CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 5168|Reply: 0

[Pulau Pinang] China bersedia kolaborasi dengan Malaysia promosi kerjasama Asia Timur, integrasi ekonomi serantau

[Copy link]
Post time 22-1-2025 12:24 PM | Show all posts |Read mode
China bersedia kolaborasi dengan Malaysia promosi kerjasama Asia Timur, integrasi ekonomi serantau

Oleh BERNAMA - Januari 22, 2025 @ 6:50am



Kon Yeow dan Zhou pada Majlis Makan Malam Tahun Baharu Cina 2025 anjuran pejabat Konsulat Jeneral Republik Rakyat China di Pulau Pinang, malam tadi. - FOTO BERNAMA




GEORGETOWN: China bersedia untuk berkolaborasi dengan Malaysia bagi mempromosikan kerjasama Asia Timur dan integrasi ekonomi serantau, ketika Malaysia mempengerusikan ASEAN pada tahun ini, kata Konsul Jeneral China di Pulau Pinang, Zhou Youbin.

Beliau berkata, China juga bersedia untuk bekerjasama dengan Malaysia bagi mengekalkan trend pembangunan kerjasama serantau serta menyumbang kepada keamanan dan kestabilan serantau serta global.

"Konsulat Jeneral China di Pulau Pinang akan terus memperkukuh kerjasama dengan kerajaan negeri dan semua lapisan masyarakat di empat negeri dalam daerah konsul, serta mempromosikan pembangunan kerjasama tempatan yang stabil antara China dengan Malaysia.

"Konsulat Jeneral China di Pulau Pinang juga akan terus berusaha tanpa henti untuk membina Komuniti China-Malaysia yang berkongsi masa depan bersama," katanya pada Majlis Makan Malam Tahun Baharu Cina 2025 Konsulat Jeneral China di sini, malam tadi.

Zhou turut menekankan bahawa Pulau Pinang, Kedah, Perlis dan Perak telah menyaksikan kerjasama ekonomi serta perdagangan dua hala yang berterusan, dan turut menyumbang kepada pertumbuhan ekonomi tempatan.

Sementara itu Ketua Menteri Pulau Pinang, Chow Kon Yeow, menegaskan komitmen negeri ini terhadap keutamaan serantau bawah ASEAN 2025.

"Kami memikul tanggungjawab besar untuk membentuk semula ASEAN dan menekankan prinsip kepusatannya.

"Sebagai sebuah negeri, kami komited menggalakkan kerjasama, pertukaran rentas budaya dan memajukan inisiatif ekonomi," katanya.

Kon Yeow berkata, Pulau Pinang terus memainkan peranan penting dalam memperkukuhkan hubungan dua hala antara Malaysia dengan China, berfungsi sebagai hab utama untuk pertukaran ekonomi, budaya dan pelancongan.

"Dalam tempoh 10 tahun lalu (2014-2023), negeri ini telah menarik pelaburan pembuatan diluluskan dari China yang bernilai RM13.2 bilion (6.8 peratus daripada jumlah keseluruhan Pelaburan Langsung Asing (FDI) Pulau Pinang), dengan Kadar Pertumbuhan Tahunan Terkumpul (CAGR) sebanyak 50.5 peratus.

"Dari Januari hingga Jun tahun lalu, pelaburan pembuatan yang diluluskan dari China adalah berjumlah RM411.8 juta. Hingga kini, Pulau Pinang menjadi tuan rumah kepada 53 syarikat China, iaitu 46 dalam sektor pembuatan, Perkhidmatan Perniagaan Global (lima) dan sektor logistik (dua)," katanya.

China adalah rakan dagang terbesar Malaysia dan sumber utama FDI.

Pelaburan China di Malaysia meningkat kepada RM10.8 bilion dari Januari hingga September 2024, menjadikannya pelabur asing kedua terbesar di Malaysia.

https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2025/01/1352234/china-bersedia-kolaborasi-dengan-malaysia-promosi-kerjasama-asia





Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

4-3-2025 04:38 AM GMT+8 , Processed in 0.147583 second(s), 12 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list