CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 19139|Reply: 0

[Kedah] Tiga termasuk suami isteri maut kemalangan

[Copy link]
Post time 27-12-2024 12:30 PM | Show all posts |Read mode
Tiga termasuk suami isteri maut kemalangan

Zuliaty Zulkiffli[email protected]




KEMALANGAN di Jalan Alor Pudak yang mengorbankan tiga nyawa. FOTO Ihsan Pembaca.





Pendang: Suami isteri antara tiga yang maut dalam kemalangan dua motosikal dan sebuah kereta di Jalan Alor Pudak, Titi Haji Idris, di sini malam tadi.

Ketua Polis Daerah Pendang, Superintendan Rodzi Abu Hassan berkata, mangsa yang meninggal dunia berusia 14, 34, dan 52 tahun.

Katanya, pihaknya menerima maklumat kemalangan itu pada 11.30 malam, dengan kereta Proton Wira dipandu lelaki berusia 31 tahun dari arah Ayer Hitam, Jerlun menghala Sungai Tiang.

"Ketika di tempat kejadian, mangsa berusia 14 tahun yang menunggang motosikal jenis Honda NF100M4-MA dipercayai cuba memotong kereta itu, sebelum bertembung dengan motosikal Yamaha Lagenda 115Z ditunggang suami isteri dari arah bertentangan.

"Pelanggaran menyebabkan pembonceng motosikal Yamaha Lagenda 115Z tercampak ke lorong kanan dan dilanggar kereta terbabit.

"Dua penunggang motosikal dan pembonceng meninggal dunia di lokasi kejadian, manakala pemandu kereta tidak cedera," katanya dalam kenyataan hari ini.

Rodzi berkata, ketiga-tiga mangsa dihantar ke Jabatan Forensik Hospital Sultanah Bahiyah (HSB) di Alor Setar untuk bedah siasat.

"Kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987," katanya.



Disiarkan pada: Disember 27, 2024 @ 12:17pm

https://www.hmetro.com.my/utama/2024/12/1170161/tiga-termasuk-suami-isteri-maut-kemalangan




Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

4-3-2025 01:47 PM GMT+8 , Processed in 1.218254 second(s), 12 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list