View: 61025|Reply: 21
|
Kes tipu kutipan dana: Papagomo ditahan polis
[Copy link]
|
|
Kuala Lumpur: Blogger kontroversi, Papagomo atau nama sebenarnya Wan Muhammad Azri Wan Deris ditahan di kediamannya di Putrajaya, hari ini bagi membantu siasatan kes penipuan dalam kutipan dana awam dengan menggunakan nama sebuah syarikat, hari ini.
Difahamkan, penahanan itu dilakukan sepasukan anggota Pasukan Siasatan Jenayah Pengubahan Wang Haram (AMLA) Bukit Aman, awal pagi tadi.
Dipercayai, penahanan itu dilakukan susulan satu laporan polis dibuat seorang menteri pada Julai lalu.
Dalam tangkapan itu, pihak polis turut merampas telefon bimbit milik blogger terbabit untuk siasatan lanjut.
Sementara itu, Ketua Polis Negara Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain mengesahkan tangkapan itu dan memaklumkan siasatan dijalankan mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan.
Terdahulu, tular di media sosial rakaman video penahanan Wan Muhammad Azri, 41, oleh sepasukan anggota polis yang datang ke kediamannya dengan menaiki tiga kenderaan polis dengan kapsyen memaklumkan penahanan itu untuk siasatan berkaitan kes AMLA.
Sementara itu, peguamnya, Rafique Rashid memaklumkan Wan Muhammad Azri ditahan susulan satu laporan polis oleh seorang menteri.
Menurutnya, lelaki itu ditahan oleh lapan anggota PDRM dari Bukit Aman 1.30 pagi tadi dan proses reman ke atas Wan Muhammad Azri berlangsung di Lokap Berpusat Polis Diraja Malaysia (PDRM) Jinjang dan blogger itu diwakili peguam, Zoolazrai Zolkefly.
"egawai penyiasat memohon untuk menahan reman Wan Muhammad Azri namun peguam membantah reman tersebut. Setelah mahkamah mendengar hujahan kedua-dua pihak, memutuskan reman satu hari dibenarkan," katanya.
"Azri dimaklumkan PDRM mendapat arahan tangkap dari Pegawai AMLA PDRM yang telah pun mengesahkan akan berjumpanya bagi siasatan pada jam 11 pagi hari ini.
"Amat hairan mengapa perlu tangkap kalau telah ada temu janji dalam masa 10 jam dari masa tangkapan," katanya yang memaklumkan siasatan ke atas Wan Muhammad Azri dijalankan mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan.
SUMBER : – Harian Metro |
|
|
|
|
|
|
|
Join geng politik gini la nasib. Org ni pegang kuasa ko kebal la. Org lain pegang kuasa ko dalam la. Yg xsalah jadi salah. Yg betul jadi xbetul. |
|
|
|
|
|
|
|
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
x
|
|
|
|
|
|
|
lah baru 41 ke
dia buat kutipan dana mende |
|
|
|
|
|
|
|
Wah kalau menteri yg buat laporan, laju je diambil tindakan |
|
|
|
|
|
|
|
Dah kurus sikit papagomo
So skrng dia ni jadi barua siapa pula |
|
|
|
|
|
|
|
zuriey replied at 14-12-2024 12:36 PM
Dah kurus sikit papagomo
So skrng dia ni jadi barua siapa pula
barua geng Pejuang. |
|
|
|
|
|
|
|
Baca dkt group Rapizi yg repot |
|
|
|
|
|
|
|
Aku takjub masih ada yang dok follow dia ni. |
|
|
|
|
|
|
|
ler x jadi ke tukar kerajaan 18/1/2025
|
|
|
|
|
|
|
|
AMLA untuk anti money laundering kan. Dia kutip dana apa, dan apa nama syarikat tu? |
|
|
|
|
|
|
|
zuriey replied at 14-12-2024 12:36 PM
Dah kurus sikit papagomo
So skrng dia ni jadi barua siapa pula
Saka kerala la. Saka je ada duit. Tuan2 lain dah status banduan |
|
|
|
|
|
|
|
airfilterkotor replied at 14-12-2024 01:09 PM
Aku takjub masih ada yang dok follow dia ni.
Samalah. Dia dgn ratu gems. Banyak kali kantoi terciduk pun tak malu still jaja fitnah. Zaman dulu bolehlah zaman sekarang semua dah boleh cari info sendiri. |
|
|
|
|
|
|
|
Pagi td aku jogging jumpa sorang ni muka mcm papagomo ni suruh ambik gambar . Dia ramai2 la dgn geng ... Sudah keluar ke |
|
|
|
|
|
|
| |
|