CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 41823|Reply: 0

[Sarawak] Batik Air lancar penerbangan terus KL-Bintulu bermula 1 November

[Copy link]
Post time 31-10-2024 11:00 PM | Show all posts |Read mode


Lee merakam kenangan bersama (dari kiri) Sio, Chandran dan Wong selepas mengadakan kunjungan hormat di Kuala Lumpur semalam. - Gambar MOTS

KUCHING: Batik Air akan melancarkan penerbangan terus baharu antara Kuala Lumpur dan Bintulu bermula 1 November 2024, dengan 10 penerbangan seminggu.

Menteri Pengangkutan Sarawak (MOTS) Dato Sri Lee Kim Shin berkata, langkah ini sebagai usaha penting untuk meningkatkan aksesibiliti dan memudahkan perjalanan ke Sarawak.

Selain itu katanya, Batik Air juga akan memulakan perkhidmatan Kuala Lumpur-Miri pada 14 Januari 2025 dengan 14 penerbangan mingguan.

“Laluan baharu ini dijangka mengukuhkan hubungan antara Semenanjung Malaysia dan Sarawak, memudahkan pelancong untuk mengalami tarikan unik di rantau ini,” katanya dalam kenyataan semalam.

Beliau memberitahu, laluan terus ini penting dalam mempromosikan perjalanan perniagaan dan memudahkan pergerakan kargo udara.

“Sekali gus membuka peluang ekonomi di Bintulu dan Miri yang mana kedua-duanya adalah hab industri utama,” ujarnya.

Apatah lagi dengan pemindahan ibu pejabat Shell ke Miri, Lee berkata ia dijangka menarik lebih ramai pelawat dan pelabur, seterusnya menyumbang kepada pertumbuhan mampan di pelbagai sektor dalam rantau ini.

Terdahulu, Lee bersama kementeriannya telah mengadakan kunjungan hormat terhadap Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Batik Air Datuk Chandran Rama Muthy di Kuala Lumpur semalam.

Pada kunjungan tersebut, mereka membincangkan tentang potensi perkhidmatan penerbangan tambahan ke Sarawak termasuk laluan antarabangsa terus antara Kuching dan Singapura.

Pertemuan itu juga menekankan komitmen Batik Air untuk memperluas rangkaiannya bagi menyokong pertumbuhan Sarawak melalui peningkatan hubungan pengangkutan.

Turut serta dalam pertemuan berkenaan ialah Setiausaha Tetap MOTS Datu Wong Hee Sieng dan Penasihat Teknikal Penerbangan Kementerian Sio Yew Hua.


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

29-11-2024 04:12 AM GMT+8 , Processed in 0.064774 second(s), 17 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list