View: 18904|Reply: 3
|
[Tempatan]
Banjir kilat landa Baling kali ketiga dalam sembilan hari
[Copy link]
|
|
Banjir kilat landa Baling kali ketiga dalam sembilan hari
https://www.bharian.com.my/berit ... dalam-sembilan-hari
Oleh Safuri Kamarudin - Oktober 9, 2024 @ 10:38am
[email protected]
Anggota APM membantu pemindahan mangsa banjir kilat di daerah Baling mulai petang semalam. - Foto Facebook APM Negeri Kedah
BALING: Lima Pusat Pemindahan Sementara (PPS) dibuka di daerah ini, susulan banjir kilat melanda kali ketiga dalam masa sembilan hari.
Lima PPS dibuka membabitkan Dewan Tun Abdul Razak, Kompleks Rakan Muda Batu 42, Sekolah Kebangsaan (SK) Siong, Maktab Mahmud Bongor dan Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Parit Panjang dibuka bermula petang semalam.
Haiwan peliharaan turut diselamatkan dalam operasi pemindahan mangsa banjir di daerah Baling, malam tadi. - Foto APM Daerah Baling
Pengerusi Jawatankuasa Bencana Daerah Baling, Yazlan Sunardie Che Yahaya, berkata seramai 327 mangsa daripada 125 keluarga berpindah sejak petang semalam sehingga jam 12 malam tadi selepas Sungai Ketil melimpah ke penempatan penduduk.
Katanya, PPS SK Siong menempatkan 19 mangsa daripada lapan keluarga, SMK Parit Panjang Dua keluarga (lapan mangsa), Kompleks Rakan Muda Batu 42 (202 mangsa).
Anggota APM membuka operasi PPS bagi menempatkan mangsa banjir kilat di daerah Baling. - Foto Facebook APM Daerah Baling
Maktab Mahmud Bongor menempatkan 71 mangsa daripada 35 keluarga dan Dewan Tun Abd Razak dengan 27 mangsa daripada lapan keluarga.
"Anggota penyelamat sentiasa memantau bagi mengeluarkan mangsa terperangkap," katanya dalam kenyataan, hari ini.
Yazlan Sunardie yang juga Pegawai Daerah Baling berkata, banjir dilaporkan masih terkawal kerana limpahan berlaku bagi tempoh singkat sebelum surut berikutan penurunan paras sungai utama.
"Dalam tempoh sembilan hari, banjir kilat melanda Mukim Siong, Bongor, Baling, Pulai, Kupang dan Teloi Kanan," katanya.
|
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Hujan memang intermittent itu biasa.
Kalau banjir pasang surut pasang balik ni jelaslah sungai tu tersekat laluan, ada takungan mid stream. Pi la korek kasi clear pasir selut tu.
|
|
|
|
|
|
|
|
Kesian kt penduduk kt sana |
|
|
|
|
|
|
|
kalau ikut logik akal setitik ketua pemuda PAS selangor, MB Nusi dah kena letak jawatan nih |
|
|
|
|
|
|
| |
|