MIRI: Beberapa kawasan di bahagian ini akan mengalami gangguan bekalan air bermula jam 9 pagi hingga 5 petang esok.
Pengurusan Lembaga Air Wilayah Utara (LAKU) Sdn Bhd dalam satu kenyataan di akaun Facebook rasminya malam tadi berkata kawasan-kawasan yang terjejas adalah seperti Taman Tunku, Taman Jelita, Kampung Lusut Jaya, Taman Wang, Lapangan Terbang Miri, Kampung Riam Jaya, Taman Delight, Jalan Aru, Kem Sri Miri dan sepanjang Jalan Miri-Bintulu (dari Sg dalam hingga ke Merdeka Mall Miri).
Katanya, gangguan bekalan air ini berlaku bagi membolehkan kerja-kerja menggantikan paip jenis SV berukuran 400mm sedia ada ke Taman Tunku.
Sementara itu katanya, LAKU juga akan menjalankan kerja-kerja penyambungan paip di kawasan Senadin pada Khamis.
Kerja-kerja ini katanya akan menyebabkan gangguan bekalan air ke semua lot kedai di Lorong Desa Senadin Fasa 8 (Uptown Senadin), Lorong Desa Senadin Fasa 8 (kawasan perumahan) dan kawasan sekitar.
Untuk maklumat lanjut atau bantuan, orang ramai boleh menghubungi talian hotline 085-426626 atau 085-436626.
|