View: 40172|Reply: 67
|
Spekulasi perceraian Putera Harry, Meghan Markle bertiup kencang
[Copy link]
|
|
LOS ANGELES, CALIFORNIA – Kerabat diraja Britain, Putera Harry dan isteri, Meghan Markle dilaporkan hidup berasingan dengan Duke of Sussex melancarkan ‘jelajah dunia’ secara solo tanpa ditemani Meghan, lapor laman berita RadarOnline semalam.
Harry dilihat tersenyum semasa lawatannya ke Afrika tanpa ditemani Meghan sekali gus membawa kepada spekulasi kencang bahawa rumah tangga pasangan diraja itu berantakan.
Sebelum ini, mereka yang memakai gelaran Duke dan Duchess of Sussex, terkenal dengan usaha bersama dalam mempromosikan pelbagai acara amal melalui yayasan Archewell.
Bagaimanapun, banyak lawatan Harry baru-baru ini menyaksikan beliau melakukannya secara bersendirian.
Harry juga menghabiskan malam hari jadi yang ke-40 berjauhan dengan isterinya ketika beliau mengisi sambutan tersebut dengan mendaki bersama rakan-rakannya.
Beliau juga muncul pada 10 acara dalam 15 hari terakhir tanpa Meghan di sisi ketika melakukan ‘lawatan separa diraja’ di tiga lokasi termasuk New York, London dan Lesotho.
Satu sumber memberitahu RadarOnline: “Harry dan Meghan akan menjalani kehidupan berasingan, dan mereka mempunyai pelan tindakan untuk melakukannya.
“Mereka telah lama berpisah dengan Harry mahu kembali ke Britain, di mana rakan-rakan lamanya berada dan harapannya untuk kembali ke pangkuan keluarga diraja yang sangat selesa. Ia meletakkan tekanan sebenar pada perkahwinan mereka.”
Tambah sumber tersebut, kehidupan yang Meghan inginkan di Los Angeles adalah jauh berbeza dengan keinginan Harry, malah ia kelihatan asing kepada mana-mana lelaki Inggeris berdarah diraja.
“Rancangan untuk meneruskan aktivitinya secara sendiri dan lawatan yang jauh daripada Meghan adalah tanda pertama mereka sedang berada dalam cubaan untuk berpisah,” kata sumber tersebut. – AGENSI
Sumber -KOSMO! ONLINE |
|
|
|
|
|
|
|
Now mmg musim pisah dan serai ka apa? |
|
|
|
|
|
|
|
Mmg tak minat meghan ni..semacam |
|
|
|
|
|
|
|
'Lawatan separa diraja?'
Lawatan je la, sebab dia bukan mewakili mana² institusi diraja.
|
|
|
|
|
|
|
|
Biasanya di M'sia, selalunya begitu. Musim hujan, banjirlah sana sini. Time cuti sekolah, itulah musim orang kawen.
Kalau musim buah, banyaknya rambutan, manggis, durian, duku, dokong, rambai, dll.
Melahirkan dn bercerai sebenarnya tak ade musim, hari2 ada je, cuma mereka adalah orang2 yg tak terkenal/tak ada nama, so tiadalah hebohnya.
Yg tiada musim dn ada terus sepanjag masa ialah bergosip kan, kan?
|
|
|
|
|
|
|
|
nolya replied at 8-10-2024 10:58 PM
Biasanya di M'sia, selalunya begitu. Musim hujan, banjirlah sana sini. Time cuti sekolah, itulah m ...
Laki pompan sumer bergosip.. takde sapa bleh jadi malaikat dunia.. itu hanya gelaran lelaki terhadap pompan cantek jahh.. |
|
|
|
|
|
|
|
So duda la nanti |
|
|
|
|
|
|
|
Biar lah. bukan jemput akak pun masa kenduri hari tu |
|
|
|
|
|
|
|
Kalau betul cerai, mesti lepas tu dia balik semula kepada keluarga diraja.. |
|
|
|
|
|
|
|
pocongkiutss replied at 8-10-2024 10:17 PM
Mmg tak minat meghan ni..semacam
Kan..iolls pun x brapa dgn dia ni |
|
|
|
|
|
|
|
aik smalam rasa baca komen komen nya lain. ade trit lain yg sama la tu yek |
|
|
|
|
|
|
|
So apa kesan nya pada bekas tanah jajahan malaya ni? Merdeka cancel ka?
|
|
|
|
|
|
|
|
imransulaiman replied at 9-10-2024 01:06 AM
Kalau betul cerai, mesti lepas tu dia balik semula kepada keluarga diraja..
Macam soley balik ke yistana toksop tintimoh le yer |
|
|
|
|
|
|
|
tak berapa dgn die????????
ofis mate kau ke nyah
|
|
|
|
|
|
|
|
musim bercerai ke sekarang ni? |
|
|
|
|
|
|
|
betul ke ni musim cerai sungguh |
|
|
|
|
|
|
|
Acik mackerel ni xdpt duit raya gk ke |
|
|
|
|
|
|
|
wow ... ingatkan solid rock sgt... serai jugak |
|
|
|
|
|
|
|
wanita barat ni majoriti kotor |
|
|
|
|
|
|
| |
|