View: 4540|Reply: 27
|
[Dunia]
Masyarakat Di China Kini Fokus Mempelajari Bahasa Melayu, Mampu Lariskan Jualan Dan Dapat Kerja - “Mari adik, mari kakak, barang murah tapi berkualiti”
[Copy link]
|
|
Dengan jalinan hubungan Malaysia dan China yang kian erat, ia telah membuka ruang kepada rakyat Malaysia ke negara tersebut dengan lebih mudah pada saban tahun.
Pedagang di sebuah pasar yang bertempat di Beijing, China kini menggunakan taktik istimewa dalam usaha menarik pelancong Malaysia untuk memgunjungi kedai jualan masing-masing.
Memetik Bernama, di dalam kesibukan pasar Pearl, wartawan berjaya mengesan suara dua wanita di sebuah kedai menggunakan bahasa Melayu yang sedang melakukan promosi.
“Mari adik, mari kakak, barang murah tapi berkualiti”, pekiknya kepada pengunjung.
Difahamkan adik beradik yang dikenali sebagai Fatimah Liu dan Aisha sememangnya berjaya mencuri perhatian pelancong Malaysia yang mana majoritinya datang melangkah terus ke kedai mereka.
Fatimah dan Aisha, menjalankan perusahaan menjual barangan rumah seperti cadar dan alas meja, berkongsi bahawa mereka yang berupaya berbahasa Melayu bukan sahaja boleh memudahkan urusan perniagaan malahan turut boleh membina hubungan yang lebih erat dengan individu dari negara Malaysia.
“Urus niaga menjadi lebih mudah dan menguntungkan kerana pelanggan juga tertarik apabila mendengar peniaga asing berbahasa Melayu.
“Sebab itu saya sentiasa menggalakkan peniaga di sini mempelajari bahasa Melayu dan bukannya menumpukan perhatian kepada bahasa Inggeris semata-mata.
“Jika belajar bahasa Melayu boleh membawa kita perniagaan yang menguntungkan, mengapa tidak mempelajarinya?” kata Fatima.
Aisha berkongsi yang mereka mula mempelajari bahasa Melayu secara tidak formal kira-kira 15 tahun lalu apabila kedai mereka sering menerima pelanggan dari Malaysia.
“Saya bermula dengan mempelajari satu persatu perkataan, yang akhirnya membentuk satu ayat. Lama kelamaan, saya menjadi lebih lancar. Sebagai contoh, hari ini saya belajar perkataan makan (makan), esok cuci (basuh), kemudian wangi (wangi), dan akhirnya, saya dapat membentuk ayat yang lengkap,” kongsinya.
Tambahnya lagi, pada mulanya dia turut mengalami kesukaran namun ia bertambah baik dari semasa ke semasa. Dia juga berpendapat dengan kemahiran berbahasa Melayu sangat membantu di dalam bisnes.
Selain itu, kelebihan yang dia sedari juga dengan kebolehan bertutur dalam bahasa Melayu membenarkan dirinya membina hubungan dengan ejen di Malaysia dan Indonesia sekaligus mengembangkan potensi perniagaannya.
Selain untuk perniagaan, seorang pelajar yang dikenali sebagai Wu Keyi turut mendedahkan kemahiran bertutur Bahasa Melayu juga memudahkan dia menerima jawatan pengurus di sebuah syarikat logistik di Shenzen.
“Saya bertuah kerana belajar bahasa Melayu. Apabila majikan saya mendapati saya boleh bertutur dalam bahasa itu, mereka segera menawarkan saya pekerjaan itu. Syarikat itu sedang mencari untuk mengembangkan pasarannya ke Asia Tenggara, termasuk Malaysia, Indonesia, Brunei, dan Singapura.
“Disebabkan itu, mereka memerlukan pekerja yang mahir berbahasa Melayu. Lebih-lebih lagi pelajar seperti saya
“(yang boleh berbahasa Melayu), juga sangat mengenali budaya dan gaya hidup Malaysia, yang memberikan saya kelebihan daya saing,” katanya.
