CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 14644|Reply: 0

[Kedah] 'Masa 4 tahun dah macam budak 7 tahun'

[Copy link]
Post time 7-10-2024 10:07 AM | Show all posts |Read mode
'Masa 4 tahun dah macam budak 7 tahun'


Noorazura Abdul Rahman[email protected]




MUHAMMAD Adam Daniel bersama bapa, Fadzil dan Ibu, Rahimah serta kakaknya ketika ditemui di Kampung Telaga Batu, Jitra. FOTO Wan Nabil Nasir





Jitra: "Ketika saya lahirkan Adam, berat dia 4.25 kilogram (kg) hingga doktor dan jururawat terkejut kerana menyangka berat anak saya 3.8kg sahaja," kata Rahimah Abdullah, 51.

Ibu kepada Muhammad Adam Daniel Fadzil, 17, itu berkata, dia amat bersyukur kerana melahirkan anak bongsunya secara normal dan diberikan kesihatan yang baik dan kini menginjak usia 17 tahun.

Menurutnya, pada usia empat tahun, Adam sudah bertubuh tinggi seperti kanak-kanak berusia tujuh tahun.

"Saya tak ingat berat dia berapa kg ketika itu tapi mungkin lebih 20kg. Saya tak larat nak dukung dia kerana saiz fizikal Adam tak sama dengan kanak-kanak lain, ketika memasuki tahun 1, dia paling tinggi dan besar.

"Ada yang panggil dia 'galah' dan sebagainya, tapi Adam yang bagusnya tidak mudah berasa hati. Cuma dulu kalau hendak marah atau merajuk, dia akan guling-gulingkan badan di lantai, dia tidak akan ganggu orang lain," kata ibu kepada empat anak ini.

Bercerita lanjut, Rahimah berkata, anaknya sangat gemar makan nasi bersama lauk ayam, namun tidak pernah memilih makanan.

"Apa yang ada, dia akan makan. Tak kisah ikan, sayur-sayuran, ulam dan lain-lain," katanya.



Disiarkan pada: Oktober 7, 2024 @ 7:16am

https://www.hmetro.com.my/mutakhir/2024/10/1141686/masa-4-tahun-dah-macam-budak-7-tahun





Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-12-2024 01:07 AM GMT+8 , Processed in 0.039598 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list