View: 5106|Reply: 0
|
Erysha Emyra teringin nak jadi penyondol
[Copy link]
|
|
Dikala ada pelakon wanita menolak untuk membawa watak penyondol kerana dikatakan menjatuhkan martabat wanita tapi lain pula pandangan Erysha Emyra.
Kata Erysha atau Nur Erysha Emyra Zakaria, 26, dia terbuka menerima watak tersebut memandangkan dirinya suka untuk mencuba perkara baharu dalam karier lakonannya.
“Sebenarnya susah untuk saya dapat watak seperti itu sebab pakai tudung. Tetapi mana tahu kalau ada (tawaran), saya boleh sahaja terima (watak penyondol).
“Saya suka buat benda baru (pelbagai watak) dalam lakonan namun ia juga bergantung kepada jalan cerita. Saya tidak kisah bawa watak tersebut,” katanya kepada mStar.
Selain watak penyondol, aktres tersebut juga teringin untuk membawa watak perempuan jahat dalam diam dan banyak lagi karakter tak pernah dilakonkan.
“Saya suka untuk memilih watak yang bawa kepelbagaian dalam lakonan saya. Tidak mahulah sama sahaja seperti wanita tersakiti dan juga wanita melayu terakhir,” ujarnya.
Dalam perkembangan lain, Erysha akan tampil dalam satu drama bagi slot Ramadan Raya pada tahun ini yang turut dilakonkan bersama Zahiril Adzim, Nabil Aqil dan MK K-Clique.
Sumber: mStar
|
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
x
|
|
|
|
|
|
| |
|