|
Pelawak dan penyanyi popular, Achey Bocey, 38, terlibat sama dalam penglibatan sebagai seorang usahawan.
Selain daripada aktif dalam dunia muzik dan layar perak, Achey atau nama sebenarnya, Mohd Nasir Hamzah memulakan produk perniagaannya yang dinamakan DON YA.
Berkonsepkan ayam goreng, premis perniagaannya yang baru dilancarkan pada September lalu itu dikatakan mengikut jejak langkah seorang lagi pelawak popular tanah air iaitu Amir Raja Lawak.
Tampil dengan identiti dan keistimewaan tersendiri, premis pertama Don Ya kini beroperasi di Bandar Saujana Putra, Kuala Langat, Selangor.
Mendapat sokongan ramai rakan-rakan artis mahupun peminat, Achey difahamkan sedang mencari rakan niaga yang berminat membuka kios DON YA di semenanjung negara.
Setakat ini, difahamkan produk berkenaan telah pun berada di tiga buah lokasi iaitu di Kajang, TTDI Jaya, Shah Alam, dan Bandar Saujana Putra.
Dalam pada itu, Achey sebelum ini mengumumkan mahu berehat daripada menyertai sebarang pertandingan dan program realiti komedi setakat ini.
Merupakan bekas juara program Bintang Mencari Bintang (2013) dan Maharaja Lawak Mega (2016), Achey mahu fokus ke arah perniagaan dan aktif di media sosial.
Berbakat dalam nyanyian, pelawak bersuara nada tinggi itu baru-baru ini melancarkan single bersama si cilik, Tantari menerusi lagu Biar yang kini sudah pun mencapai lebih 1.6 juta tontonan di You Tube.
Sumber: Majoriti
|
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
x
Rate
-
1
View Rating Log
-
|