempat pada Jun lalu.
Menerusi perkongsian di TikTok, Natasha memaklumkan dia melahirkan cahaya mata keempat seberat 3.44 kilogram pada 6 Jun lalu jam 2.44 petang dan diberi nama Kaia.
"ada 6 Jun 2024 pukul 2.44 pm kami menyambut kelahiran bayi perempuan keempat seberat 3.44 kg iaitu Kaia. Dia sangat memudahkan saya sepanjang sembilan bulan kehamilan dan pada hari bersalin."
Menurutnya, perjalanan sepanjang momen kehamilan dan melahirkan anak di usia 41 tahun iaitu selepas sembilan tahun lalu lebih mudah dan sangat tenang.
"Selepas sembilan tahun, saya dapat merasakan perasaan melahirkan cahaya mata sekali lagi. Normalisasikan bersalin di usia 41 tahun. Rasa seperti baru pertama kali tapi lebih baik dan profesional."
"Ia merupakan kelahiran yang paling ‘best’, kurang sakit, sangat mudah, bebas dadah, tiada koyak dan bersalin yang cepat. Saya rasa sangat bertenaga sebelum dan selepas. Dan saya nak berterima kasih kepada diri saya di atas semua usaha yang dilakukan untuk badan dan bayi saya."
"Saya kekal aktif dalam sukan, pengambilan makanan dan supplement memainkan peranan yang sangat penting. Saya sangat tenang sepanjang proses ini. Bersalin secara semula jadi adalah perkara yang magik."
Dalam pada itu, Natasha turut berterima kasih kepada semua yang mendoakan dan buat suaminya yang menjadi pasangan hidup yang terbaik.
"Memori ini akan sentiasa saya simpan dalam hati dan tidak kisah untuk melakukannya lagi. Saya menikmati setiap saat. Terima kasih kepada semua di atas doa-doa yang baik, ucapan dan sayang kepada saya dan keluarga."
"Akhir sekali, terima kasih buat suami tercinta saya, Jay untuk bayi cantik ini dan menjadi manusia yang hebat sejak dari hari pertama. Awak tiada pengganti. Cinta hati saya, selama-lamanya."
Untuk rekod, Natasha mendirikan rumah tangga bersama Muhammad Harits Jasmin atau Jay pada 28 Mac 2022.
|
|
|
|
|
|
|
|
Alhamdulillah tahniah tahniah
comelnya baby
anak dia semua perempuan kan
yg sulung pun dah 16
|
|
|
|
|
|
|
|
tahniah, haritu tertgk live dia di tt, seronok je duduk kawasan kampung, dekat dgn pantai |
|
|
|
|
|
|
|
Tahniah dapat anak ke 4 dari suami ke 5 |
|
|
|
|
|
|
|
Dia ni kawin, beranak, kawin, beranak.. Gitu je kisah hidup dia |
|
|
|
|
|
|
|
Tahniah. Umur 41 pun masih kekal cantik |
|
|
|
|
|
|
|
Bersalin secara semulajadi? [em:24:] |
|
|
|
|
|
|
|
Alhamduliah.. Dia diberikan rezeki senang jodoh, senang mengandung, senang beranak. Tp mungkin ada kesukaran kesusahan dari segi lain.
Rezeki setiap org berbeza |
|
|
|
|
|
|
|
Alhamdullilah, syukur kepada Allah kerana diberikan kemudahan dalam mengandung dan melahirkan. Setiap orang Allah bagi rasa pengalaman yg berbeza2. Iolls walaupon membengkak sana masa pregnant sampai tak boleh drive kereta, sampai admit hospital kena darah tinggi, still enjoy the pregnancy. Sbb aura positif seorang ibu ni akan mengalir ke anaknya. |
|
|
|
|
|
|
|
Tiada koyak tu kene share eh? |
|
|
|
|
|
|
|
moga2 tak keep counting lah
|
|
|
|
|
|
|
|
Mak ingatkan sapelah pompuan yg tengah2 gambau bertiga tu..adeh.
Btw, x sabau nak tunggu Hanix Haizi Amid veranak. Ntah c-sect ntah normal. Yang penting bakalan tak secomel anak mek natasah |
|
|
|
|
|
|
|
beranak pandai lerpas tu anak kasi org ke konsepnya macam kucing? hahahhahahha |
|
|
|
|
|
|
|
kenapa body language dan posture husband ke arah doktor tuu..sesuatu sangat |
|
|
|
|
|
|
| |
|