CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 19818|Reply: 0

[Kedah] Hukuman sebat terbuka wajar diperluas ke seluruh negara

[Copy link]
Post time 30-12-2024 06:36 PM | Show all posts |Read mode
Edited by sfhzuraz at 30-12-2024 06:38 PM

Hukuman sebat terbuka wajar diperluas ke seluruh negara

ROSLINDA HASHIM
30 Disember 2024 04:36pm




Menteri Besar Terengganu, Datuk Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar sebelum ini dilapor berkata, hukuman sebat diharapkan akan menjadi contoh pelaksanaan syariah yang membawa rahmat kepada seluruh rakyat. Gambar kecil: Noor Hakimi




ALOR SETAR - Hukuman sebat yang dijalankan secara terbuka bagi kesalahan syariah di Terengganu disifatkan sebagai baik dan wajar diperluaskan ke negeri lain.

Pengerusi Gabungan Gerak Rakyat Hidupkan Amar Maaruf Hancur Aktiviti Maksiat (Geraham), Noor Hakimi Ab Halim berkata, pemerintah dan ulama perlu bersatu hati dan bekerjasama dalam melaksanakan hukuman seumpama itu ke seluruh negeri.


Menurutnya, sebagai sebuah negara yang berpandukan kepada Perlembagaan Persekutuan yang mana Islam adalah agama rasmi, al-Quran merupakan rujukan yang sempurna dan tepat.

“Ajaran Islam perlu diangkat ke kedudukan sewajarnya. Tindakan kerajaan negeri Terengganu itu wajar dicontohi dan dilaksanakan di negeri lain juga.


“Hukuman yang dijalankan itu jauh lebih berkesan dari pelbagai aspek, antaranya hukuman sebat di khalayak ramai (terbuka) memberi kesan mendalam pada jiwa, sama ada kepada pelaku mahupun orang awam,” katanya kepada Sinar Harian pada Isnin.

Pengasas Ummah Kedah itu berkata, hukuman dalam Islam juga bertujuan sebagai amaran dan pengajaran.


“Sebagai pengajaran, hukuman perlu lebih berat dan setimpal untuk menakutkan dan memberi pengajaran kepada orang lain, lebih-lebih lagi bagi kesalahan sama yang dilakukan secara berulang.

“Hukuman sebat terdapat dalam undang-undang syariah dan turut digunakan dalam undang-undang sivil, cuma pelaksanaan dan matlamat sahaja yang berbeza,” jelasnya.


Menurutnya, sekiranya hukuman sebatan terbuka yang dijalankan adalah perkara baharu, sewajarnya ia diberi peluang untuk melihat sejauh mana keberkesanannya.

“Harus diingat, dalam syariah, hukuman sebatan lebih kepada mendidik dan mencegah, bukan untuk menyakitkan.

“Tambahan pula, hukuman secara terbuka dilihat selari dengan maqasid syariah, panduan al-Quran serta menepati fitrah manusia yang tidak suka dimalukan,” ujarnya.

Noor Hakimi berkata, setiap umat Islam sepatutnya menjadi ejen untuk mengangkat dan memartabatkan Islam pada kedudukan yang selayaknya, bukan menjadi penghalang.

“Janganlah kita membantah dalam perkara yang bertujuan mengukuhkan syariat Islam dan mencegah kemungkaran.

Sebelum ini, Mursyidul Am Pas, Datuk Hashim Jasin menyarankan semua negeri di bawah pentadbiran Pas melaksanakan hukuman sebat secara terbuka sebagai sebahagian daripada hukuman syariah, susulan pelaksanaannya di Terengganu pada Jumaat.

Beliau memuji Terengganu kerana menjadi perintis pelaksanaan hukuman sebat terbuka dan menyatakan bahawa tindakan itu patut menjadi contoh untuk negeri-negeri lain menguatkuasakan undang-undang Islam.


https://www.sinarharian.com.my/article/704608/berita/nasional/hukuman-sebat-terbuka-wajar-diperluas-ke-seluruh-negara


Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

4-3-2025 01:51 PM GMT+8 , Processed in 1.504345 second(s), 12 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list