CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 20935|Reply: 0

[Tempatan] Peniaga Pasar Rantau Panjang lelong barang, kurangkan kerugian akibat banjir

[Copy link]
Post time 4-12-2024 06:36 PM From the mobile phone | Show all posts |Read mode
Harian Metro
Disember 4, 2024 @ 3:14pm



Orang ramai membeli barang lelong yang dijual oleh peniaga di Zon Bebas Cukai Rantau Panjang hari ini. FOTO BERNAMA


Pasir Mas: Rata-rata peniaga di Rantau Panjang di sini, mula mengadakan jualan lelong dengan tawaran harga lebih rendah daripada biasa, selepas kedai mereka ditenggelami banjir bermula minggu lalu.

Tinjauan di sekitar Kompleks Imigresen, Kastam, Kuarantin dan Keselamatan (ICQS) Rantau Panjang mendapati orang ramai tidak melepaskan peluang menyerbu beberapa premis yang menawarkan pelbagai barangan seperti pakaian, permaidani, bantal, cadar, pinggan mangkuk dan periuk pada harga lelong.


Pemilik kedai borong dan runcit, Noreha Mohamad, 35, berkata, dia mengambil keputusan mengadakan jualan lelong untuk mengelakkan kerugian lebih besar selepas barangan di kedainya ditenggelami air.

"Memang terpaksa kena lelong. Kalau masih nak simpan barang semakin rosak sebab barang sudah tiga hari tiga malam dalam air, jadi lebih baik lelong kerana ia masih boleh digunakan selepas dibersihkan oleh pembeli.


"Lelongan kebanyakan dibuat separuh harga daripada harga asal. Barang yang RM100 saya jual RM50, barang RM20 saya jual RM10, bergantung jenis barang," katanya kepada Bernama hari ini.


Noreha juga berharap orang ramai yang berkelapangan dapat datang untuk berbelanja di Pasar Rantau Panjang, berikutan ramai peniaga terjejas akibat banjir yang kesannya melangkaui jangkaan mereka.

"Banjir kali ini memang kesannya di luar jangkaan. Biasanya banjir memang banjir, tapi tak seteruk ini. Tahap kerugian saya masih membuat kira-kira, tapi memang banyak," katanya.

Sementara itu, Wan Hanafi Wan Jaafar, 63, yang mengusahakan perniagaan pakaian dan kelengkapan ibadah reda selain menganggap musibah banjir tahun ini yang menyebabkan kerugian lebih RM10,000, sebagai ujian untuk dirinya.

"Walaupun saya rugi dengan jumlah yang agak besar, namun saya dan keluarga bersyukur kerana masih lagi selamat dan tidak mengalami apa-apa kecederaan atau apa-apa masalah.


"Banjir tahun ini meningkat dalam masa yang singkat menyebabkan kebanyakan peniaga di sini tidak sempat selamatkan barang-barang perniagaan mereka," katanya.





This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

5-12-2024 04:58 AM GMT+8 , Processed in 0.034598 second(s), 10 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list