CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 6874|Reply: 7

[Tempatan] Mmm, melingkup sudah

[Copy link]
Post time 23-9-2024 09:31 AM | Show all posts |Read mode
PUTRAJAYA: Beberapa premis perniagaan milik GISB Holdings (GISBH), di sini, dipercayai ditutup sejak empat hari lalu, selepas syarikat itu didakwa terbabit dengan dakwaan aktiviti pemerdagangan dan eksploitasi kanak-kanak.

Tinjauan mendapati tiga premis di Jalan Diplomatik, Presint 15 iaitu Ikhwan Delights, Ikhwan Cafe, Ikhwan Bakery, dan Ikhwan Mart di Jalan Kedah, Presint 15, di sini, sudah tidak beroperasi.

Penuntut universiti awam, Addin Hilmi Halim, 20, berkata, kafe terbabit sebelum ini dibuka setiap hari dan jarang sekali ditutup kerana sering dikunjungi pelanggan terutama waktu bekerja.

Beliau berkata, selepas berita tersebar luas mengenai GISBH, kafe terbabit semakin kurang dikunjungi pelanggan.

Katanya, dia pernah beberapa kali berkunjung ke kafe itu untuk membeli makanan dan mendapati ramai pekerjanya terdiri daripada golongan muda, berperawakan kurang mesra dan sukar untuk berinteraksi dengan pelanggan.

"Sejak kafe ini ditutup, kelibat pekerjanya juga tidak kelihatan mungkin sudah diarahkan ketuanya untuk berpindah ke tempat lain," katanya.

Sementara itu, pembantu jualan, Mohd Faris Haziq Mohd Fauzi, 20, berkata, semua premis GISBH yang terdapat di kawasan itu ditutup serentak, selepas berita mengenai syarikat itu tersebar luas di media.

Katanya, walaupun tempat dia berkerja itu berhampiran dengan premis berkenaan, namun dia tidak pernah pula melihat atau mendengar berita premis berkenaan diserbu pihak berkuasa untuk disiasat seperti di tempat lain.

"Sebagai generasi muda, saya tidak pernah mengetahui syarikat di bawah GISB ini adalah serpihan daripada ahli Al-Arqam yang pernah diharamkan kerajaan suatu masa dulu sehinggalah berita mengenainya tersebar luas, "katanya.

Media sebelum ini melaporkan beberapa premis perniagaan yang bernaung di bawah GISBH seperti di Perlis, Kelantan dan Terengganu, ditutup, selepas terkesan dengan isu yang melanda syarikat itu.

Berdasarkan laman web, GISB syarikat itu mempunyai rangkaian restoran dan pasar raya di dalam, dan luar negara termasuk di Makkah dan Australia.

Berita Harian

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 23-9-2024 11:27 AM | Show all posts


Reply

Use magic Report

Post time 23-9-2024 10:00 AM | Show all posts
Edited by hayrin86 at 23-9-2024 10:04 AM

Tidak mustahil GISBH akan dibubarkan.. Semoga bekas premis GISBH akan digantikan dengan premis selain GISBH..
Reply

Use magic Report

Post time 23-9-2024 10:33 AM | Show all posts
barang boleh tunggang....
Reply

Use magic Report

Post time 23-9-2024 10:34 AM From the mobile phone | Show all posts
oh Ikhwan Mart dkt presint 15 ni lah ye yg dimaksudkan dlm lagu "Pasar Ikhwan di Putrajaya, siapakah dia Abuya...."
Reply

Use magic Report

Post time 23-9-2024 10:48 AM From the mobile phone | Show all posts
nikaido replied at 23-9-2024 10:34 AM
oh Ikhwan Mart dkt presint 15 ni lah ye yg dimaksudkan dlm lagu "Pasar Ikhwan di Putrajaya, siapakah ...

Ya betul tu
Dorang tu buat pantun 2 kerat
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 23-9-2024 10:53 AM From the mobile phone | Show all posts
Ms kerja kt Putrajaya mmg x dinafikan selalu juga mkn di sini tp bila makin hr mknan so so dan harga makin merepek maka terus stop dtg, baik gie NKE aje walau xde pilihan
Dlm byk2 outlets Ikhwan rsnya P15 yg meriah dan sentiasa penuh klu kt Bangi sgt sendu dan hambar, bgslah dah tutup
Reply

Use magic Report

Post time 23-9-2024 11:50 AM From the mobile phone | Show all posts
Mana nak register queue untuk diliwat oleh geng ikhwan ye sissy? Akak tanya untuk kawan akak sissy.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-9-2024 12:21 PM GMT+8 , Processed in 0.379447 second(s), 20 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list