CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 9804|Reply: 13

Saif Ali Khan ditikam di luar kediaman di Mumbai

[Copy link]
Post time 16-1-2025 02:47 PM | Show all posts |Read mode


NEW DELHI: Bintang terkenal Bollywood, Saif Ali Khan, 54, sedang menerima rawatan akibat enam kecederaan tikaman selepas berlaku pergaduhan dengan seorang penceroboh di kediamannya di Mumbai pada awal pagi tadi.
Khan menetap di sebuah apartmen di kawasan pinggir bandar barat Bandra, lokasi yang menjadi kediaman ramai individu dalam industri perfileman, bersama isterinya, Kareena Kapoor, yang juga seorang pelakon, serta dua anak mereka, Jeh dan Taimur.
Beliau dibawa ke sebuah hospital berdekatan sekitar jam 3:30 pagi dengan enam kecederaan, dua daripadanya lebih dalam, menurut laporan akhbar *Hindustan Times*, memetik kenyataan Ketua Pegawai Operasi hospital itu, Niraj Uttamani.
"Salah satu kecederaan berada dekat dengan tulang belakang beliau ... Kami hanya dapat menentukan tahap kecederaan selepas pembedahan dijalankan," kata pegawai itu seperti dilaporkan.
Pihak polis memaklumkan bahawa penyerang melarikan diri selepas kejadian itu dan siasatan sedang dijalankan, dengan pasukan polis giat memburu suspek.
Khan, anak kepada bekas kapten pasukan kriket India, Mansur Ali Khan Pataudi, dan pelakon terkenal, Sharmila Tagore, adalah salah seorang bintang paling berpengaruh di India, dengan lebih 70 filem dan siri televisyen di bawah portfolionya, termasuk sebagai penerbit.

kredit BHarian

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 16-1-2025 04:26 PM | Show all posts
tiada sekuriti kah apartment beliau. rumah dia pulak jadi target penyamun. sampai 6 tikaman . penyamun terdesak selamat kan diri?
Reply

Use magic Report

Post time 16-1-2025 09:15 PM | Show all posts
Katanya penceroboh kat bilik jeh, maid nmpk & jerit. Saif dgr & dtg. Gilerlah. Semoga diberi kesembuhan.
Reply

Use magic Report

Post time 16-1-2025 10:11 PM | Show all posts
Dia ni laki Kareena kan?
Reply

Use magic Report

Post time 16-1-2025 10:31 PM From the mobile phone | Show all posts
Semoga cepat sembuh. Dia ni keturunan bangsawan kan? Moyang2 dia dulu antara sultan yg memerintah kt sana.
Reply

Use magic Report

Post time 16-1-2025 11:56 PM From the mobile phone | Show all posts
hashashes replied at 16-1-2025 10:11 PM
Dia ni laki Kareena kan?

aah betul.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 17-1-2025 08:14 AM | Show all posts
lucky_peace replied at 16-1-2025 10:31 PM
Semoga cepat sembuh. Dia ni keturunan bangsawan kan? Moyang2 dia dulu antara sultan yg memerintah kt ...

Owh la yeke
Patut la bagi nama anak jehangir
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 17-1-2025 09:23 AM | Show all posts
MUMBAI: Bintang terkenal Bollywood, Saif Ali Khan, 54, sudah menjalani pembedahan dan tiada organ dalaman terkena tikaman.
Menerusi kenyataan dikeluarkan syarikat pengurusan, isterinya yang juga bintang Bollywood, Kareena Kapoor, 45, menyeru semua pihak termasuk media dan peminat tidak membuat spekulasi liar berhubung kejadian membabitkan suaminya.
Dalam kenyataan rasmi, Khan dilaporkan menjalani pembedahan di Hospital Lilavati selepas mengalami kecederaan dan kini, sedang menjalani beberapa prosedur rawatan.
Bagaimanapun, anggota keluarga lain dilaporkan dalam keadaan baik,
"Kami memohon media dan peminat agar bersabar dan tidak buat spekulasi kerana polis sudah jalankan penyiasatan," kata kenyataan itu.



Terdahulu, Khan dilaporkan sedang dirawat kerana enam kecederaan tikaman berikutan pergelutan dengan penceroboh yang memasuki kediamannya di pinggir bandar Bandra, awal pagi tadi.
Kareena dan dua anaknya, Taimur dan Jeh turut berada di rumah ketika kejadian berkenaan.
Khan dibawa ke Hospital Lilavati sekitar jam 3.30 pagi dengan enam kecederaan, dua daripadanya lebih dalam, lapor akhbar Hindustan Times memetik kenyataan Ketua Pegawai Operasi hospital, Niraj Uttamani.
"Salah satu kecederaan berada dekat dengan tulang belakang. Kami hanya dapat menentukan tahap kecederaan selepas pembedahan dijalankan," kata pegawai itu seperti dilaporkan.
Pihak polis memaklumkan bahawa penyerang melarikan diri selepas kejadian dan siasatan sedang dijalankan dengan pasukan polis giat memburu suspek.
Khan, anak kepada bekas kapten pasukan kriket India, Mansur Ali Khan Pataudi dan pelakon terkenal, Sharmila Tagore adalah salah seorang bintang paling berpengaruh di India, dengan lebih 70 filem dan siri televisyen di bawah portfolionya, termasuk sebagai penerbit. - AGENSI


Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 17-1-2025 10:03 AM From the mobile phone | Show all posts
sekuriti lemah ka ada loophole dlm rumah sndri....
Reply

Use magic Report

Post time 17-1-2025 10:56 AM | Show all posts
Moga takde plot twist.
Reply

Use magic Report

Post time 17-1-2025 05:10 PM | Show all posts
gilaa kena tikam banyak kali pulak tu
Reply

Use magic Report

Post time 17-1-2025 07:09 PM From the mobile phone | Show all posts
Naper orang kaya dok apartment? Bahaya gila. Sesiapa boleh menuju pergi rumah dia
Reply

Use magic Report

Post time 18-1-2025 08:43 AM | Show all posts
6 tikaman mcm dendam pulak hmm
Mujur anak bini selamat
Reply

Use magic Report

Post time 18-1-2025 05:45 PM From the mobile phone | Show all posts
Edited by limesherbet at 18-1-2025 05:47 PM

Dia ni yg murtad keluar islam tu kan....6 tikaman survive juga ya tak lumpuh....kuat juga la dia ni, dlm dok berdarah2 ke hosputal siap blh ckp sendiri kat hospital suruh start treatment...kalau sis dah pengsan suruh org lain cakapkan
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

19-1-2025 10:21 AM GMT+8 , Processed in 0.142852 second(s), 26 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list