CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 60114|Reply: 6

6.73 juta pekerja naik gaji - Rafizi Ramli

[Copy link]
Post time 13-12-2024 10:58 PM | Show all posts |Read mode



Kuala Lumpur: Kadar gaji pertengahan atau gaji median di Malaysia meningkat daripada RM2,600 sebulan kepada RM2,745 sebulan.


Menteri Ekonomi, Rafizi Ramli, berkata, peningkatan gaji pertengahan atau gaji median di negara ini dikesan berlaku antara Jun 2023 hingga Jun lalu.


Beliau berkata, ia bermakna daripada 6.73 juta pekerja bergaji atau pekerja formal di negara ini, gaji bagi setiap pekerja mencatatkan gaji pertengahan sebanyak RM2,745, sebulan.


Sebagai perbandingan katanya, jumlah pekerja negara ini yang bergaji di bawah RM2,000 sebulan pula berkurangan daripada 34.8 peratus pada Jun tahun lalu kepada hanya 32.2 peratus, Jun lalu.


"Jumlah pekerja dengan gaji antara RM2,000 ke RM5,000 pula meningkat daripada 42.7 peratus daripada jumlah pekerja pada Jun tahun lalu kepada 43.8 peratus, Jun tahun ini.


"Jumlah pekerja bergaji melebihi RM5,000 juga meningkat 22.5 peratus pada Jun tahun lalu kepada 24 peratus, Jun tahun ini.


"ertumbuhan gaji ini sekali gus mendukung hasrat kerajaan menganjakkan gaji median menjadi lebih tinggi setiap tahun supaya gaji setiap isi rumah menjadi lebih baik," katanya dalam satu hantaran video di akaun Facebook, tadi.


Terdahulu, Rafizi memaklumkan beliau sering diajukan persoalan bilakah gaji sektor swasta akan naik susulan gaji penjawat sudah diselerakkan kenaikkannya.


Dalam pada itu, beliau berkata, antara keputusan pertamanya sebagai Menteri Ekonomi adalah meminta Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM) menerbitkan laporan gaji pekerja formal setiap tiga bulan sekali.


Katanya, laporan itu menggunakan data gaji setiap pekerja formal yang ada di Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) dan Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO)


"Ini bagi membolehkan kerajaan merangka dasar yang lebih baik untuk menaikkan gaji dalam tempoh 10 tahun akan datang selaras dengan aspirasi Ekonomi Madani," katanya.


Sementara itu, Rafizi berkata, fenomena pekerja negara ini yang bergaji rendah masih menjadi cabaran kepada ekonomi negara walaupun pertumbuhan menyaksikan jumlah pekerja bawah gaji RM2,000 sebulan berkurangan.


Katanya, sejumlah 32.2 peratus pekerja dalam kategori itu bersamaan dengan 2.167 juta rakyat Malaysia masih bergaji RM2,000 sebulan.


"Keadaan itu diyakini akan menjadi lebih baik bermula 2025 dengan tiga keputusan utama kerajaan membabitkan gaji pekerja," katanya.


SUMBER : – Harian Metro
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 14-12-2024 01:36 AM From the mobile phone | Show all posts
Kote sudah naik, kenapa tak puji kerajaan?
Reply

Use magic Report

Post time 14-12-2024 08:58 AM From the mobile phone | Show all posts
Ok good
Reply

Use magic Report

Post time 14-12-2024 08:58 AM From the mobile phone | Show all posts
tahniah
Reply

Use magic Report

Post time 14-12-2024 10:18 AM | Show all posts
Edited by capiloton at 14-12-2024 12:21 PM

sama jer
gomen akan charge melalui cukai, naikkan tax,
semua kena cukai, termasuk barang makanan.
makanan pun naik harga.

gembira sekarang, nanges kemudian,
pegi kerja hari2, duit takdak,
ada hutang jer banyak

lain lah bang non,
tak payah gaji pun takpe,
banyak sponsor geng2 kartel di sekeliling

Reply

Use magic Report

Post time 14-12-2024 01:45 PM From the mobile phone | Show all posts
Hamdalah
Tumpang gembira aje baca begini
Sbb saya surirumah sahaja
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 16-12-2024 10:45 AM | Show all posts
alhamdulillah.
bersyukur , Allah akan tambah
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

14-1-2025 11:22 PM GMT+8 , Processed in 0.334150 second(s), 18 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list