CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 7673|Reply: 2

Syafinaz tak nak kahwin, rumah orang tua sekarang best

[Copy link]
Post time 18-1-2025 01:19 PM | Show all posts |Read mode
Baru menyambut ulang tahun kelahiran ke-52 pada 11 Januari lalu, penyanyi dan guru vokal, Datuk Syafinaz Selamat sudah terfikir tentang sisa usia yang barangkali akan dihabiskan di rumah penjagaan orang tua.

Baginya, rumah penjagaan warga emas sekarang bukan seperti dahulu dan dia sendiri pernah menilik-nilik lokasi sesuai.



“Saya terfikir dan telah ‘survey’ rumah orang tua yang mungkin saya boleh masuk satu hari nanti. Sebab rumah orang tua zaman sekarang ‘best’. Bukan macam kita tengok dulu-dulu.

“Jadi, saya tidak menidakkan kemungkinan yang saya akan masuk rumah orang tua satu hari nanti,” katanya diselangi gelak ketawa.

Ditanya kenapa tidak mencari teman hidup sahaja agar dapat menjadi peneman meniti hari tua, pelantun lagu Ingin Bersamamu itu berhujah,  perkahwinan mungkin akan membuatnya bertambah pening kepala.

  


“Ramai orang asyik bertanyakan soal jodoh sejak hari pertama saya bergelar penyanyi sehinggalah hari ini.

“Tetapi saya nak kongsikan satu kisah yang saya tak pernah ceritakan kepada sesiapa pun. Allahyarham Datuk Sharifah Aini pernah beritahu saya, tak payah kahwinlah.

“Katanya, jika saya berniat untuk berkahwin, saya patut berkahwin dengan seseorang dari negara Barat, kalau tidak, tak payah kahwin katanya,” kongsinya.

  


Juri tetap Gegar Vaganza ini  tidak pernah menganggap kata-kata biduanita itu sebagai sesuatu yang harus diambil serius kerana baginya jodoh dan maut adalah ketentuan tuhan.

“Jodoh di tangan tuhan. Kalau Dia kata tak ada, maka tiada tetapi kalau Dia kata ada, saya terima.

“Buat masa ini, berkahwin bukanlah keutamaan dalam hidup saya. Kalau ada lelaki yang sesuai dan senang mata memandang, saya okey, tiada masalah.

“Yang penting dia perlu faham saya dan tidak meletakkan limitasi tentang apa yang saya mahu lakukan dalam hidup,” jelasnya.

Melibatkan susuk tubuhnya yang langsing dan wajahnya yang masih tegang, pasti ramai yang mencemburui bentuk fizikal yang dimiliki Syafinaz. Malah ada yang menggelarnya sebagai ‘vampire’ kerana tidak makan usia.

  


Namun kata Syafinaz apa yang dimilikinya sekarang adalah hasil penjagaan diri merangkumi cara pemakanan dan senaman.

“Penjagaan tubuh dan mental sangat penting. Tak mungkin dengan hanya berfikir untuk sentiasa kelihatan  muda anda akan menjadi muda, perlu disulami tindakan.

“Pada saya pemakanan yang seimbang sangat penting. Begitu juga dengan fikiran yang positif. Kalau nak kekal kelihatan muda, minda dan hati kena sentiasa muda. Perlu jalani hidup dengan gembira.

  


“Cuma kini saya lebihkan pengambilan protein kerana sekarang saya amalkan senaman angkat berat.

“Pada usia begini, kekuatan otot sangat penting. Orang selalu fikir nak kurus, nak cantik dan muda. Tetapi untuk saya semua itu jatuh nombor dua. Yang paling utama adalah kesihatan.

“Bila kita kuat, lebih senang untuk bekerja, tak perlulah nanti bila dah tua nak kena ada orang tolong angkatkan beg,” katanya mengakhiri perbualan.

Sumber: Kosmo

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 18-1-2025 01:29 PM From the mobile phone | Show all posts
X nak kawin..nk kawin, kawin bnyk kali, kawin laki org, kawin laki tua, kawin laki muda,  bercerai, semua tu adalah pilihan kita sendiri...semua org ada pilihan dlm hidup masing2.....kematian yg di INGINI pun atas pilihan sendiri...kecuali kematian yang X DI INGINI...
Reply

Use magic Report

Post time 18-1-2025 01:39 PM | Show all posts
bukan dah ada thread ni?
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

18-1-2025 05:00 PM GMT+8 , Processed in 0.127502 second(s), 12 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list