Sumber : The Vocket
|
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
x
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
manakala cina di Malaysia, tidak mahu belajar bahasa melayu. yg tahu buat produk letak tulisan jawi... |
|
|
|
|
|
|
|
Arab sana aman2 fasih bm, bangla bercakap dgn vetnam pakai bm |
|
|
|
|
|
|
|
Hahahahahahaa okay.. Satu kelebihan kerja untuk my lengzhai. |
|
|
|
|
|
|
|
Cina2 cakap chong cheng2 ofis sana sini, tup2 melayu mencelah ckp chong cheng setelah setahun bekerja dia x dedahkan dia pandai cina |
|
|
|
|
|
|
|
Bisnes punya pasal, they'll do everything.
|
|
|
|
|
|
|
|
Jangan lupa juga warga tempatan yang tak mahu ambil kesempatan belajar bahasa cina dengan limpahan pelancong dari tanah besar. Nampak beza?
|
|
|
|
|
|
|
|
Decaffeinated replied at 6-1-2025 04:37 PM
Jangan lupa juga warga tempatan yang tak mahu ambil kesempatan belajar bahasa cina dengan limpahan ...
Pelancong china yang berak tepi pantai kat Port Dickson tu ke? Ke yg berak depan homestay kt cameron tu? Ke yg baling jubah kt Masjid Putra? Ataupun pelancong china yg masuk tak keluar-keluar tu sampai berjuta-juta pulak tu? |
|
|
|
|
|
|
|
bm kan senang..
type c kt malaysia xnk bljr ke
senang2 bm pun i tgk bdk skrg xreti ckp meleis..nth pape..slh sorg adik bongsu i..dia mmg xleh speak malay pdhl mmbsr kt malaysia jah
|
|
|
|
|
|
|
|
Dekat shopi tu, ada yg buat live jual tudung siap pakai tudung lepas tu dia ckp dia jual tudung je, dia bukan muslim pun |
|
|
|
|
|
|
|
Nampak sgt org Melayu walaupun bukan antara golongan terkaya tp suka shopping... Suka memakmurkan ekonomi |
|
|
|
|
|
|
|
kat sini selalu jer dengar..."apa2 lancau...apa2 cibai....tiew na seng...blablabla........... |
|
|
|
|
|
|
|
Setakat communication level semua bahasa kita boleh usaha.
Type C Malaysian ni rata2 boleh sembang BM cuma tak pandai tulis ja. Yang tak berapa nak sekolah ni dalam WhatsApp dorang guna voice note. Yang muda2 sikit ni tulis BM skema. Impressive enough bagi aku given it is their second or third language. Dalam group pula gigih pulak cina dgn cina ni tulis BM sesuatu yang jarang berlaku dulu2.
|
|
|
|
|
|
|
|
Not just shopping but shopping barang yang sama, kalau boleh kedai yang sama. Memang patut pun ahso berebut2 belajar murah murah...
|
|
|
|
|
|
|
|
it is
dari segi ekonomi, orang kata type c
dari segi pekerjaan professional gaji tinggi, type I
tapi dari segi kuasa membeli, type m
mati katak bisnes kalau type m boikot
tu tak campur lagi kalau kena report, kena viral, kena downrate kat internet
lingkup
|
|
|
|
|
|
|
|
terbukti melayu nusantara lebih besar kuasa beli berbanding european |
|
|
|
|
|
|
|
annehuda replied at 6-1-2025 04:43 PM
Pelancong china yang berak tepi pantai kat Port Dickson tu ke? Ke yg berak depan homestay kt camer ...
Sudah pasti yang terakhir. Kenalah belajar bahasa mereka sekarang kerana itulah bakal bahasa resmi kita nanti. |
|
|
|
|
|
|
|
Edited by farlis at 7-1-2025 09:48 AM
Ooo..akak ni mmg terer ckp bm. Mmg lancar kalah type C tpt kita. ala2 cina kelantan. i suka dgr cina kelantan ckp melayu sbb lancar.
Tapi tempat depa meniaga tu mmg tempat cekik darah yaaa... Silk and Pearl Market. Bkn kaleng2 depa letak harga..beratus2 kali ganda mahal. I tgk brg rege rm10 yg blh dpt kat tpt lain depa boleh letak 3-4 ratus yaaaaa...
Kalau nk shopping please avoid tpt ni. kalau 1st time korang dtg sini dulu, mmg la rasa syiok sbb korang blh tawar giler2..tapi perangai mcm petaling street. ko tawar2 x jd ambik, depa marah2. kalau yg berjaya tawar2 rege, jgn hepi sgt, sbb end up ko blh dpt harga lagi murah kt tpt lain. xyah tawar pun dah murah.
|
|
|
|
|
|
|
|
Decaffeinated replied at 6-1-2025 04:37 PM
Jangan lupa juga warga tempatan yang tak mahu ambil kesempatan belajar bahasa cina dengan limpahan ...
cina bukit datang sini dia pi kedai cina je pun.
cuma papan tanda tukis cina besar² nak disrespect malaysia |
|
|
|
|
|
|
| |
|