CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 44604|Reply: 0

[Pulau Pinang] Pulau Pinang masih kurang hotel - Kon Yeow

[Copy link]
Post time 28-12-2024 05:14 PM | Show all posts |Read mode
Pulau Pinang masih kurang hotel - Kon Yeow

BERNAMA - Disember 28, 2024 @ 5:10pm



Ketua Menteri Pulau Pinang, Chow Kon Yeow (enam dari kiri) merasmikan Iconic Marjorie Hotel di Bayan Lepas, hari ini. - BERNAMA




GEORGETOWN: Pulau Pinang masih kekurangan bilik hotel untuk menampung jumlah kemasukan pelancong asing dan domestik yang semakin bertambah, khususnya ketika musim perayaan dan penganjuran acara besar di negeri ini.

Ketua Menteri, Chow Kon Yeow, berkata Pulau Mutiara kini mempunyai lebih kurang 12,000 bilik hotel dan memerlukan lebih banyak lagi, khususnya di kawasan Seberang Perai untuk menawarkan tempat penginapan kepada pelancong.

"Saya rasa Perbadanan Pembangunan Pulau Pinang (PDC) sebagai sayap pembangunan ekonomi negeri ada rancangan untuk kemudahan hotel dan kita menawarkan satu peluang kepada bidang perhotelan untuk melabur di sini.

"Saya juga difahamkan NCIA (Pihak Berkuasa Pelaksanaan Koridor Utara) juga menawarkan insentif kepada swasta dalam bidang pelancongan dan hospitaliti, bukan sekadar industri pembuatan. Justeru saya berharap peluang ini dapat disahut oleh pihak swasta," katanya.

Bercakap kepada pemberita selepas merasmikan pembukaan awal Iconic Marjorie Hotel di Bayan Lepas, dekat sini hari ini, beliau memaklumkan, Pulau Pinang menerima 6.18 juta pelancong domestik dan asing menerusi Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang (PIA) dari Januari sehingga Oktober 2024.

Katanya, angka mengikut Malaysia Airports Holdings Bhd (MAHB) itu menunjukkan peningkatan 7.46 peratus kemasukan pelancong menerusi PIA jika dibandingkan tempoh sama tahun lalu.

Kon Yeow berkata, kerajaan negeri menaruh keyakinan tinggi bahawa sektor pelancongan di negeri ini akan semakin rancak bagi tempoh dua atau tiga tahun lagi susulan pengecualian visa kepada pelancong dari China dan India, selain penambahan penerbangan terus ke Pulau Pinang dari beberapa bandar utama negara lain.

Beliau juga berharap pelancongan dari segi mesyuarat, inisiatif, persidangan dan pameran (MICE) bertambah berikutan pembukaan Penang Waterfront Convention Centre (PWCC) dengan keluasan kira-kira 76,000 kaki persegi pada tahun depan yang bakal menjadi lokasi pilihan pelbagai acara di negeri ini.

Sehubungan itu, Ketua Menteri berkata, usaha untuk menambah baik kemudahan dari segi hospitaliti, tempat makan dan rekreasi akan terus dipergiatkan agar dapat memberi pengalaman manis kepada pelancong.

Mengenai Iconic Marjorie Hotel, beliau berkata, pembukaan hotel kerjasama Iconic Group dan Marriot International itu akan memberikan kesan langsung kepada ekonomi tempatan dan menawarkan peluang pekerjaan.

"Ini akan memberi kesan baik kepada industri hospitaliti kerana ia akan menarik lebih ramai pengembara dan eksekutif perniagaan ke Pulau Pinang. Pertumbuhan sektor pelancongan dan hospitaliti akan membuka peluang baharu untuk pertumbuhan ekonomi dan penciptaan pekerjaan," katanya.

Hotel bertaraf lima bintang dengan 298 bilik itu mengangkat budaya Baba Nyonya Pulau Pinang menerusi seni bina dan falsafah reka bentuknya.

https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2024/12/1342108/pulau-pinang-masih-kurang-hotel-kon-yeow





Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

4-3-2025 01:50 PM GMT+8 , Processed in 1.906200 second(s), 12 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list