CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 22167|Reply: 0

[Kedah] MetMalaysia ramal lebih banyak insiden banjir kilat, angin kencang di Kedah sehingga awal November

[Copy link]
Post time 1-10-2024 10:57 AM | Show all posts |Read mode
MetMalaysia ramal lebih banyak insiden banjir kilat, angin kencang di Kedah sehingga awal November


Zuliaty Zulkiffli - Oktober 1, 2024 @ 9:47am[email protected]







Anggota Bomba dan Penyelamat Malaysia menjalankan operasi membawa keluar mangsa banjir dari rumah mereka yang terputus hubungan akibat banjir kali kedua di Kampung Derang di sini Ahad lalu. - Foto BERNAMA





ALOR SETAR: Bah yang melanda beberapa daerah di negeri ini sejak minggu lalu dipercayai kesan peralihan monsun bermula 24 September yang mencetuskan ribut petir dan banjir kilat terutama di pedalaman Kedah.

Pengarah Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) Kedah, Muhammad Khalil Abd Aziz, berkata lebih banyak insiden banjir kilat dan angin kencang diramal dalam tempoh peralihan itu sehingga awal November depan.

Katanya, peralihan monsun diramal di Pantai Barat, termasuk Kedah, akan membawa taburan hujan tinggi pada lewat petang dan malam.


SIK 01 OKTOBER 2024. Anggota APM Sik melakukan pemantauan di kawasan yang dinaiki air akibat banjir kilat di beberapa kampung di daerah itu susulan hujan lebat malam tadi. - Foto NSTP/ihsan APM


Keadaan Kampung Padang Luar yang di tenggelami banjir untuk kali kedua dalam tempoh kurang daripada seminggu pada gelombang kedua banjir di Kampung Padang Luar. - Foto NSTP/ WAN NABIL NASIR.

"Ia berpotensi membawa banjir kilat dan ribut petir seperti kejadian di Padang Terap dan Pokok Sena minggu lalu taburan hujan tinggi di kawasan itu.

"Ini bukan gelombang kedua banjir atau kesinambungan daripada bencana pada pertengahan bulan lalu. Ia tiada kaitan gelombang kedua dan tidak berlaku di Kedah seperti di Pantai Timur.

"Di Pantai Timur, kita menjangkakan ada beberapa luluran gelombang sehingga enam tujuh kali," katanya ketika dihubungi.

Muhammad Khalil bagaimanapun menasihatkan orang ramai supaya sentiasa peka dengan situasi semasa cuaca bagi mengelakkan menjadi mangsa kejadian tidak diingini sepanjang peralihan monsun ini.



Anggota APM Sik membantu untuk memindahkan mangsa yang dilanda banjir kilat ke tempat selamat. - Foto NSTP/ihsan APM

Peralihan monsun berlaku sehingga awal November, iaitu sebelum bermula musim tengkujuh nanti.

"Sepanjang tempoh itu, akan berlaku hujan dan ribut petir termasuk kejadian banjir kilat dan pokok tumbang. Orang ramai dinasihatkan sentiasa peka dengan keadaan ini dan berhati-hati.

"Sentiasa dapatkan maklumat terkini daripada pihak yang sahih dan bagi yang mengembara, rancang perjalanan masing-masing," katanya.

Sementara itu, laman web Public Infobanjir, Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) memaklumkan, tiga sungai di dua daerah ini di negeri ini mencatatkan bacaan melebihi paras bahaya setakat jam 8 pagi tadi.

Sungai terbabit adalah di Sungai Ketil di Kuala Pegang di Baling dan Sungai Anak Bukit di Taman Aman serta di Sungai Anak Bukit di Jambatan TAR.

https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2024/10/1305144/metmalaysia-ramal-lebih-banyak-insiden-banjir-kilat-angin-kencang-di






Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-12-2024 01:04 AM GMT+8 , Processed in 0.038249 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list